24 October 2009

Tip menulis eBook bahagian 2

6) Masukkan Grafik

Ini lebih kepada make up ebook anda. Anda perlu masukkan grafik supaya pembaca anda tidak bosan dengan ebook anda. Di samping itu grafik juga dapat menambah jumlah muka surat ebook anda. Gambar perlu di masukkan! Gambar apa yer nak dimasukkan? Baiklah anda boleh letakkan apa sahaja gambar yang terdapat keyword tersebut dalam penulisan anda. Contohnya ayat ini, Labanon duduk atas kerusi kayu yang baru siap dibuat. Jadi di sini anda boleh nak letakkan gambar Labanon atau kerusi. Tapi saya lebih galakkan anda letak gambar Labanon miahaha.

7) Buangkan Sikap Buat Ebook Kerana Duit

Ini satu lagi barah yang perlu kita hakis yakni buat ebook kerana ingin dapat duit. Memang tak salah jika kita mengharapkan sebegitu rupa namun lebih jika anda menganggap buat ebook kerana ingin puaskan hati pembaca dan memberi informasi kepada pembaca. Niat yang baik akan menghasilkan produk yang baik. Produk yang baik akan menghasilkan wang yang lumayan insayallah. Anda juga akan frust bila anda buat ebook kerana duit tetapi target yang hendak dicapai tidak tercapai dan mulalah anda mencaci Perniagaan Interenet MENIPU! Bukan perniagaan internet menipu tetapi anda yang minta supaya ditipu

8) Jangan Buat Sampai Ebook Anda Lengkap

Oh.. ini bukanlah satu trick namun ebook anda tidak akan lengkap buat selama-lamanya! Ya… mesti ada jer rasa nak tambah. Jika anda nak tunggu ebook anda lengkap maklumnya sampai tua ler menunggu. Inilah salah satu kelebihan ebook. Ebook anda boleh diupdate dan pembaca boleh menerima update ebook secara percuma Tidak seperti buku sebenar.

9) Tiru Ebook Orang Lain

Ya saya sarankan anda tiru ebook orang lain. Hehe tunggu dulu bukan bermaksud tiru content tetapi tiru cara penyusunan pendahuluan, isi kandungan dan sewaktu dengannya. Jangan pula anda letakkan isi kandungan di bahagian akhir kerana itu bukan ditempatnya. Sebaik-baik ebook perlu lah ada pendahuluan, penghargaan dan penutup. Saya juga meniru ebook orang lain dalam bab ini

10) Semak Ebook Anda

Akhir sekali semak ebook anda! Hoho bagi yang ada adik senang jer upah adik baca ebook anda dan suruh dia cek spelling error. Kalau saya ni takde adik, so kena ler semak sendiri. Takpun bagi jer kepada sesorang yang boleh dipercayai untuk menyemak ebook anda. Paling penting bagi ebook anda kepada pakar supaya mereka membaca dulu ebook anda dan minta komen daripada mereka sebelum diedarkan. Jika komen amat parah, baiki semula ebook anda.

Penutup

Buatlah ebook anda dan percayalah kepada diri anda sendiri. Jika anda kata boleh! sudah tentu anda boleh lakukan namun jika anda kata ahh tak boleh! pasti anda tidak boleh lakukan. Jangan salahkan bakat anda kerana bakat juga perlu diasah dan diasah barulah terserlah. Semua ada kemampuan untuk menulis. Cuma untuk menulis dengan sempurna itu agak payahlah namun belum cuba belum tahu. Nak tulis ebook ni senang jer namun nak cari tema tu agak susah! Step last sekali barulah anda letakkan nama ebook anda. Nama juga perlu menarik dan tertarik kau memang da bomb!

Sekian wassalam, salam cemerlang jumpa lagi.

Kredit khas:
Penulis artikel ini iaitu saudara Adly Mukhtar aka Labanon. Seorang Internet Marketer yang berbakat besar. Beliau kini berusia 19 tahun, semasa berusia 17 tahun beliau sudah berjaya mencapai pendapatan sehingga Rm10 ribu daripada internet. Kesemua strategi dan teknik ajaib itu beliau kongsikan di dalam eBook beliau iaitu eBook Rahsia 10k.

Related Post: 1. Tip menulis eBook bahagian 1

No comments:

Post a Comment