16 November 2009

PPL Adalah Affiliate

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu
cara termudah untuk menjana pendapatan pertama
anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu
mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan
program affiliate sudahpun menyediakan bahan
promosi yang anda boleh guna terus. Ini
semestinya menjadikan hidup anda lebih mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk
dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila
anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di
dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri,
anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan
produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk
anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda,
anda mungkin akan gagal menjana sebarang
pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula
dengan mempromosikan produk orang lain dan
mendapat komisyen jualan daripada produk
tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk
mendapat wang pertama anda di internet. Selepas
anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda
untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada
masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk
mempromosikan produk anda (berdasarkan
pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman
menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit
tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat
di internet. Ini penting kerana anda mungkin
perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda
mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program
affiliate.

1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)

2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)

3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda
ingin sertai, barulah anda mula menyusun
strategi untuk mempromosikan produk affiliate
tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk
mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk
program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk
anda menggunakan pemasaran email untuk
mendapatkan hasil yang optimum.


Iklan:
eBook Mentor Jutawan - buah tangan daripada Irfan Khairi..

No comments:

Post a Comment