15 March 2010

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II

Idea 11

MLM.Anda juga boleh menjalankan perniagaan MLM atau Multi Level Marketing. Dengan jumlah pengguna internet yang besar,pastinya memberi kelebihan untuk anda mencari prospek baru dengan cepat.Saya mengenali seorang usahawan MLM yang telah berjaya rekrut sebanyak 215 orang dalam masa 4 minggu sahaja. 4 minggu selepas itu, angka tersebut bertambah menjadi 305 orang. Anda rasa, nak mencari 305 ini dengan offline marketing, agak-agak berapa lama masa yang anda ambil?



Idea 12

Consulting/Coaching. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, anda boleh tawarkan servis consulting ini. Anda boleh berikan tunjuk ajar kepada pelanggan anda melalui YM atau email. Selalunya caj consulting ini adalah lebih mahal harganya berbanding dengan harga ebook kerana anda memberikan servis ini secara one-to-one.



Idea 13

Google Adsense.Adsense juga merupakan salah satu cara menjana pendapatan dari iklan. Anda akan dibayar sekiranya pelawat anda klik iklan yang dipaparkan di website anda. Semakin tinggi jumlah visitor, maka semakin tinggi peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dari Adsense ini..

Bagi lagi..
20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

No comments:

Post a Comment