18 March 2010

Siapa Budak Itu Sebenarnya?

1993

Seorang budak berumur 10 tahun membantu ibunya menghidupkan api. Ia adalah dapur tanah yang menggunakan kayu dan reranting kering sebagai bahan api. Dia meniup bara api yang mulai menyemarak.

“Hari ini lauk apa mak?”

“Pucuk ubi kayu.” Sahut ibunya sambil membersihkan belanga untuk menanak nasi yang dipinjam dari jiran tadi.

“Mak.. Kenapa masa kenduri di rumah atuk, kami duduk makan atas lantai? Sepupu yang lain duduk atas meja?” Becok sekali bertanya sambil mengingati situasi pada waktu itu.

Sementara yang lain seronok bermain, dia dan abangnya mengangkut air dari perigi untuk kegunaan memasak. Kakak yang lain pula membantu di dapur atau membasuh pinggan.

“Sebab kita orang miskin nak. Badan dan baju yang kita pakai kotor sedikit. Nanti tak elok makan depan orang.” Penerangan diberikan.

“Ohh..”

Begitulah antara hari-hari yang dilaluinya. Beg ke sekolah ialah plastik pembungkus barang. Nasib baik seragam sekolah dan peralatan tulis diberikan pihak sekolah (ihsan daripada kerajaan negeri). Pinjaman buku teks pun turut disediakan. Dalam usia sekecil itu dia tidak terasa sangat. Hanya tahu bermain dan bermain. Permainan yang tidak memerlukan wang seperti berkejaran ke sana sini, menangkap ayam jiran, memancing ikan di lopak berhampiran dan seperti itu. Tiada apa-apa masalah melainkan kadang-kadang terpaksa menahan lapar andai ayah tidak mendapat sebarang hasil tangkapan untuk dijual kepada pemborong atau terjaga semasa lena tidur di malam akibat air hujan yang menitik dari atap rumah yang bocor.

Baca di pautan ini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Siapa Budak Itu Sebenarnya?

No comments:

Post a Comment