10 June 2010

eBook Percuma Dari John Chow - The Ultimate Blog Profit Model!

Saya percaya kebanyakan daripada pembaca sudah mengenali John Chow dengan baik. Sedangkan saya yang baru genap setahun jagung di dalam dunia Internet ini pun sudah terdengar nama beliau. Tambah-tambah lagi jika anda berkecimpung di dalam arena blogging. Memang tidak syak lagi meminati beliau.

Seorang pendatang China yang kini menetap di Kanada. Awal usianya penuh dengan pancaroba. Menjalani kehidupan yang amat daif, malah ke Kanada bersama keluarganya tanpa sesen pun di saku. Dunia blogging-lah yang mengubah arah kehidupan mereka. Sebetulnya, blog asal beliau semenjak 1999 atau lebih awal dari itu (saya lupa pula dah adei..) ialah The Tech Zone Dot Com. Sebuah blog yang memperkatakan mengenai dunia teknologi, computer, perkakasan dan review. Sampai kini masih lagi John Chow uruskan dengan baik.

Akan tetapi yang betul-betul menaikkan nama beliau ke persada blogging antarabangsa ialah blog John Chow Dot Com. Asalnya blog ini adalah blog peribadi beliau, tetapi kini mulai bertukar menjadi sebuah jenama. Dikenali ramai dan purata pendapatan bulanan daripada blog ini sahaja ialah USD40 000. Manakala jika dicampur dengan blog lain, ada dinyatakan bahawa John Chow menjana USD500 000 sepanjang tahun 2009 yang lepas. Fuhyoo..

Baca seterusnya..

No comments:

Post a Comment