26 February 2010

Pemasaran Affiliate – Memahami & Menjiwai?

Pada awal tahun lepas, saya dan Zhafran berjaya menjana lebih daripada 5 angka dalam masa 30 hari dengan melakukan pemasaran affiliate bagi pasaran tempatan. Saya begitu teruja dengan pemasaran affiliate dan sebenarnya agak terkejut, tak sangka rupanya pasaran tempatan juga boleh memberikan wang yang sebanyak itu hanya dengan mempromosikan produk orang lain. Ketika itu saya mempromosikan produk daripada saudara Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan iaitu Rahsia ClickBank.

Sejak saya menunjukkan cek tersebut kepada umum, ramai yang mula bertanya melalui ruangan komen mahupun email, bagaimana saya boleh menjana pendapatan yang sedemikian rupa? Malah ada yang dengan sukarela cuba menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan “Alah, Team FlareBiz bolehlah dapat duit banyak daripada program affiliate kerana mereka ada senarai email yang banyak!”

Saya tak boleh nak nafikan kenyataan tersebut, tapi nak bersetuju 100% pun tak boleh. Berdasarkan pengalaman saya melakukan pemasaran affiliate bagi pasaran tempatan ataupun luar negara, soal teknik pemasaran adalah perkara nombor dua. Perkara pertama yang perlu anda ketahui untuk bergelar seorang “top affiliate” ialah anda perlu memahami dan percaya dengan produk yang hendak anda promosikan.

Bagi saya ini merupakan satu isu yang besar, kerana ramai yang tidak faham dan yakin dengan produk yang hendak dipromosikan kepada orang lain. Cuba fikir, bagaimana anda hendak meyakinkan prospek supaya membeli melalui link affiliate anda sedangkan anda sendiri tidak tahu apa yang anda sedang promosikan tersebut!

Di sini saya senaraikan dua cara praktikal untuk anda memahami dan percaya dengan produk yang anda ingin promosikan:

1) Anda perlu membeli produk tersebut!

Ya, cara terbaik untuk anda mempromosikan sesuatu produk secara konvensional mahupun online, anda perlu mencuba terlebih dahulu produk tersebut. Saya tertarik dengan konsep pemasaran yang diketengahkan oleh Dr. Rozmey untuk produk Jus Diet Mate 5. Beliau menekankan konsep cuba dulu baru lakukan promosi kepada kawan-kawan kerana beliau faham konsep ini. Hanya orang yang faham dan percaya terhadap sesuatu produk dapat menjadi jurujual yang baik!

Jadi, kalau anda nak mempromosikan sesuatu produk digital sama ada pasaran tempatan ataupun luar, anda dinasihatkan mencuba terlebih dahulu produk tersebut.

2) Baca surat jualan bagi produk tersebut.

Kalaulah anda tiada duit untuk membeli produk tersebut yang mungkin terlalu mahal bagi anda, maka anda boleh gunakan teknik dengan membaca surat jualan produk tersebut sahaja. Pastikan anda membaca surat jualan tersebut dengan teliti dan sampai habis agar anda faham apa yang cuba diketengahkan oleh penjual. Kebiasaanya, dengan membaca surat jualan sahaja anda sudah boleh mengetahui serba sedikit mengenai sesuatu produk tersebut.

Dengan mempraktikan dua cara praktikal di atas sebelum anda mempromosikan sesuatu produk, saya percaya anda akan dapat melahirkan kepercayaan dan kefahaman terhadap produk tersebut di dalam diri anda.

Sedikit case study saya mempromosikan produk Rahsia ClickBank, saya telah membaca dan melihat keseluruhan produk tersebut. Saya telah kaji apakah kekurangan dan kelebihan produk tersebut dari sudut pandangan saya sendiri. Segala kelemahan yang ada pada produk tersebut, saya telah sediakan satu bonus khas buat para pembeli iaitu Pakej Newbie ClickBank bagi memantapkan lagi produk yang ingin saya promosikan.

Hasilnya, saya dapat mempromosikan produk tersebut dengan penuh yakin dan dapat menjawab segala persoalan yang diajukan oleh prospek. Ini tidak, apabila prospek tanya soalan, kita dah mula gelabah dan tidak boleh menjawabnya dengan baik. Secara tidak langsung, ini akan menjejaskan jualan anda. Saya percaya bahawa mereka yang telah melakukan pemasaran affiliate selama berbulan-bulan tetapi masih tidak mendapat jualan adalah mereka yang tidak faham dan menjiwai produk.

Cuba praktikan apa yang saya kongsikan pada hari ini dan nanti lihatlah perubahannya. Barulah anda boleh menjual pasir kepada orang Arab dan pada masa yang sama menjual peti sejuk kepada orang Eskimo!

*Dipetik dari www.majalahim.com

23 February 2010

Ebook Panduan autoresponder percuma

Jika sebelum ini, dunia usahawan internet digemparkan dengan kemunculan Ebook Rahsia Kerajaan yang ditulis oleh Tuan Jamaluddin Bahari aka JaMaL.

Apa yang menariknya, di dalam ebook ini, beliau telah mengupas beberapa teknik pemasaran affiliate yang berkesan di dalam menghasilkan jualan bagi produk-produk affiliate.

Saya telahpun memiliki ebook ini beberapa hari lepas, dan saya agak tertarik dengan modul Pemasaran Emel yang dikupas Tuan Jamaluddin.

Serius..Sungguh menarik!

Saya mendapati, perbincangan berkaitan teknik pemasaran emel ini adalah suatu perbincangan yang cukup bagus dan menarik.

Dan terbaru ini, Saudara Rahman Basri juga menghasikan satu lagi ebook Panduan Autoresponder, yang boleh saya katakan sebagai pelengkap Modul Pemasaran Emel bagi Ebook Rahsia Affiliate Kerajaan tersebut.

Ebook Panduan Autoresponder ini menerangkan dengan jelas bagaimana ingin melanggan Autoresponder Berbayar, di samping mengupas beberapa perbezaan antara Autoresponder Berbayar yang sering digunakan oleh usahawan internet.

Beberapa tips pemasaran emel juga turut dikongsikan. Dan yang menariknya ialah Ebook ini PERCUMA sahaja..

Berminat?

Download di sini..

Jumpa lagi di lain post.

19 February 2010

Pemasaran Affiliate

Mari kita ikuti kisah ini.

Pada Okt 2008, ada seorang yang bernama Mr J yang menghadapi masalah hutang yang teruk. Beliau berhutang dengan rakan-rakan, kad kredit, pinjaman pelajaran, hutang beli itu beli ini. Semuanya beliau berhutang.

Mengapa beliau berhutang? Kerana demi untuk menyara hidup, semuanya perlu berhutang!! Ditambah lagi dengan kehadiran cahayamata beliau, semua belanja meningkat..

Dapat gaji je, habis bayar hutang..Bersih dalam tangan dalam sebulan selepas bayar itu ini hanya RM100!, Sungguh menyeksakan! Bila isteri minta duit belanja, cukup-cukup saja dapat diberikan.

Tiada yang lebih, malah berkurangan …

Susu anak lagi, belanja dapur lagi, kiriman wang pada orang tua lagi, kereta, rumah sewa, makan seharian, minyak kereta…

Memang tak pernah cukup …

Maka itulah kad kredit saja yang menjadi mangsa. Ada dua kad kredit, kedua-duanya digunakan tanpa terkawal..Niat di hati nak kurangkan hutang, tapi ianya menjadi lebih teruk..

Hutang semakin meningkat!!

Mr J memang pening kepala. Dah 3 tahun semenjak kahwin, duit sentiasa saja tak cukup..walaupun beliau ni makan gaji, tapi belanja bulanannya melebihi gajinya…walaupun beliau sudah berjimat – cermat..

Apa puncanya….Hutang, hutang, hutang..

Memang seksa hidup dalam hutang ini. Sampai bila pun rasa tidak aman disebabkan hutang..

Dalam Islam, umatnya disuruh melangsaikan hutang sebelum meninggal dunia. Ini kerana hutang yang tidak dibayar, akan dituntut di hari akhirat…

Hidup malang Mr J akhirnya berubah pada Dis 2008.

Bagaimana ianya berubah? Mari ikuti kisahnya..

Pada suatu hari, Mr J membuka laman web majalah maskulin di internet bagi melihat gambar rakannya yang diberitakan ada dipaparkan sebagai model dalam majalah tersebut…

Cari punya cari, tak jumpa pun…

Apa yang dijumpai adalah, pasal bisnes internet oleh seorang yang bermuka ‘comel’. Tapi beliau tak sangka, si muka comel itu rupa-rupanya adalah Jutawan Internet Terkenal Malaysia, Dr Irfan khairi.

Beliau banyak bercerita berkenaan bisnes internet di ruangan artikel majalah maskulin itu..semuanya berkenaan motivasi dan juga bisnes internet..

Ini membuka mata dan minda MR J untuk mencubanya..

Ya! Mencuba bisnes internet…

Pada Awal Nov 2008, beliau telah mengeluarkan lebih RM200 dari kad kreditnya (hutang) untuk ke pejabat Dr Irfan khairi di Damansara…

Dan dengan wang sebanyak itulah, beliau membeli buku-buku, Ebook tulisan Dr Irfan Khairi berkenaan bisnes internet..

Walaupun panduan yang dibeli amat asas, tapi ianya berjaya membuka minda Mr J untuk memulakan bisnes Internet…

Beliau yakin, dengan pelaburan ilmu sebanyak Rm200 tu, beliau akan mampu merubah hidupnya selama ini hidup dalam HUTANG..

Dan kini, sudah lebih setahun berlalu..

Apa terjadi pada Mr J?

Adakah beliau GAGAL? Atau BERJAYA?

Ya, beliau telah menjadi usahawan internet yang boleh dikatakan berjaya di Malaysia ini. Walaupun bukan menjadi jutawan, beliau telah menjadi orang yang keluar dari masalah kewangan!

Adakah beliau full time menjadi usahawan internet?

Tidak…

Beliau masih lagi bekerja makan gaji. Bisnes internetnya dibuat secara part time saja. Iaitu di malam hari. Siang makan gaji, malam bisnes internet…

Apa jenis model bisnes internet yang dilakukannya?

Ianya adalah…

Bisnes ebook dan juga pemasaran affiliate..

Tahukah anda, beliau telah menghasilkan banyak ebook best seller di Malaysia pada 2009 yang lalu. Antaranya ialah..


Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan..
Ebook Emas-Emas Yang Hilang..
Ebook Panduan Asas Blogger..

Dan terbaru…2010

Ebook Rahsia Affiliate Kerajaan..

Ebook ini antaranya ada memecah rekod kerana menjana hasil jualan 6 angka dalam masa yang singkat..Ini adalah satu pencapaian yang mengkagumkan dari pendatang baru seperti Mr J ini..

Dan juga pemasaran affiliate tempatan, iaitu dalam mempromosikan produk orang lain, Mr J juga berjaya menghasilkan income lumayan.

Sering kali saja beliau berada di kedudukan teratas cabaran-cabaran affiliate yang dianjurkan..

Bagaimana dari seorang yang zero berkenaan IT, dapat mengungguli dunia pemasaran internet? Ramai orang kata, nak bisnes internet kena ambil ijazah IT..

Mr J lakukannya bermula dengan zero dan berhutang lagi untuk mulakannya.

Bagaimana beliau boleh lakukannya?

Jawapannya…

Kerana beliau ada MATLAMAT, MINAT, dan USAHA BERTERUSAN..

MATLAMAT – dengan matlamat untuk bebas hutang dan memperolehi kehidupan lebih baik bersama keluarganya, beliau lakukan bisnes internet,

Ini..

MINAT – dengan minat untuk keluar dari masalah kewangan, beliau memupuk minat dengan bisnes internet yang dilakukannya. Walaupun sebelum ni beliau tak tahu apapaun pasal bisnes internet., beliau minta dengan apa yang dilakukannya.

USAHA BERTERUSAN – sudah pasti Mr J banyaj berusaha. Iaitu usaha dalam mendalami ilmu pemasaran internet..B anyak buku, ebook, video, yang dibelinya dalam proses memantapkan ilmu..Apa yang beliau pelajari, dipraktikkan…

Ya, kisah beliau ini amat memotivasikan diri saya untuk keluar dari masalah kewangan…

Siapakah Mr J ini sebenarnya?

Beliau adalah…

Saudara Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai JaMaL di dunia Internet Marketing Malaysia..

Beliau telah banyak menyumbang kepada orang ramai yang berminat dalam bisnes internet dengan menyumbang panduan-panduan percuma melalui blognya..

Tapi hari ini, beliau telah berkongsi rahsia pemasaran affiliatenya dalam satu Pakej Ebook berbayar yang dinamakan …

“Rahsia Affiliate Kerajaan”

Jika anda ingin dapatkan ebook yang mempu membantu menjana income di internet ini, iaitu Rahsia Affiliate Kerajaan ini, dapatkannya di laman web di bawah:

Rahsia Jamaludin Bahari

Sekian saja dari saya, semoga ianya bermanfaat buat tatapan bersama.

13 February 2010

Rahsia affiliate kerajaan terbongkar??

Salam semua pembaca,

Adakah anda:

1. Minat nak buat bisnes internet, tapi tak tahu nak mula?

2. Nak mula, tapi tiada modal?

3. takde produk, camne nak bisnes?

4. Nak promosi, tak tahu?

5. Sibuk kerja, mana ada masa?

6. Atau macam-macam lagi halangan?

Betul tak apa yang saya kata tu?

Disebabkan masalah-masalah inilah, Rahsia Affiliate Kerajaan
Dibongkarkan oleh JaMaL, seorang Internet Marketer yang
berpengaruh.

Beliau berkongsikan rahsianya untuk bantu mereka yang
miliki masalah seperti di bawah :

1. Nak kawin, tak cukup duit..
2. hutang kad kredit banyak..
3. hutang PTPTN tak bayar..
4. nak bayar bil api air selalu tak cukup..
5. dapat gaji, habis…
6. atau apa-apa masalah kewangan..

JaMaL bongkarkan rahsianya menjana income di internet
dengan promosikan produk-produk orang…

Inilah dipanggil Affiliate…

1. Tak perlu produk..
2. tak perlu web
3. tak perlu urus pembeli
4. tak perlu masa lama ..

ya, mudah dengan affiliate ini..syaratnya anda perlu
ketahui yang sebenarnya membuat promosi..

Yang paling penting, promosi..promosi..promosi..

Jika ingin ketahui rahsia Affiliate Kerajaan ini
lebih lanjut, klik di bawah:

http://bit.ly/b8ZiUW

Satu berita terbaru dari dunia internet Malaysia! Klik sekarang..

Thanks..jumpa lagi di lain post.



Admin
eBook-eBook Emas

P.s. Jangan lupa melihat sendiri di http://bit.ly/b8ZiUW