28 March 2010

PLR, MRR dan RR.. Mana Yang Terbaik?

Hari ini pernigaan internet terutama di negara kita sendiri Malaysia semakin hari semakin berkembang. Purata peningkatan pengguna di internet juga meningkat 200% ke 300% dalam setahu. Ia satu tanda positif kepada usahawan perniagaan internet /online. Perniagaan internet ini juga turut mendapat sokongan daripada kerajaan diantaranya penambah baik sistemm talian internet yang semakin hari semakin pantas untuk tujuan berurusan.

Pelbagai produk yang kita boleh lihat sekarang didalam dunia online ini tidak kira produk digital mahupun produk fizikal. Tetapi masih ramai lagi yang hanya melihat dan menunggu. Kenapa perkara ini berlaku ya.. anda takut hendak bermula? Tiada panduan ? tidak ada produk?

Sebenarnya ada kaedah untuk anda bermula tapi itu juga terpulang pada anda ingin bermula ataupun tidak. Salah satu kaedah dan juga salah satu jalan pintas untuk anda memulakan perniagaan di internet adalah mendapatkan produk reseller dan terus promosikannya. Saya juga tahu mesti ada sesetangah diantara anda tidak tahu apa produk reseller. Produk reseller adalah produk yang dibenarkan kepada kita menjual produk seperti produk kita sendiri . kebanyakan produk reseller ini adalah produk digital seperti eBook ,Grafik, skript, video dan audio. Hasil jualan yang kita perolehi kita tidak perlu kongsikan kepada pemilik asal produk dan ini bermakna kita akan dapat 100% keuntungan jualan.

Produk reseller ini juga akan disertakan dengan lesen hak jualan yang mempunyai syarat- syarat tertentu supaya kualiti dan kandungan sesuatu produk akan terjaga dan terjamin. Salah satu syarat tersebut seperti produk tidak boleh diberikan secara percuma , produk tidak boleh dijual pada site lelongan dan beberapa lagi syarat. Lesen hak jual pula terbahagi kepada 3 jenis lesen iaitu :

1.Resale Right (RR)
2.Master Resale Right (MRR)
3.Private Label Right (PLR)

Resale Right adalah produk dimana kita berhak menjual kembali produk tersebut tanpa mengubah kembali produk tersebut seperti isi kandungan produk , nama pencipta produk dan syarat lain lagi. Keuntungan semestinya 100% kita akan perolehi.

Master Resale Right pula kita berhak untuk menjual lesen resale right dan produk . Kebenaran yang diberikan pada produk sama juga seperti lesen RR , tidak boleh mengubah isi kandungan , nama pencipta. Keuntungannya lebih besar dari produk RR .

Private label right berbeza sedikit dengan lesen RR dan MRR kerana produk ini memberi banyak kebenaran untuk mengubah isi kandungan , nama pencipta menjadi nama anda sendiri dan sebagainya. Keuntungan sangat tinggi daripada lesen RR dan MRR. Lesen PLR ini juga adalah lesen hak jualan yang sangat digemari oleh ramai usahawan internet..

Jadi saya rasa elok pada mereka yang tidak mempunyai produk atau buntu untuk bermula dengan perniagaan internet mencuba produk reseller kerana anda tidak pening-pening untuk memikirkan produk apa yang perlu anda jualkan.kerana semua telah tersedia seperti minisite , banner, article promosi dan tool-tool lain untuk tujuan promosi.

Saya juga syorkan pada anda jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet dengan produk reseller elok dapatkan panduan yang menbantu anda dalam perniagaan ini. Salah satu panduan yang berkesan adalah ebook rahsia reseller. Apa yang ditunjukkan dalam ebook ini seperti ialah;

• Pengenalan Reseller – Pengertian Right, jenis produk dsb
• Teknik Mengkaji Permintaan - Cara membuat kajian
• Teknik Mencari Produk Reseller – Mencari ikut keyword, produk, pakej dsb
• Teknik Mengubah Produk Reseller – Membuat perubahan baru pada produk
• Teknik Promosi – Teknik promosi menggunakan beberapa kaedah marketing

Anda boleh lihat dahulu ulasan dan review mengenai eBook Rahsia Reseller ini untuk lebih detail..

21 March 2010

Jangan Terlalu Banyak Berfikir

Kalau-kalau ada yang terlupa atau memang belum mengetahui. Saya tidak tahu siapa atau apa yang telah meracuni fikiran kita sebelum ini. Saya jangkakan ianya telah berlaku lama dahulu. Lama sebelum saya dan beberapa belas ribu sebaya saya dilahirkan atau lebih awal lagi dari itu. Kerana semasa masih kanak-kanak, saya pernah bertanya kepada jiran kami yang baik hati..

Saya: “Pakcik, kenapa kita tidak menanam jagung atau getah di belakang rumah?”

Pakcik: “Hish.. Mana ada orang buat macam itu.”



Pada masa yang lain saya berasa hairan semasa menemani ibu di huma..

Saya: “Mak, kenapa kita tidak mengusahakan tanaman pisang? Asyik-asyik padi saja.”

Mak: “Tempat ini kurang sesuai. Tumbuhnya pun belum pasti. Tengok, semua orang lain pun menanam padi kan?”



Pada hari yang lain, saya berborak dengan bapa sambil duduk di atas tunggul hangus (sisa semasa membuka kawasan huma itu sebulan lalu)..

Saya: “Kecilnya kawasan padi kita ni pak.”

Bapa: “Buat apa mahu besar-besar. Memadai untuk keperluan keluarga kita tahun ini. Itu sudah lebih dari cukup.”

Sambung baca di sini.

Siapa Bea Rameshan?

Anak dara siapa pula la yang aku usha ni?? Hehee..

Saja je panggil nama penuh awek ni. Nama glamour dia Bea Rameshan. Artis la katakan. Tak tahu la kalau anda kenal ke tidak dia ni. Saya pun tak kenal sangat sebenarnya. Dengarnya orang Kelantan. Che mek molek la ni. Patut pun comel molek je orangnya..

Yang saya tahu, dia ni mulai dikenali selepas menyertai rancangan realiti ‘Pilih Kasih’ di TV1. Ok.. tu je yang saya tahu.

Jadi apa pasal pula dia tiba-tiba muncul di sini? Adehh.. susah juga nak jawab soalan ni. Kalau kata pasal SEO, rasanya tak kot. Anda cuba search ‘Bea Rameshan’ di Google, result tak banyak sangat pun kan. Memang tak boleh lawan Tiz Zaqyah la yang glamour habis tu. Dipendekkan saja ceritanya, saya suka tengok pic dia. Itu saja. Hee..

Ni ada beberapa koleksi gambar dia..

Rabiatul Balqis Yang Comel | Julmazli Dot Com

20 March 2010

Panduan Asas Bisnes Online

Tiga panduan itu ialah..

1. Panduan Asas Promosi Affiliate

- Penerangan mengenai asas affiliate secara ringkas. Apa itu affiliate? Bagaimana menyertainya? Bagaamana cara mempromosikan link affiliate anda? Semua ada di sentuh di sana.

2. Panduan Asas Menulis Salesletter

- Apa pula salesletter ni? Bukan. Bukan surat cinta. Tapi surat jualan. Ini adalah elemen yang penting untuk dikuasai. Sebagus mana pun produk anda, ia tidak dapat dijual jika bakal pembeli anda tidak terpikat dengan ayat di laman web jualan anda. Kira ayat power la. Kuasai kemahiran ini dengan baik, kalau nak upah pakar menulis pun boleh tapi kos juga. Nak murah sikit. Boleh upah saya. Hehee..

3. Panduan Asas Joint Venture

- Anda boleh hasilkan seberapa banyak produk. Anda boleh tulis seberapa banyak surat jualan yang membunuh. Anda boleh kumpul list seberapa banyak pun. Tapi itu semua masih tidak akan setanding dengan kehebatan yang dibawakan oleh kuasa JV. Ingat JV bermakna anda menguasai Glamor, Kredibiliti dan List yang sangat-sangat besar! Walhasilnya, jualan anda akan meledak!

Anda boleh dapatkan secara percuma di blog Julmazli Dot Com. Anda hanya perlu masukkan nama dan email utama sahaja kemudian tekan hantar. Laporan-laporan itu akan dihantar kepada anda secara bersiri bermula hari anda mendaftar..

Artikel penuh dan pautan download ada di sini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Laskar Affiliate

19 March 2010

Perbandingan Di Antara Wang dan Emas

Salam semua pembaca. Maaf ya.. Lambat sedikit terbitkan artikel terbaru hari ini. Saya melunaskan beberapa urusan offline tadi. Buat pengetahuan semua, saya akan update blog ini setiap hari. InsyaAllah jika diberi kekuatan dan kelapangan. Jadi kalau tak buat apa, sambil-sambil surf Internet tu singgah-singgahlah sini ye. Tinggalkan komen ke mengenai topik yang dibincangkan. Kalau sudi la kan..

Agak lama juga saya tidak menulis apa-apa artikel berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan. Rindu pula rasanya. Jadi kali ini kita akan memperkatakan mengenai wang dan emas. Sedia? Kalau sudah, sila teruskan bacaan anda.

Wang Vs Emas. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang kepada anda ke dunia wang fiat.. Sebenarnya kita memang dilahirkan di dalam dunia wang fiat pun. Melainkan umur anda kini sudah 300 tahun atau lebih.

Wang fiat kalau dalam bahasa mudahnya dipanggil wang kertas. Orang putih memanggilnya currency. Kata dasar untuk currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam pengertian yang senang difahami, wang kertas perlu sentiasa bergerak.

Apa akan jadi jika wang kertas berhenti bergerak? Nilainya akan mula merosot.

Kita lihat situasi ilustrasi ini;

RM20,000 yang letakkan di dalam peti besi. Biarkan selama 20 tahun. Apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM20,000 itu akan merosot nilainya. Jumlah fizikalnya, masih tetap 20,000 tetapi nilainya kalau dianggarkan secara kasar, kemungkinan besar hanya tinggal lebih kurang 12,000 sahaja. Terjejas akibat inflasi. Itu adalah kelemahan currency. Selain itu, kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan mudah. Ia boleh;

1. Dikoyakkan sampai lumat

2. Digunting

3. Dibakar

Artikel penuh di sini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Wang Vs Emas

18 March 2010

Siapa Budak Itu Sebenarnya?

1993

Seorang budak berumur 10 tahun membantu ibunya menghidupkan api. Ia adalah dapur tanah yang menggunakan kayu dan reranting kering sebagai bahan api. Dia meniup bara api yang mulai menyemarak.

“Hari ini lauk apa mak?”

“Pucuk ubi kayu.” Sahut ibunya sambil membersihkan belanga untuk menanak nasi yang dipinjam dari jiran tadi.

“Mak.. Kenapa masa kenduri di rumah atuk, kami duduk makan atas lantai? Sepupu yang lain duduk atas meja?” Becok sekali bertanya sambil mengingati situasi pada waktu itu.

Sementara yang lain seronok bermain, dia dan abangnya mengangkut air dari perigi untuk kegunaan memasak. Kakak yang lain pula membantu di dapur atau membasuh pinggan.

“Sebab kita orang miskin nak. Badan dan baju yang kita pakai kotor sedikit. Nanti tak elok makan depan orang.” Penerangan diberikan.

“Ohh..”

Begitulah antara hari-hari yang dilaluinya. Beg ke sekolah ialah plastik pembungkus barang. Nasib baik seragam sekolah dan peralatan tulis diberikan pihak sekolah (ihsan daripada kerajaan negeri). Pinjaman buku teks pun turut disediakan. Dalam usia sekecil itu dia tidak terasa sangat. Hanya tahu bermain dan bermain. Permainan yang tidak memerlukan wang seperti berkejaran ke sana sini, menangkap ayam jiran, memancing ikan di lopak berhampiran dan seperti itu. Tiada apa-apa masalah melainkan kadang-kadang terpaksa menahan lapar andai ayah tidak mendapat sebarang hasil tangkapan untuk dijual kepada pemborong atau terjaga semasa lena tidur di malam akibat air hujan yang menitik dari atap rumah yang bocor.

Baca di pautan ini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Siapa Budak Itu Sebenarnya?

17 March 2010

Khatimah Cinta – 6ixth Sense

Khatimah Cinta – 6ixth Sense

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Lihat lirik penuh dan dengarkan mp3 di..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Khatimah Cinta – 6ixth Sense

Terbaik Dari Ladangku

Entri kali ini ialah kedua yang saya buat sendiri (ok..ok.. selepas ini saya tidak akan kira lagi hehee..). Entah kenapa, bila masuk bab blogging tiba-tiba saya menjadi seorang pemalas. Asyik harapkan hasil penulisan orang lain saja. Balik-balik copy. Balik-balik paste. Asyik-asyik copy paste, kalau copy susu takpa juga.

Kenapa ya? Hmmm.. saya sendiri agak hairan. Kalau kata tak pandai menulis. Tapi.. saya seorang penulis. Penulis buku. Eh.. buku apa? Hehee.. itu nantilah lain kali kita bicarakan.

Yang penting sekarang ini, saya sudah menyimpan 1 tekad. Saya mengenggam 1 azam. Dan saya menaruh 1 harapan. Bersama 1 semangat!

Ewahh.. Bukan main lagi. Apa dia tu?

Bahawa saya akan meninggalkan tabiat lama menjadi tukang copy paste itu (copy sikit-sikt sudahlah hehee..). Saya akan menaip dengan jari jemari sendiri. Idea sendiri dengan pendapat sendiri. Sebagai contoh, anda jangan terkejut jika mendapati apa-apa review yang saya buat mengenai mana-mana produk tidak memuji produk tersebut semata-mata. Saya pasti akan ceritakan sekali masalah yang terdapat pada produk tersebut (baca produk sebagai fizikal dan digital).

Sambungan..
Julmazli Dot Com

16 March 2010

Pak Malau dan Rojak Special

Ini adalah entri pertama yang betul-betul saya sendiri hasilkan. Ini juga adalah merupakan percubaan pertama blogging saya. Entahlah menjadi atau tidak. Sebetulnya, saya ada amali berblog sebelum ini. Tapi menggunakan platform blog percuma saja. Saya ni kalau amali memang ada. Asyik cuba dan gagal saja (try and error la tu). Kalau ikut seminar Smart Blogging – Encik Rohaizad tu memang belum lagi la atau mana-mana seminar pun.
Saya dah try blogspot. Apa jadi? Blog saya kena ban. Sebab? Saya copy paste artikel orang lain. Hehee..

Saya juga ada cuba berblog dengan menggunakan worpress percuma tu. Kali ni apa pula yang jadi? Kena ban juga. Apasal pula? Content bagus. Baclink pun ada. Kira sudah lebih baik daripada blog pertama tadi la. Tapi blog tu dipenuhi dengan link affiliate. Alih-alih bila saya nak publish post baru dah tak boleh la pula.

Sabar jela.. Itukan hak mereka sebagai pemilik hosting. Kita ni menumpang kasih saja. Jadi kalau menumpang tu, buatlah cara menumpang. Ye tak? Teringat pula saya pesanan Pak Malau..

Baca di pautan ini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Pak Malau dan Rojak Special

Niagakit.com - Sistem Kedai Online

Oh.. tajuk pun sudah jiwang semacam saja. Apakah ini merupakan post-ku yang paling romantis? Oh.. (saya sudah tersampuk dengan tagline Labanon ini). Siapa Labanon? Boyfriend Si Niagakit tu la.. benci I huh.. :p

Ini mengenai perniagaan menjual produk fizikal sendiri. Kedai online sendiri. Iya.. kedai anda. Kalau di dunia offline – lot kedai la.

Jadi kali ini saya mahu bercerita sepintas lalu mengenai buah hati rebutan para pemilik perniagaan di Internet. Seorang awek yang chantek ehem..ehem.. Namanya cik Niagakit.

Cik Niagakit ini sebenarnya salah satu sistem kedai online yang terawal di Malaysia. Baiklah.. saya serius bercerita kali ini. Sistem kedai online Niagakit ini dibangunkan oleh usahawan internet (Team Flarebiz) untuk membantu individu yang berminat untuk menjual produk mereka secara online. Hanya usahawan internet yang sebenar memahami apa yang diperlukan oleh seseorang individu untuk menjual produk secara online. Dengan sistem Niagakit semuanya menjadi mudah dan ringkas. Pengguna boleh melakukan semuanya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan. Para pengguna juga tidak perlu lagi membazir masa dan wang ringgit untuk memilih sistem kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan.

Sambung baca di..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » 25 hari mencari cinta (oh.. buah hatiku niagakit)

15 March 2010

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II

Idea 11

MLM.Anda juga boleh menjalankan perniagaan MLM atau Multi Level Marketing. Dengan jumlah pengguna internet yang besar,pastinya memberi kelebihan untuk anda mencari prospek baru dengan cepat.Saya mengenali seorang usahawan MLM yang telah berjaya rekrut sebanyak 215 orang dalam masa 4 minggu sahaja. 4 minggu selepas itu, angka tersebut bertambah menjadi 305 orang. Anda rasa, nak mencari 305 ini dengan offline marketing, agak-agak berapa lama masa yang anda ambil?



Idea 12

Consulting/Coaching. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, anda boleh tawarkan servis consulting ini. Anda boleh berikan tunjuk ajar kepada pelanggan anda melalui YM atau email. Selalunya caj consulting ini adalah lebih mahal harganya berbanding dengan harga ebook kerana anda memberikan servis ini secara one-to-one.



Idea 13

Google Adsense.Adsense juga merupakan salah satu cara menjana pendapatan dari iklan. Anda akan dibayar sekiranya pelawat anda klik iklan yang dipaparkan di website anda. Semakin tinggi jumlah visitor, maka semakin tinggi peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dari Adsense ini..

Bagi lagi..
20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

14 March 2010

Mini PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com?!

Jadi di sini saya akan terangkan dengan lebih jelas apakah jenis cabaran ini. sebenarnya? Hehee.. Ia sama saja dengan mana-mana cabaran PPL sebelum ini. Bezanya hanya tempoh masa cabaran saja. Saya pendekkan. Selalunya cabaran PPL adalah selama 30 atau 40 hari (hadiah pun lebih lumayan juga). Bergantung kepada penganjurnya. Tapi PPL saya yang anda bakal promosikan ini pula hanya selama 7 hari sahaja.

Iya.. seminggu kemudian jika anda berjaya menghasilkan leads terbanyak, akan menjadi pemenang dan saya akan bayar. Kira ini macam wang pantas juga la..

Maklumat asas;

1. PPL ini akan diadakan selama seminggu sahaja, sebab itu ia dipanggil Mini Cabaran PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com.

2. Syarat kelayakan sebagai pemenang ialah mendapat minimum 20 leads..

Lawati..
Mini PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com?! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian I

Saya akan senaraikan 20 idea menjana pendapatan dari internet yang boleh anda tiru dan ikut. Mungkin ada yang sesuai dengan minat atau kemahiran anda. Ada yang memerlukan modal untuk anda mulakan dan ada juga tidak memerlukan sebarang modal.

Ada yang memerlukan kemahiran anda untuk menulis dan ada juga yang tidak memerlukan sebarang website untuk menjana pendapatan.

Jom!

Idea 1

Dropshipping bisnes. Ia membolehkan anda menjual produk fizikal tanpa perlu menyimpan stok. Anda boleh mendirikan sebuah online store yang mempunyai ratusan produk tanpa perlu menyimpan stok. Dropshipper akan menghantar pesanan yang dibuat terus ke pelanggan anda.Anda hanya perlu promosi dan dapatkan jualan. Stok dan penghantaran akan diuruskan oleh dropshipper itu sendiri. Sesuai untuk mereka yang meminati jualan produk fizikal. Ebay dan lelong dot com adalah contoh laman yang membolehkan anda menggunakan teknik dropshipper ini.

Idea 2

Menjual barangan di ebay. Ebay merupakan satu tempat jual beli barang yang mempunyai jumlah visitor yang tinggi setiap hari.Anda boleh menjual sebarang produk di sini.

Screenshot Ebay..

Sambungan boleh baca di..
20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian I « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

13 March 2010

Bagaimana kalau saya tidak mempunyai produk?

Anda tidak perlu bimbang sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual. Anda masih mampu menjana pendapatan yang lumayan dari Internet walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri.

Tapi bagaimana caranya?

Mudah sahaja. Anda boleh menjadi referral untuk mendapatkan komisyen atau menjual ruang pengiklanan di website atau newsletter anda. Itu antara contoh yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan tanpa produk sendiri. Banyak lagi cara yang anda boleh lakukan.

Anda juga boleh :

• Beli produk yang mempunyai hak Resell Rights.Selalunya produk Resell Rights ini ialah produk digital seperti ebook. Anda hanya perlu membina website dan mendapatkan trafik melalui Google Adwords..

Bagaimana kalau saya tidak mempunyai produk? « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Anda kenal siapa Patric Chan?!

Dua perkara yang boleh menerangkan siapa beliau;

1.Seorang jutawan Internet
2.Baca kisah beliau di bawah..
Kemungkinan besar, anda tidak kenal dia langsung kerana beliau sibuk buat duit dengan pemasaran ‘affiliate’ di peringkat antarabangsa. Beliau juga dijemput sebagai ‘speaker’ di Unleash Your Marketing Genius Seminar oleh Stephen Pierce untuk mengajar tentang pemasaran affiliate!

Beliau berasal dari Pulau Pinang. Bapanya adalah seorang pemandu teksi yang tidak pernah bercuti daripada membawa teksi kecuali jatuh sakit. Patric hanyalah bersekolah sehingga sekolah menengah sahaja. Pada suatu hari ibunya memberika sebuah tabung yang berisi wang kepada Patrick untuk beliau sambung belajar tetapi Patrick tidak sampai hati untuk mengambil wang itu yang dikumpul oleh ibunya sejak sekian lama. Menyedari kesusahan keluarga, beliau telah melakukan banyak kerja sehingganlah pada tahun 2003 dia telah secara serius membuat bisnes di internet juga menjadi affiliater yang targetnya adalah pasaran antarabangsa.

Cerita selanjutanya..
Anda kenal siapa Patric Chan?! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

12 March 2010

Top 10 Barangan Paling Laris Di Internet!

Di sini saya senaraikan Top 10 barangan yang menjadi tumpuan di internet. Sudah pasti susunan ini akan berubah dari masa ke semasa. Naik dan turun. Oleh itu rajin-rajinlah buat kajian sendiri ya..

1. Pakaian

2. Barang permainan dan video games

3. Barangan elektronik

4. Hardware Komputer

5. VCD/DVDs..

Lihat selanjutnya..
Top 10 Barangan Paling Laris Di Internet! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

No Form, No Signup.. Just Free!

Jika ada antara rakan-rakan yang mahu mendalami seni pemasaran secara perkongsian atau JV. Ini ada eBook 20 mukasurat mengenai teknik JV dari saya untuk rakan-rakan. Boleh muat turun terus sahaja..

http://www.keajaibanpenjimatan.com/downloads/preview.pdf

Tiada borang opt in.

Tiada syarat.

Tidak perlu masukkan nama.

Tidak perlu masukkan email.

100% percuma dari saya di Rahsia Niaga.

Baca sepenuhnya di..
No Form, No Signup.. Just Free! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

11 March 2010

Definisi Beberapa Istilah Internet Marketing

Beberapa definisi atau term yang selalu digunakan dalam perniagaan internet ini supaya anda lebih jelas dan faham.

• Apakah domain name?

Domain name adalah alamat website anda. Ianya akan kelihatan seperti ini :

www.nama-anda.com Apabila nama domain tersebut telah dibeli atau didaftarkan, maka tiada sesiapa boleh mendapatkan domain yang sama. Dua rumah tidak mungkin mempunyai satu alamat yang sama.

• Apakah itu website?

Website boleh diibaratkan sebagai rumah anda. Ianya boleh wujud dalam bentuk brochure, salesletter, kedai online, blog dan sebagainya. Website anda akan memaparkan produk-produk anda dalam bentuk gambar, foto, grafik, perkataan dan sebagainya. Orang ramai boleh membeli produk anda tanpa perlu pergi ke lokasi perniagaan anda..

Baca lagi..
Definisi Beberapa Istilah Internet Marketing « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

11 Sebab Yang Paling Kukuh..

Modal Rendah

Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari $100 sahaja!

Tidak Perlu Bekerja 8 jam Sehari

Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9-5 apabila memulakan perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri..

Baca lagi..
11 Sebab Yang Paling Kukuh.. « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

10 March 2010

8 Perkara Sebelum Memulakan Perniagaan Internet

Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan secara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaan internet.

1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda.

Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau

Baca lagi..
8 Tembok Penghalang yang Mesti Dirobohkan « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

09 March 2010

4 Teknik Sempoi Promosi Di Facebook

Saya bukanlah pakar pemasaran Facebook. :) Walaubagaimanapun, di sini saya senaraikan 4 teknik sempoi pemasaran Facebook. Mudah di lakukan dengan kadar kejayaan yang sederhana.

Tapi para pembaca harus sudah mempunyai akaun Facebook sendiri. Jika belum ada, boleh buka satu percuma melalui web rasmi Facebook di http://www.facebook.com

Baca di..
4 Teknik Sempoi Promosi Di Facebook « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Perkara yang perlu anda fikir sebelum memulakan perniagaan internet

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :

Baca seterusnya..
Perkara yang perlu anda fikir sebelum memulakan perniagaan internet. « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

08 March 2010

Perniagaan Internet Vs Skim Internet

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang..

Baca seterusnya melalui link di bawah ini..
Perniagaan Internet Vs Skim Internet « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Bagaimana Menulis Ayat Signature Yang Killer (Pemasaran Forum)

1. Gunakan Tajuk Salesletter

Untuk makluman anda,tajuk sales letter ataupun headline adalah tarikan no 1 dalam sesuatu minisite jualan.Ianya amat berpengaruh untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca sehingga habis surat jualan yang dipromosikan.

Contoh tajuk sales letter:-
a) Ramai yang dah berjaya dapat kerja kerajaan.Anda bila lagi?

Baca selanjutnya di..

Bagaimana Menulis Ayat Signature Killer (Pemasaran Forum) « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

07 March 2010

4 Kelemahan Utama teknik JV

Iya.. memang benar teknik ini tidak memerlukan kos yang tinggi tapi sebaliknya anda perlu bersedia dengan hal-hal di bawah;

Persediaan rapi
Teknik JV memerlukan persediaan yang cukup teliti. Mesti menyediakan bahan promosi yang mencukupi seperti banner pelbagai saiz, sekurangnya 2-3 artikel untuk blog dan email follow up (sekurang-kurangnya 5 siri) merangkumi sebelum, semasa dan selepas pelancaran produk anda. Juga sila pastikan web anda berfungsi dengan baik, bandwith yang optimum dan paling penting ‘meta tag’ web anda sudah di-setting-kan dengan teliti untuk kegunaan SEO rakan-rakan JV anda!

Penguasaan bahasa yang baik
Jika email atau surat jemputan anda menggunakan bahasa rojak seperti kau, aku, gua, lu dan bro. Memang kemungkinan untuk jemputan JV anda diterima..

Baca selanjutnya melalui pautan di bawah..
Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Lagi Lagi Spam..

Itulah pasal. Selalu sangat kita dengar mengenai spam. Tapi apa spam itu sebenarnya?

Menurut SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memberi definisi spam sebagai aktivti penghantaran mesej yang tidak diperlukan misalnya mel elektronik (emel) menerusi Internet atau mesej menerusi SMS kepada pengguna. Ia turut merangkumi semua jenis mesej sama ada komersial atau bukan komersial serta daripada pinjaman perumahan, gadaian, kandungan lucah dan dadah mempertingkatkan rangsangan seks.

Masalah spam mesti ditangani pada peringkat individu dengan melaksanakan proses kendalian kendiri, iaitu penerima boleh mengabaikan saja spam diterima atau terus memadamkannya daripada senarai mel elektronik mereka..

Baca penuh di blog rahsia niaga;

Lagi Lagi Spam.. « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

06 March 2010

Keajaiban Penjimatan - Sebuah Ebook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan

Dapatkan 1 eBook, 1 panduan, 1 template, 3 e-kursus dan terbitan newsletter bermutu (merangkumi topik penjimatan, kewangan, motivasi dan perniagaan). Semuanya percuma saja. Sungguh tak boleh dipercayai!

Tapi adakah anda betul-betul memerlukan eBook dan e-Kursus ini?

Sudah tentu. Kerana pengetahuan adalah yang paling berharga dalam diri seseorang. Ini adalah pengetahuan yang akan menambahkan nilai kekayaan anda kelak. Tidak seperti harta benda, ilmu adalah sesuatu yang tidak ada sesiapa pun boleh merampasnya daripada anda sehingga akhir hayat. Malah akan selalu di sisi, membantu anda semasa susah dan ketika orang lain tidak mengendahkan anda.

Dapatkan segera melalui pautan di bawah;

Keajaiban Penjimatan - Sebuah Ebook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan

Sikap penentu kejayaan? « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, itu ialah sikap.

Einstein mengatakan ‘99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang merupakan sikap’. Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika mahu kejayaan.

Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja, apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif.

Jika Peter bangun lewat misalnya..

Sikap penentu kejayaan? « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

05 March 2010

Sembilan Naga PLR

Hari ini saya ingin kongsikan idea-idea bagaimana hendak memanfaatkan produk PLR anda. Saya senaraikan 9 cara untuk anda memanfaatkan ebook PLR saya ini :

1. Anda boleh jadikan kandungan ebook PLR ini sebagai artikel di blog anda.

2. Anda boleh jadikan isi kandungan ebook ini sebagai bahan e-Course atau e-Kursus anda.

3. Anda juga boleh tukarkannya dalam bentuk audio atau video.

4. Jadikannya sebagai bahan Personal Coaching anda seperti di laman terima kasih sebagai income extra.

6. Tawarkan ebook ini sebagai bonus produk affiliate rakan JV anda

7. Jadikannya sebagai produk tambahan bagi laman keahlian berbayar anda

8. Anda boleh jadikan ebook ini sebagai bahan untuk kerja-kerja offline anda

9. Terjemahkannya ke dalam pelbagai bahasa dan jual.

03 March 2010

7 Rahsia Kejayaan Joint Venture

1. Kenalpasti rakan JV – kenalpasti dengan siapa anda ingin berJV. Pastikan bakal rakan JV anda itu memiliki niche yang hampir sama dengan anda. Contohnya anda menjual ebook Panduan Affiliate, maka anda harus mencari rakan JV yang pakar dalam bidang affiliate. Jangan pula jemput IM yang nichenya dalam bidang lain seperi bidang pertanian.

2. Berkenalan dengan bakal rakan JV – sebelum menjemput rakan JV, adalah sangat digalakkan anda berkenalan dahulu dengan mereka. Pergi ke blog mereka, tinggalkan komen anda disetiap post beliau. Anda juga boleh email bertanyakan soalan – soalan yang berkaitan. Bukan itu sahaja, anda bolehlah bertanya khabar dengan niat untuk mengenali bakal rakan JV anda lebih dalam lagi.

3. Sediakan kertas kerja / proposal – ini penting bagi memaklumkan perancangan anda kepada bakal rakan JV anda nanti. Di dalam kertas kerja tersebut, anda boleh nyatakan bagaimana program JV anda akan berjalan, berapa komisen yang diberi dan sebagainya. Maklumkan semua yang berkaitan didalam kertas kerja ini. Dengan kertas kerja yang lengkap dan berinformasi, ia akan dapat menarik minat bakal rakan JV Anda.

4. Review – berikan produk anda untuk direview. Kenapa? Bakal rakan JV anda mahu pastikan produk anda memiliki kualiti demi menjaga nama baik dan reputasi mereka. Maka, setiap teguran dan cadangan mereka harus anda perhatikan dengan serius. Teguran mereka jika diambil serius, boleh menjadikan produk anda sangat berkualiti!

5. Bahan promosi – sediakan bahan promosi yang mencukupi. Jangan biarkan rakan JV anda itu susah dan tercari – cari bahan promosi. Permudahkanlah rakan JV anda, seperti menyediakan banner, artikel, laporan atau apa saja bahan promosi. Dengan itu, anda dilihat serius untuk berJV dengan beliau.

6. Sistem affiliate – pasangkan sistem affiliate, dan jemput rakan JV anda untuk mendaftar. Sistem affiliate digunakan untuk mengesan sebarang jualan yang dilakukan oleh rakan JV anda. Ia akan memudahkan anda untuk membuat pemasaran komisen.

7. Lancarkan! – umumkan kepada rakan JV anda tarikh pelancaran produk anda, dan lancarkan mengikutkan tarikh dan waktu yang ditetapkan!

Dengan mengikuti 7 langkah diatas, saya yakin anda pasti akan mendapat hasil yang memberangsangkan melalui teknik JV ini. Untuk lebih teliti, anda oleh lihat panduan lengkap dan terperinci mengenai kuasa pemasaran Joint Venture ini.

01 March 2010

Panduan JV - Glamour, Kredibiliti dan List..

Memiliki produk yang baik tidak menjanjikan jualan yang hebat, jika teknik pemasaran yang digunakan tidak efektif.

Ramai yang berlumba – lumba menghasilkan produk yang baik, canggih dan berkualiti namun akhirnya ‘kecundang’ akibat teknik pemasaran yang tidak menjadi.

Tidak kurang juga yang telah membelanjakan banyak wang ringgit untuk menempah iklan – iklan di blog mahupun diruangan classified yang disediakan. Itu tidak termasuk kos menggunakan perkhidmatan pengiklanan Pay Per Click (PPC) melalui Google Adwords, Bidvertiser dan sebagainya. Bagi yang berkemampuan, ia mungkin bukan masalah. Tetapi bagaimana pula jika anda kekurangan modal untuk kempen pemasaran?

Tahukah anda bahawa untuk memasarkan produk di internet, anda seharusnya memenuhi sekurang – kurangnya 3 kriteria utama seorang pemasar / penjual? Tanpa 3 kriteria ini, kempen pemasaran anda mungkin berjalan dengan lambat dan jualan yang terhasil pun sedikit sebanyak mengecewakan anda. Baiklah, 3 kriteria utama yang saya maksudkan ialah :

1. Dikenali (Glamour)
2. Kredibiliti
3. List

Disini saya akan huraikan sedikit tentang pentingnya ketiga – tiga kriteria ini didalam kempen pemasaran.

Untuk menjual sesuatu diinternet, anda seharusnya dikenali kerana diinternet sebarang urusniaga tidak dijalankan bersemuka. Maka disinilah timbulnya rasa percaya atau tidak terhadap para penjual yang menawarkan produk mereka. Jika anda dikenali, lebih mudah untuk anda menjual produk anda kerana telah terdapat kepercayaan terhadap anda. Bayangkan anda sendiri, mahukah anda membeli dari seseorang yang anda tidak pernah kenal?

Keduanya ialah kredibiliti. Tanpa kredibiliti, kadar kepercayaan terhadap anda agak kurang. Apabila kurangnya rasa percaya, maka makin kuranglah kehendak untuk membeli dari anda. Kredibiliti ini termasuklah kemahiran anda menghasilkan produk yang berkualiti, khidmat pelanggan yang ‘tip – top’ serta kejujuran anda dalam setiap urusniaga.

Kriteria ketiga ialah list. Ramai sedia maklum bahawa ungkapan “The Money Is In The List” memang betul dan tanyalah mana – mana ‘otai’ usahawan internet tentang kepentingan membina list untuk memudahkan kempen pemasaran. Teknik email marketing telahpun terbukti keberkesanannya, dan rata – rata usahawan internet menggunakan teknik ini dalam mempromosikan produk mereka.

Baiklah, mungkin anda tertanya – tanya pula tentang apakah teknik pemasaran yang boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini? Jawapannya saya, mudah sahaja iaitu… Teknik Pemasaran Joint Venture (JV). Joint Venture (JV) adalah proses kerjasama antara pemilik produk dan rakan – rakan usahawan yang lain untuk mempromosikan sesuatu produk. Kebiasaannya, teknik JV Affiliate menjadi pilihan. Sebagai balasan, para rakan JV akan diberikan komisen bagi setiap jualan yang terhasil.

Bagaimana teknik pemasaran JV boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini; dikenali, kredibiliti dan list?

Mudah…apabila anda berJV, secara tidak langsung rakan – rakan JV anda akan menyebarkan nama anda serta perniagaan anda kepada ribuan list mereka melalui emel follow up serta mengiklankan tentang anda di blog mereka. Nah, anda sudah terkenal sekarang dan ‘glamour’…bayangkan sepanjang bulan tersebut mereka berbicara tentang anda dan produk anda, dan dibaca serta dilihat oleh ribuan ‘pengikut setia’ mereka…

Melalui JV juga kredibiliti anda boleh ditonjolkan. Saya pasti, rakan JV anda pasti menilai anda dan produk anda terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menerima jemputan anda. Keupayaan anda untuk melakukan JV dengan usahawan yang hebat pasti akan dipandang tinggi dan para pelanggan pasti tidak berasa was – was dengan anda dan produk anda. Tempias “kehebatan” rakan JV anda sebenarnya telah mengenai anda…

Tentang list, tak perlu risau. Walaupun anda tidak mempunyai list, namun jualan tetap berlaku iaitu melalui senarai list rakan JV anda. Jika anda mahu mengumpul list melalui landing page, juga tiada masalah. Kemungkinan ada dikalangan list rakan JV anda akan mendaftar juga sebagai subscriber anda kerana mereka juga mahukan informasi daripada anda.
Nah, sekarang anda pasti sudah faham mengapa teknik pemasaran JV ini sangat penting untuk memastikan pelancaran produk anda ‘meletup’.

Namun begitu, tidak semua tahu teknik JV yang betul dan beretika sekaligus menyebabkan jemputan mereka dihantar ke ‘recycle bin’, malah lebih teruk lagi nama mereka di ‘blacklist’…belum sempat JV, dah kena ‘banned’…ini serba sedikit menyebabkan teknik pemasaran ini sering diabaikan.

Tetapi, hari ini saya ingin beritahu anda bahawa anda dah tak perlu risau untuk JV dengan sesiapa sahaja kerana teknik serta kaedah yang betul telahpun didedahkan.

Sahabat baik saya, iaitu saudara Julius baru sahaja menerbitkan sebuah ebook khas iaitu “Rahsia Pemasaran Joint Venture (JV) “, khusus bagi anda yang mahu berjimat untuk kempen pemasaran produk anda disamping mahu memastikan jualan produk anda meledak!

Saya rasa saya tidak mampu nak ceritakan semuanya disini, jadi saya nak ajak anda untuk bersama – sama dengan saya melawati saudara Julius di sini.
Jumpa disana!