Baru berangan-angan atau berkira-kira memulakan perniagaan Internet sendiri? Tapi tidak tahu hendak mulakan dari mana? Sudah melawati banyak web dan blog tapi masih tidak faham? Sudahlah begitu, belum ada modal hendak membeli panduan berbayar pula. Aduh..
Kini anda masih boleh risau juga tapi sedikit kelegaan apabila tuan Julmazli Dempollok bermurah hati mengadakan kursus pendek secara online berkaitan cara memulakan perniagaan Internet. Mudah, ringkas, senang, simple dan tidak memeningkan kepala. Apa-apa masalah boleh hubungi beliau ters melalui emel.
Paling penting, ianaya PERCUMA saja..
Lawatilah pautan di bawah..
Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet
21 May 2010
Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet
14 May 2010
Konsert Deep Purple Di Malaysia
Deep Purple merupakan antara kumpulan rock British yang paling kerap berkunjung ke negara ini sama ada untuk mempromosikan album baru mereka ataupun mengadakan konsert. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968, kumpulan rock legenda itu pernah mengadakan konsert mereka di negara ini pada tahun 1982, diikuti 1999 dan kali terakhir pada 2001. Konsert Deep Purple Asia 2010 Tour merupakan satu lagi siri konsert bergerak kumpulan berasal dari Hertford, England itu sejak 8 Mei lalu ke enam buah negara Asia termasuk Malaysia.
Pada 16 Mei ini, kumpulan yang dianggotai Ian Gillan selaku vokalis, Don Airey (keyboard), Roger Glover (bass), Steve Morse (gitar) dan Ian Paice (dram) sekali lagi akan berkunjung ke sini. Konsert yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands dengan mengenakan tiket berharga RM468, RM368, RM268 dan RM168 itu mampu mengembalikan nostalgia peminat.
Uniknya kumpulan yang popular dengan lagu Perfect Stranger, Highway Star dan Smoke On The Water ini juga ialah vokalis dan gitaris mereka yang silih berganti sejak ditubuhkan 42 tahun lalu. Bermula dengan vokalis pertama Deep Purple iaitu Rod Evans dari tahun 1968 hingga 1969, ia diikuti oleh Ian Gillan (1969 - 1973, 1984 - 1989 dan 1992 sehinggalah sekarang).
Malah, penyanyi rock handalan British era tahun 1980-an, Joe Lynn Turner juga sempat menyumbangkan suaranya untuk Deep Purple dari tahun 1989 hingga 1992. Gitaris kumpulan ini juga sering bertukar selain Ritchie Blackmore yang merupakan antara pengasas utama Deep Purple empat dekad lalu.
Gitaris handalan dunia seperti Joe Satriani misalnya, pernah menyumbangkan bakat dan tenaganya untuk kumpulan tersebut biarpun selama setahun pada tahun 1993. Lagu-lagu hit seperti Lazy dan Space Truckin seolah-olah tidak pernah lekang daripada persembahan Deep Purple di mana ia sekali gus mengembalikan nostalgia para peminat kumpulan ini.
Sebelum berkunjung ke negara ini, Deep Purple telah mengadakan konsert di Taipei pada 8 Mei, Hong Kong (10 Mei), Singapura (12 Mei), Bangkok (14 Mei) dan Seoul pada 18 Mei ini

Subscribe to:
Posts (Atom)