Beli Nota Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Di Sini!
[ JUALAN DIBUKA SEHINGGA 11 SEPTEMBER SAHAJA! ]
Rujukan Khas Untuk Calon Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41!

06 May 2012

Apakah Objektif Soalan Exam/Peperiksaan PTD M41?

Objektif utama soalan exam/peperiksaan PTD M41 adalah untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang hadir dan menduduki peperiksaan sebenarnya terdiri dari pelbagai bidang. Jadi soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai jurusan dan ruang lingkup skop yang luas.

Dalam erti kata lain, matlamat exam ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran anda agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Exam ini melibatkan 5 kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana ia digunakan bagi mengukur kebolehan calon.

Anda perlu menunjukkan prestasi yang sangat baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang cukup baik dipamerkan pada 1 atau 2 kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan pasti kurang memuaskan.

Jadi skorlah untuk kelima-lima kertas. Calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan Peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim Pegawai Tadbir Diplomatik. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga. Ini stage pertama yang anda mesti lulus!

No comments:

Post a Comment