06 May 2012

Bolehkah Calon Exam PTD Menukar Tempat Peperiksaan?

Makluman ini khas untuk tuan / puan para calon-calon Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 pada 12 Mei 2012 ini.

Sekiranya tuan / puan berada jauh dari pusat exam seperti yang ditetapkan di dalam surat panggilan, tuan / puan boleh menukar tempat exam dan mengambil peperiksaan di Pusat Peperiksaan lain yang terdekat dengan tempat tinggal tuan / puan.

Sila datang awal (seawal yang boleh) dan maklumkan dengan kadar segera kepada Ketua Pusat Peperiksaan PTD di tempat baru yang anda pilih bahawa tuan / puan adalah calon yang menukar tempat peperiksaan. Jelaskan dengan terperinci sebab-sebab anda menukar pusat peperiksaan untuk mengelak sebarang masalah yang tidak diingini daripada timbul.

Selamat menduduki peperiksaan daripada kami.

No comments:

Post a Comment