06 May 2012

Sejarah Dan Bidang Pengkhususan Perkhidmatan PTD

Sejarah dan latarbelakang perkhirmatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini disusun secara kronologi mengikut tahun. Jadi fahamkan betul-betul ya..

1904
- Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi.

1950an sehinga 1960an
- Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara.

1966
- Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS.

1970an
- Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik terlibat dalam peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian.

1971
- Nama Malayan Home and Foreign Services(MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Berikut adalah bidang pengkhususan perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik:

- Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri,
- Keselamatan dan Pertahanan Negara,
- Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan,
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
- Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi,
- Pengurusan Sumber Ekonomi
- Pengurusan Sumber Kewangan.

Kesemua bidang pengkhususan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ini membolehkan penjawat PTD ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Sumber : www.ptdportal.com

No comments:

Post a Comment