15 June 2012

Contoh Soalan Penolong Akauntan W27

Anda sedia maklum bahawa exam bertulis Penolong Akauntan W27 dibahagikan kepada dua seksyen utama yakni Seksyen A dan Seksyen B.

Di dalam Seksyen A, calon akan diuji berkenaan pengetahuan mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Manakala, di Seksyen B pula para calon akan diuji terhadap daya menyelesaikan masalah. Kedua seksyen ini penting. Keduanya anda mesti lepasi dengan cemerlang untuk layak diberikan markah lulus.

Pada kali ini, beberapa contoh soalan Seksyen A dan Seksyen B akan dikongsikan bagi memberikan anda gambaran kasar bagaimana keadaan sebenar exam Penolong Akauntan W27 itu digubal.

Contoh Soalan Seksyen A - Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling:

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.

Jawapan: D

Contoh Soalan Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah:

Seksyen ini dipecahkan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil merangkumi kemahiran logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep-konsep Matematik.

Contoh Soalan Kemahiran Logik:

1. Apakah nilai R yang paling sesuai?

A. 6323
B. 6233
C. 6322
D. 6332

Jawapan: D

2. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?

A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3

Jawapan: D

Contoh soalan Kemahiran Menginterpretasi Data:

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

A. 1/3

B. 2/3

C. 1/4

D. 2/4

Jawapan: B

Contoh Soalan Konsep-konsep Matematik:

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36

Jawapan: A

Untuk mendapatkan latih tubi yang lebih lengkap merangkumi 30 soalan Seksyen A dan 30 soalan Seksyen B, sila dapatkan Nota Lengkap Exam Penolong Akauntan W27.

Dapatkan melalui set latih tubi ini menggunakan pautan di bawah:

No comments:

Post a Comment