Beli Nota Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Di Sini!
[ JUALAN DIBUKA SEHINGGA 11 SEPTEMBER SAHAJA! ]
Rujukan Khas Untuk Calon Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41!

04 September 2012

Biodata Ustaz Azhar Idrus Yang Famous Itu

Siapa yang tidak mengenali Ustaz Azhar Idrus? Penceramah ilmu agama yang berasal daripada Ladang, Kuala Terengganu. Kuliah agamanya yang sering disebarkan melalui Youtube, Facebook dan Blog sering kali mendapat perhatian ramai dan membantu ribuan remaja lain untuk lebih memahami Islam dengan lebih dekat.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus pernah menjadi ahli muzik dalam sebuah kumpulan sebagai seorang gitaris. Bukanlah sebuah kumpulan muzik yang terkenal tetapi sering juga diundang bermain di sekitar Kuala Terengganu dan sempat membuat beberapa persembahan di beberapa stadium. Beliau menarik diri apabila kumpulannya mengambil keputusan membuat rakaman. Itu kisah di waktu mudanya.

Dalam bidang sukan juga Ustaz Azhar Idrus bergiat aktif. Beliau pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal sekitar 1980an. Dari sudut kerjaya, beliau pernah menjadi artis grafik untuk Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu. Selepas berkahwin, beliau berhenti dan menjadi seorang pencanting batik di samping mendalami ilmu agama.

Dari sudut pendidikan, Ustaz Azhar Idrus pernah bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6, menjadi guru muzik sekitar 1985, mulai belajar perihal agama sekitar 1990 daripada lebih kurang 8 orang guru.

Ustaz Azhar Idrus dilahirkan pada 12 Febuari 1964. Hobi beliau adalah mengembara dan mengabadikan alam kehidupan dalam fotografi. Mempunyai dua orang isteri yakni Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun) dan Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun). Dikurniakan seramai 7 orang anak.

Sila layari Facebook page beliau di Ustaz Azhar Idrus Original untuk berinteraksi dengan beliau.

1 comment:

  1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)

    Info tu salah ar. selidik biar betul2. Johan Qariah tu YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt. Sulong, adalah Guru al-Quran dan Bekas Johan Qariah Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa. gambar dia kat http://www.islam.gov.my/majlis-sambutan-maulidur-rasul-saw-peringkat-kebangsaan-tahun-1433h2012m-0

    cer tgok gambar paling last. pakai tudung merah kanan depan. Itulah YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt. Sulong, Bekas Johan Qariah Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa.

    I think la.. maybe nama jer sama tapi bukan johan qariah 1978. If buat kiraan umur pun tau info ni salah.

    ReplyDelete