04 September 2012

Blog OhBulan Disaman RM1 Juta Bekas Isteri Hattan

Isu ini bermula dengan penyiaran artikel oleh blog hiburan tempatan terkenal yakni ohbulan! Menurut bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman. Blog tersebut telah mencemarkan nama baik beliau dengan menyiarkan artikel yang melabelkan dirinya sebagai punca kehancuran rumahtangga yang dibinanya bersama Hattan.

Bekas isteri Hattan itu memfailkan saman sebanyak RM1 juta di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada 3 Julai lepas. Dalam pernyataan tuntuntannya, Noorfarashikin memaklumkan memohon ganti rugi sam Rm1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan relif lain yang difikirkan wajar oleh pihak mahkamah. Ini kerana menurut Noorfarashikin, reputasi peribadi dan profesionalnya telah terjejas teruk di samping mengalami kesedihan, rasa malu dan amat tersinggung dengan penyiaran artikel berkenaan.

Nota kami:
Sentiasalah berhati-hati dalam penyampaian berita. Pastikan dahulu kesahihannya dan lihat dahulu bukti-bukti yang ada sebelum menyiarkannya kepada pihak umum. Bak kata pepatah - kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Sumber: OhArtis

No comments:

Post a Comment