04 September 2012

Asal Usul Video Youtube PSY Gangnam Style

Sehingga post ini diterbitkan, video paling famous di Youtube iaitu 'PSY Gangnam Style' sudah menunjukkan angka sebanyak 99,460,637 views. Kalau ini berterusan, maka ia akan mencipta sejarahnya tersendiri sebagai video Youtube pertama mencecah jumlah views sebanyak 1 billion!

Cukup viral dan famous sekali. Memang tiada tandingannya setakat ini. Ia seolah menjadi suatu fenomena. Merata-rata diperkatakan orang. Bahkan kalau anda lihat di Youtube sendiri, pelbagai versi Gangnam Style sudah dihasilkan. Ada Gangnam Style Sabahan Style, Gangnam Style Singapore Style, Gangnam Style Chichago Style dan bermacam-macam lagi.

Tapi tahukan anda apakah asal usul atau cerita di sebalik video Youtube Gangnam Style ini? Gangnam Style sebenarnya merujuk kepada suatu gaya hidup di sebuah tempat yang sangat-sangat mewah di Seoul, Korea. Gangnam dikatakan mewakili sebanyak $84 billion kekayaan Korea Selatan pada tahun 2010 atau 7% KDNK keseluruhan. Menariknya keluasan Gangnam hanyalah sekitar 15 batu persegi sahaja!

Di sinilah lahirnya video Youtube Gangnam Style. Ia sebetulnya merupakan satu kritikan sosial kepada gaya hidup Gangnam itu sendiri yang keterlaluan mengejar kemewahan palsu. Antara maksud lirik awal video ini adalah berkenaan gaya hidup urban mengenai kopi. Dan pelbagai lagi lawak orang-orang Korea termasuk mengenai wanita urban Korea yang sanggup membelanjakan $2 untuk mee ramen tetapi $6 untuk minum kopi di tempat eksklusif seperti Starbucks.

Kalau difikir-fikirkan semula apa yang diketengahkan di dalam Gangnam Style tidak jauh bezanya daripada KL Style atau KK Style.

Kepada anda yang belum menonton video Youtube paling banyak views ini, nikmati di bawah..

Oppa Gangnam Style!!

No comments:

Post a Comment