04 September 2012

Tauke Jambu Sah Sudah Bercerai

Sekali lagi malang menyapa lembaran kehidupan Tauke Jambu. Perkahwinan kali ketiganya kali ini juga berakhir dengan perceraian.

Tauke yang menikahi Meera (seorang model sambilan) di Thailand mengesahkan bahawa mereka sudah bercerai pada 12 Ogos lalu. Sudah pasti kesedihan masih lagi menyelubungi diri Tauke untuk melepaskan bekas isterinya yang comel itu.

Menurut khabar yang diterima, punca perceraian Tauke adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Menurut Tauke sendiri, mereka berdua sudah lama tidak tinggal sebumbung. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Tauke pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment