04 September 2012

Top 10 Filem Malaysia Paling Tinggi Kutipan

Pasti terdetik di hati anda untuk bertanya filem mana yang paling berjaya di Malaysia setakat ini? Dan berapa banyak pendapatan filem tersebut agaknya? Kalau itu yang sedang anda fikirkan, memang post ini untuk menjawab persoalan itu.

Carta Top10 ini adalah berdasarkan kutipan wajib tayang yang diperolehi. Nampaknya sehingga waktu ini carta masih lagi diungguli oleh filem KL Gangster dengan kutipan sebanyak 11.74 juta. Sementara di tangga kedua jatuh kepada filem Ombak Rindu dengan jumlah terkumpul 10.90 juta dan di tempat ketiga menjadi milik filem Hantu Bonceng lakonan Zizan dengan pendapatan sebanyak 8.53 juta.

Di tangga ke-4 hingga ke-10 adalah seperti di bawah:

04. Ngangkung - 8.18 juta
05. Kongsi - 8.09 juta
06. Khurafat - 8.08 juta
07. Hantu Kak Limah Balik Rumah - 7.90 juta
08. Adnan Sempit - 7.66 juta
09. Hikayat Merong Mahawangsa - 6.50 juta
10. Lagi-Lagi Senario - 6.33 juta

Sumber: Carta ini telah dikeluarkan oleh Portal Perfileman Malaysia.

No comments:

Post a Comment