Beli Nota Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Di Sini!
[ JUALAN DIBUKA SEHINGGA 11 SEPTEMBER SAHAJA! ]
Rujukan Khas Untuk Calon Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41!

04 September 2012

Zizan Raja Lawak Feat Kaka - Lagu Bawaku Pergi

Zizan Raja Lawak merupakan artis yang mempunyai ramai pengikut. Bukan sahaja terhibur dengan lawak-lawaknya yang spontan bahkan dia juga berkebolehan membawa watak dalam bidang lakonan. Tidak ketinggalan, Zizan juga mempunyai suara yang baik.

Kali ini Zizan hadir dengan penampilannya bersama dengan penyanyi baru Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dalam sebuah lagu yang berjudul Bawaku Pergi. Lagu ini merupakan garapan Malique (Too Phat).

Info penuh lagu ini adalah seperti berikut:

Tajuk: Bawaku pergi
Artis: Zizan & Kaka
Label: Qarma Musiq
Info: www.qarmamusiq.com

Nikmati lagu ini sambil turut menyanyikannya. Jangan bimbang kerana lirik pneuh lagu Bawaku Pergi ada disertakan di bawah:

Lirik: Bawaku Pergi - Zizan feat Kaka

Kaka
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong! jangan bilang mama
Tolong! jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh!

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Zizan
Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng


Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Kaka
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh!

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

No comments:

Post a Comment