30 June 2010

Bagaimana Menerima Duit Ke Akaun Paypal?

Ini adalah maklumat asas. Semoga sedikit sebanyak memberikan kefahaman kepada mereka yang masih kurang memahami bagaimana Paypal berfungsi.

Pertama sekali, kita mesti fahami bahawa Paypal adalah pihak tengah, atau dipanggil juga sebagai pihak ketiga (3rd party). Ia berfungsi lebih kurang sama seperti bank, walaupun ia bukan bank.

Apakah 'nombor akaun' Paypal saya?

Paypal tidak menggunakan nombor akaun, tetapi mereka menjadikan emel sebagai rujukan utama sesebuah akaun. Jadi pastikan anda menggunakan emel yang kerap anda buka (emel rasmi).

Bagaimana duit masuk ke akaun Paypal kita?

Soalan yang bagus. Ia terdapat dua cara utama iaitu:

1. Transfer (pindahan) melalui akaun Paypal orang lain dengan menggunakan fungsi Send Money. Pembeli anda yang ada wang di akaun Paypal, boleh membuat bayaran dengan menggunakan fungsi itu. Mereka hanya perlu masukkan jumlah bayaran dan juga emel anda.

Jika anda pernah melakukan pindahan duit menggunakan Online Banking, maka konsepnya sama dengan Send Money tersebut. Sebiji sama. Cuma sahaja ia lebih mudah daripada Online Banking.

2. Kad Kredit / Kad Debit. Kita perlu buat 'button buy' dengan melalui akaun Paypal kita dan meletak button itu di laman web jualan.

Bagi pembeli yang tidak memiliki akaun Paypal, mereka tetap boleh membayar melalui Paypal dengan menggunakan kad kredit atau kad debit mereka. Pelik? Ia tidak pelik. Seperti yang dikatakan, Paypal adalah pihak tengah yang menguruskan transaksi jual beli menggunakan kad kredit.

Kelebihan menggunakan Paypal adalah, pembeli lebih yakin dan rasa selamat kerana maklumat kad kredit mereka tidak didedahkan kepada kita (penjual). Ini kerana, Paypal anda menyimpan maklumat mereka tanpa dikongsikan kepada mana-mana pihak. Nah, inilah fungsi pihak ketiga (orang tengah).

Itulah dia dua cara duit boleh dimasukkan ke akaun kita. Semoga penerangan ini sedikit sebanyak membantu. Jika anda mahukan banyak lagi maklumat sebegini, anda digalakkan membaca Panduan Asas Paypal. Jangan salah faham dengan perkataan asas. Walaupun ia dinamakan sebagai asas, tetapi boleh dikatakan segenap perkara penting ada diterangkan di dalamnya walaupun tidaklah semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

22 June 2010

Tingkatkan Taraf Strategi Pemasaran Emel Anda

Pemasaran emel telah menjadi salah satu strategi inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.

Boleh dikatakan hampir setiap pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel, maka fakta ini boleh digunakan untuk kebaikan perniagaan anda. Terdapat banyak cara untuk memajukan perniagaan anda dan penggunaan strategi pemasaran emel adalah salah satu daripadanya.

Walaupun begitu, anda perlu mempelajari bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakan strategi pemasaran emel ini secara efektif. Di bawah ini adalah beberapa tip-tip ringkas tentang cara-cara menjadikannya efektif dalam membantu perniagaan anda:-

1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang

Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel-emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya. Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu 'detail' dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan. Tetapi jangan lupa untuk memasukkan ayat 'call to action' dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam 'meminta' pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan.

2. Kreativiti adalah Kunci Keberkesanan Pemasaran Emel

Ringkas tidak bermakna anda tidak perlu kretif. Kretiviti merupakan salah satu cara yang paling baik untuk mendapatkan pelanggan. Jika anda mempunyai baris tajuk yang ringkas tetapi kreatif, pembaca tetap akan berminat untuk membuka emel anda tersebut. Kandungan emel itu juga mestilah menarik. Rekabentuk yang unik walaupun bukan satu kemestian, tetapi boleh menjadi daya penarik tambahan.

3. Fahami Pasaran Anda

Seperti juga pasaran-pasaran yang lain, anda sepatutnya boleh mengagak demografik para pelanggan anda. Ketahui siapa mereka dan apakah kesukaan mereka. Pastikan anda boleh mengatasi pesaing-pesaing anda. Jika anda masih agak baru dalam dunia perniagaan ini, adalah lebih baik anda membuat kajian ke atas harga dan gaya promosi para pesaing anda itu. Hasilkan pakej atau harga yang lebih baik dari mereka. Ini sudah tentu akan memberikan anda kelebihan dalam persaingan tersebut.

4. Memaksimumkan Kepenggunaan Teknologi Baru

Pelajari alat-alat promosi baru yang berguna. Salah satu daripadanya ialah autresponder atau 'mailbot'. Buat sedikit kajian tentang perkara-perkara ini di Internet. Antara perkara-perkara berguna yang boleh dilakukan oleh autoresponder ialah menghasilkan follow-up, pengesahan tempahan yang dibuat dan 'personalize' setiap mesej yang dihantar. Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda bahkan dapat membekalkan para pelanggan anda dengan maklumat terkini dari anda. Selain dari autoresponder, belajarlah juga bagaimana untuk menggunakan alat-alat programming atau program grafik yang boleh dimanfaatkan dalam merekabentuk emel anda.

5. Bina Nama Anda

Salah satu cara terbaik untuk melonjakkan bisnes anda ialah membina nama di persada perniagaan online. Luangkan masa untuk membuat kajian berkenaan dengan bisnes. Jika ada majalah perniagaan internet yang menyiarkan tentang bisnes anda maka itupun sudah cukup untuk menjadikannya terkenal. Jangan sekali-kali terlibat dengan strategi bisnes murahan yang hanya akan merugikan anda seperti SPAM dan sebagainya. Ini hanya akan mencacatkan bisnes anda kerana semua orang tahu; nama yang buruk hanya menyediakan perkhidmatan yang teruk.

Semua di atas adalah beberapa tips dan cadangan mudah yang boleh anda gunakan dengan segera untuk melonjakkan lagi prestasi bisnes anda. Samada anda masih baru atau sudah lama dalam bidang perniagaan ini, semua cadangan-cadangan di atas adalah mudah untuk diingati dan dipraktikkan. Apa yang anda tunggu lagi? Ambillah tindakan sekarang juga!

10 June 2010

eBook Percuma Dari John Chow - The Ultimate Blog Profit Model!

Saya percaya kebanyakan daripada pembaca sudah mengenali John Chow dengan baik. Sedangkan saya yang baru genap setahun jagung di dalam dunia Internet ini pun sudah terdengar nama beliau. Tambah-tambah lagi jika anda berkecimpung di dalam arena blogging. Memang tidak syak lagi meminati beliau.

Seorang pendatang China yang kini menetap di Kanada. Awal usianya penuh dengan pancaroba. Menjalani kehidupan yang amat daif, malah ke Kanada bersama keluarganya tanpa sesen pun di saku. Dunia blogging-lah yang mengubah arah kehidupan mereka. Sebetulnya, blog asal beliau semenjak 1999 atau lebih awal dari itu (saya lupa pula dah adei..) ialah The Tech Zone Dot Com. Sebuah blog yang memperkatakan mengenai dunia teknologi, computer, perkakasan dan review. Sampai kini masih lagi John Chow uruskan dengan baik.

Akan tetapi yang betul-betul menaikkan nama beliau ke persada blogging antarabangsa ialah blog John Chow Dot Com. Asalnya blog ini adalah blog peribadi beliau, tetapi kini mulai bertukar menjadi sebuah jenama. Dikenali ramai dan purata pendapatan bulanan daripada blog ini sahaja ialah USD40 000. Manakala jika dicampur dengan blog lain, ada dinyatakan bahawa John Chow menjana USD500 000 sepanjang tahun 2009 yang lepas. Fuhyoo..

Baca seterusnya..

05 June 2010

Tip Paling Sempoi Update Blog Anda | Julmazli Dot Com

Memang selalunya kita rasa bersemangat. Rasa bertenaga. Rasa energetic sekali (meminjam istilah kegemaran Mohd. Fahmy – pemilik blog rahsiaebiz.com itu hehee).. Iya.. kita bagaikan nak melompat-lompat saja mahunya sambil membuat semua kerja-kerja. Menari-nari lagi menyiapkan tugasan-tugasan bertimbun itu.

Tapi ada masanya kita cukup layu. Berjalan pun seolah tidak cukup vitamin saja. Walhal baru sahaja menghabiskan dua pinggan Nasi Ayam. Hahaa.. Otak rasa beku saja. Organ luaran dan dalaman hampir ke tahap hibernasi. Kemudian terpaksa pula duduk mengadap laptop dan harus menerbitkan post baru di blog (kerana sudah lama blog tidak di-update).

Apa nak tulis ni? Aku nak cerita apa? Mana idea ni..

Baca selanjutnya di pautan ini..
Tip Paling Sempoi Update Blog Anda - Julmazli Dot Com

21 May 2010

Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet

Baru berangan-angan atau berkira-kira memulakan perniagaan Internet sendiri? Tapi tidak tahu hendak mulakan dari mana? Sudah melawati banyak web dan blog tapi masih tidak faham? Sudahlah begitu, belum ada modal hendak membeli panduan berbayar pula. Aduh..

Kini anda masih boleh risau juga tapi sedikit kelegaan apabila tuan Julmazli Dempollok bermurah hati mengadakan kursus pendek secara online berkaitan cara memulakan perniagaan Internet. Mudah, ringkas, senang, simple dan tidak memeningkan kepala. Apa-apa masalah boleh hubungi beliau ters melalui emel.

Paling penting, ianaya PERCUMA saja..

Lawatilah pautan di bawah..

Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet

14 May 2010

Konsert Deep Purple Di Malaysia

Deep Purple merupakan antara kumpulan rock British yang paling kerap berkunjung ke negara ini sama ada untuk mempromosikan album baru mereka ataupun mengadakan konsert. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968, kumpulan rock legenda itu pernah mengadakan konsert mereka di negara ini pada tahun 1982, diikuti 1999 dan kali terakhir pada 2001. Konsert Deep Purple Asia 2010 Tour merupakan satu lagi siri konsert bergerak kumpulan berasal dari Hertford, England itu sejak 8 Mei lalu ke enam buah negara Asia termasuk Malaysia.

Pada 16 Mei ini, kumpulan yang dianggotai Ian Gillan selaku vokalis, Don Airey (keyboard), Roger Glover (bass), Steve Morse (gitar) dan Ian Paice (dram) sekali lagi akan berkunjung ke sini. Konsert yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands dengan mengenakan tiket berharga RM468, RM368, RM268 dan RM168 itu mampu mengembalikan nostalgia peminat.

Uniknya kumpulan yang popular dengan lagu Perfect Stranger, Highway Star dan Smoke On The Water ini juga ialah vokalis dan gitaris mereka yang silih berganti sejak ditubuhkan 42 tahun lalu. Bermula dengan vokalis pertama Deep Purple iaitu Rod Evans dari tahun 1968 hingga 1969, ia diikuti oleh Ian Gillan (1969 - 1973, 1984 - 1989 dan 1992 sehinggalah sekarang).

Malah, penyanyi rock handalan British era tahun 1980-an, Joe Lynn Turner juga sempat menyumbangkan suaranya untuk Deep Purple dari tahun 1989 hingga 1992. Gitaris kumpulan ini juga sering bertukar selain Ritchie Blackmore yang merupakan antara pengasas utama Deep Purple empat dekad lalu.

Gitaris handalan dunia seperti Joe Satriani misalnya, pernah menyumbangkan bakat dan tenaganya untuk kumpulan tersebut biarpun selama setahun pada tahun 1993. Lagu-lagu hit seperti Lazy dan Space Truckin seolah-olah tidak pernah lekang daripada persembahan Deep Purple di mana ia sekali gus mengembalikan nostalgia para peminat kumpulan ini.

Sebelum berkunjung ke negara ini, Deep Purple telah mengadakan konsert di Taipei pada 8 Mei, Hong Kong (10 Mei), Singapura (12 Mei), Bangkok (14 Mei) dan Seoul pada 18 Mei ini

27 April 2010

Rahsia Menjana Pendapatan Setiap Bulan

" Tuan, hari ni saya nak beli laman web tuan, boleh tak? "

Apa respon anda jika ada orang bertanya soalan ini kepada anda? Tolak atau ya?

Jika anda tanya saya soalan yang sama bulan lepas, saya mungkin jawab, "Maaf, saya tidak ada laman web". Tapi dalam 2 minggu, saya telah mempelajari cara mudah bagaimana untuk membuat website.

Jika anda tidak tahu dan tidak mempunyai laman web, sekarang adalah masa terbaik untuk mengetahuinya. Dan jika anda tahu bagaimana untuk membuat website...



Anda tidak perlu tahu programming, PHP, atau MySQL. Pengetahuan asas sudah mencukupi. Hanya pemahaman asas dalam bahasa Inggeris. Understood?

Dua tahun lepas, YouTube dijual pada harga US$1.6 bilion kepada Google. Itu hanya salah satu daripada hasil penjualan laman web. 1.6 billion sama dengan 5.28 bilion ringgit Malaysia.

Dan paling penting ialah anda juga boleh....



Sebelum saya pergi lagi jauh, biar saya beritahu sedikit tentang diri saya. Saya sama sahaja dengan ramai orang, kerja makan gaji, tidak ada masa nak belajar tentang buat duit dan ada keluarga untuk diuruskan.

Saya sentiasa membaca tentang bagaimana orang jadi kaya menjual website dan betapa mudahnya nak buat ini berbanding menjual rumah. Dan satu hari saya terjumpa dengan Flippa.com .

Ianya ibarat eBay untuk jual website.

Klik di pautan ini untuk lebih lanjut..
Rahsia Menjana Pendapatan Setiap Bulan

23 April 2010

15 Keajaiban Dan Tip Penjimatan Dibongkarkan!

Bagi golongan bawahan. Begitu payahnya meneruskan hidup. Berkerja keras hanya untuk melangsaikan hutang piutang, menyediakan makanan dan pakaian kepada keluarga, mengirim wang untuk memastikan anak yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS tidak tercicir. Hidup anda penuh kesengsaraan. Kisah-kisah indah tentang kekayaan, kejayaan, kesenangan yang melimpah ruah dan kejutawanan adalah kedengaran sungguh jauh dan sayup sekali. Itu bukan untuk anda. Itu adalah dari satu sudut dunia yang lain. Beribu batu dari jangkauan dan tidak mungkin dicapai tangan.

Golongan pertengahan. Ada pula yang mempunyai pekerjaan yang agak baik dan pendapatan yang memuaskan. Cukup semuanya. Hidup selesa dan terperuk di dalamnya. Simptom ini dipanggil ‘comfort zone’ jadi anda tidak rasa perlu untuk menambah apa-apa atau berbuat apa-apa lagi. Anda takut sekali untuk keluar mengembara di dunia yang mencabar ini. Takut gagal. Takut mencuba nasib. Takut dengan suasana baru. Takut memulakan sesuatu. Takut dengan diri sendiri.

Golongan muda. Anda baru memulakan perjalanan dan ingin mempelajari sesuatu dari kehidupan. Risau juga sekiranya anda tersalah jalan. Tersesat jalan. Tersalah pilihan.

Jadi bagi anda yang termasuk di dalam man-mana golongan di atas. Anda memang patut mendapatkan eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan di sini. Sebuah laporan percuma tapi berkualiti.

Secara ringkasnya, eBook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan tulisan Julmazli Dempollok ini adalah sebuah eBook yang memandang penjimatan dari satu sudut lain, menerangkan fungsi-fungsi penjimatan, faedah dan manfaatnya sehingga barangkali anda mampu menutup kebocoran akibat retak pada tempat-tempat yang sangat kerap mengalirkan wang anda. eBook ini dan dikuatkan lagi dengan sebanyak tiga siri e-kursus pasti akan meminimumkan sebanyak mungkin jumlah wang anda yang bakal keluar.

Saya melihat pakej percuma ini dihasilkan untuk memberitahu mereka yang tidak mengetahui, menyedarkan mereka yang terleka, mengejutkan mereka yang terlena, meluaskan pengetahuan bagi mereka yang ingin terbang lebih tinggi lagi, pengetahuan tambahan untuk mereka yang sudah arif mengenainya dan perkongsian ilmu untuk semua.

Jadi marilah kita sama-sama melihat sudut-sudut keajaiban penjimatan dan bagaimana memegang erat wang anda. Ini bermakna duit yang lebih untuk semua sekeluarga. Anda boleh mendapatkan eBook dan e-Kursus ini dengan melawati laman ini.

Sekian dahulu untuk kali ini. Kita berjumpa lagi di post yang akan datang.

Sehingga itu, salam kejayaan buat anda.

Keajaiban Penjimatan - Sebuah Ebook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan

17 April 2010

Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan - Al-Fatihah

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. - Utusan

***Al-Fatihah***

Jadual Gaji, Diskripsi tugas dan Temuduga Jururawat Pelatih u29

Jawatan : Jururawat
Gred : U29
Kod Skim : 6310
Kumpulan : Sokongan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28

Syarat Lantikan:
i) Diploma Kejururawatan daripada Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan minima ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44]

ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; dan
ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Blog Tips Kerjaya: Panduan Temuduga Jururawat Pelatih u29

16 April 2010

Adab Interview SPP dan SPA: Bahagian 1

Tip ini dipecahkan kepada dua bahagian. Ini adalah bahagian pertama..

1.Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

2.Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

3.Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

4.Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

5.Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

6.Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

7.Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

8.Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar

9.Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel

10.Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya

11.Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

12.Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

12 April 2010

Temuduga Jawatan Separa Perubatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Di bawah adalah senarai tarikh tamuduga terkini SPA. Ia dalam urutan - Nama Jawatan dan Tarikh Temu Duga Akan diadakan..


JURU X-RAY GRED U41 03/05/2010 - 07/05/2010

JURUTERA (ELEKTRONIK) GRED J41 03/05/2010 - 11/05/2010

PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41 03/05/2010 - 12/05/2010

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41 03/05/2010 - 13/05/2010

JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA GRED U29 29/04/2010 - 30/04/2010

PENGAJAR (PENOLONG PEGAWAI FARMASI) GRED U41 29/04/2010

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27 29/04/2010 - 07/05/2010

JURU X-RAY PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

JURU X-RAY PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

JURUPULIH PERUBATAN ANGGOTA PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

JURUPULIH PERUBATAN ANGGOTA PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

JURURAWAT PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

JURURAWAT PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

JURURAWAT PERGIGIAN PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

JURURAWAT PERGIGIAN PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

PENOLONG PEGAWAI FARMASI PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

PENOLONG PEGAWAI FARMASI PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PELATIH 26/04/2010 - 12/05/2010

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PELATIH 26/04/2010 - 07/05/2010

PEGAWAI SYARIAH GRED LS41 23/04/2010 - 04/05/2010

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29 23/04/2010 - 05/05/2010

PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41 21/04/2010 - 23/04/2010

JURU X-RAY PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

JURUPULIH PERUBATAN ANGGOTA PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

JURURAWAT PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

JURURAWAT PERGIGIAN PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

PENOLONG PEGAWAI FARMASI PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PELATIH 18/04/2010 - 07/05/2010

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 14/04/2010 - 20/04/2010

JURUPULIH PERUBATAN ANGGOTA GRED U29 13/04/2010 - 15/04/2010

JURURAWAT GRED U29 13/04/2010 - 30/04/2010

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 13/04/2010 - 23/04/2010

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 13/04/2010 - 16/04/2010

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 13/04/2010 - 16/04/2010

JURURAWAT MASYARAKAT PELATIH 12/04/2010

JURURAWAT MASYARAKAT PELATIH 12/04/2010 - 16/04/2010


Sila ke pautan ini untuk menyemak status permohonan anda..
http://putra3.spa.gov.my/online/semakonline/status_permohonan.jsp

Sila ke blog ini untuk pelbagai tips temuduga yang bermanfaat..
http://tipkerjaya.blogspot.com/

===================================================
Panduan temuduga terbaik setakat ini, dan sudah lebih 1 000 orang
berjaya dengan bantuan pakej lengkap panduan temuduga ini..

=> http://bit.ly/cRTL39
===================================================

11 April 2010

PPL Terhangat dan Terbaru 2010

Klik banner di bawah untuk menyertainya sekarang!

Banner 468 x 60




Hadiah terkumpul bernilai RM8 000!! Jika anda belum pernah merasa duit hasil daripada internet, INI PELUANG BUAT ANDA !...Dengan hanya mengajak rakan anda download produk PERCUMA kami di atas ini, anda berpeluang mendapat hadiah-hadiah GEMPAK berikut :


1) Komisen

-
Setiap seorang rakan anda yang download produk percuma kami (lead), kami akan bayar RM0.20 (1st-tier) dan RM0.10 (2nd-Tier)


- Contoh : Anda mengajak Ahmad download produk percuma kami. Apabila Ahmad download, kami akan bayar anda RM0.20...Ahmad pula mengajak Ali perkara yang sama...Apabila Ali download, kami akan bayar RM0.20 kepada Ahmad dan RM0.10 kepada anda.


2) Hadiah Istimewa


Tempat Pertama
= RM 1000 <--- Untuk mereka yang berjaya mendapatkan lead terbanyak! Tempat Kedua = RM 500

Tempat Ketiga = RM 250

Tempat Keempat = RM 125

Tempat Kelima = RM 62.5


3) Hadiah Tambahan

Tidak cukup dengan hadiah lumayan di atas, anda juga akan mendapat RM500 on the spot jika anda berjaya mendapatkan 2500 leads TERAWAL.



Terma dan Syarat

-
Program ini adalah PERCUMA. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk menyertainya.

-
Anda tidak dibenarkan melakukan SPAM.

-
Komisen hanya akan dibayar untuk lead yang SAH. Jika anda download sendiri guna nama & email anda yang berlainan, lead tersebut adalah TIDAK SAH.

-
Sesiapa yang didapati menipu atau melakukan SPAM, akaun akan dibatalkan dan komisen tidak akan dibayar.

-
Minimum komisen yang akan dibayar ialah RM1.

-
Sekiranya komisen anda tidak mencecah RM1, kami akan memberikan anda hadiah berupa produk digital.

-
Program PPL ini akan ditamatkan pada 29 April 2010 ATAU serta merta sebaik sahaja leads yang terkumpul mencecah 20 ribu.

- Kesemua komisen & hadiah di atas akan dibayar selepas tamat PPL kecuali untuk "Hadiah Tambahan"


Banner 468 x 60



Jangan tunggu lagi, klik banner di atas ini untuk menyertai kemeriahannya sekarang juga!

10 April 2010

70 Contoh Skema Lengkap Soalan Dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Tahukah anda? Terdapat satu pakej rujukan lengkap ke sesi temuduga sektor awam. Antara kandungan yang terdapat di dalam pakej ini ialah;

70 Contoh Skema Lengkap Soalan Dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Pakej rujukan ini mendedahkan banyak contoh-contoh soalan "real-world" beserta jawapan yang sebenarnya semasa temuduga kerja kerajaan. Anda boleh membaca pakej ebook ini sebelum menghadiri temuduga agar persediaan anda menjadi lebih mantap.

Apa yang akan anda dapat dari pakej rujukan ini?

- Anda akan ketahui apakah bentuk soalan yang lazim ditanya mengenai isu-isu semasa, hal-hal dalam negara dan juga luar negara.

- Anda akan dapat menjawab soalan yang berbentuk fakta mengenai kerajaan Malaysia, Dasar-dasar Negara, Perlembagaan dan lain-lain dalam perkhidmatan awam. Tipulah jika saya katakan ianya lengkap kesemuanya. Apa yang saya tulis ini hanyalah adalah sebahagian kecil
darinya.

- Anda akan didedahkan contoh jawapan bagi soalan-soalan yang "saiko" atau mencabar oleh penemuduga yang biasanya mampu membuatkan anda menangis jika tidak tahu cara menjawabnya.

- Lihat dan dapatkan dahulu maklumat lebih lanjut melalui pautan di bawah..


Koleksi Kisah - Kisah Temuduga Kerja Kerajaan

1. Kisah kejayaan dalam temuduga yang diceritakan kembali oleh mereka yang telah berjaya bergelar sebagai seorang penjawat awam.

2. Kisah kegagalan dalam temuduga yang diceritakan kembali oleh mereka yang telah gagal bergelar sebagai seorang penjawat awam.

3. Anda akan mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan apa yang perlu anda elakkan ketika menghadiri temuduga kerja kerajaan. Anda pasti tidak akan mengulangi kesilapan yang serupa lagi selepas ini.

---------

Dan banyak yang anda akan perolehi dan boleh manfaatkan. Memang sebuah pakej yang cukup berbaloi untuk dijadikan persediaan temuduga anda. Dapatkan segera sebelum menduduki sesi temuduga anda!

09 April 2010

Perkara Yang Wajib Dibawa Semasa Temuduga

1. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN PHOTOSTAT seperti berikut:-

a. Kad Pengenalan
b. Sijil Kelahiran
c. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan)
d. Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V)
e. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan)
f. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian
g. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan)
h. Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain
i. Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja)
j. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan) dan
k. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

2. Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat

3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan.

4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

Siapa pun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Panduan khas ini mungkin dapat membantu anda.

Benjy Cabar Pihak Polis!

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy semalam memfailkan permohonan writ habeas corpus bagi mencabar penahanan semulanya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Melalui notis usul dan afidavit yang diikrarkan dalam permohonan itu, Benjy menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Benjy, 31, memohon perisytiharan penahanannya mengikut akta itu pada 25 Mac lalu tidak sah, salah dan berniat jahat. Sehubungan itu, pelakon berkenaan memohon perintah mahkamah supaya dia dibebaskan dengan serta-merta dan tidak ditahan semula.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam selepas dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 Mac lalu selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah methamphetamine seberat 0.24 gram.

Dia ditahan oleh dua anggota polis pada jam 2.50 petang sejurus ibunya membayar ikat jamin RM2,000 di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin, Kompleks Mahkamah Jalan Duta..
Sumber - Berita Harian (2010/04/09)

Sebab Dan Punca Calon Gagal Temuduga

Elakkan perkara-perkara di bawah ini;
Jangan terlalu berbangga – bangga dengan apa yang telah dicapai oleh anda. Cukup sekadar memberitahu sahaja.

Jangan memandang rendah kepada penemuduga dan mengelak dari menjawab soalan penemuduga. Anda diansihatkan tidak menggunakan nama – nama orang besar bagi menyebabkan penemuduga berasa kagum dengan diri anda kerana perkara sebaliknya akan berlaku.

Jangan sekali kala memerli penemuduga dengan jawapan anda dan mengatakan diri sendiri cukup sempurna untuk memiliki pekerjaan itu.

Tidak mampu berhujah mahu pun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu. Selain sukar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, cara berkomunikasi graduan-graduan tempatan juga tidak menyakinkan.

Cara mereka memberi penjelasan menunjukkan pengetahuan mereka terbatas kepada sesuatu perkara dan gagal memberi jawapan yang menarik mengenai sumbangan mereka.

———-

Lain-lain info terbaik, tip-tip dan panduan kerjaya atau temuduga boleh anda baca di Blog Tips Kerjaya.

06 April 2010

Siti Nurhaliza Cipta Rekod Terbaik ABPBH 2009

SEJARAH terus dilakar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila dia terus mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk kali ke-13 berturut-turut dan kembali merampas gelaran Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali, sekali gus mencatat rekod peribadi buat penyanyi jelita ini.

Bahkan rekod ini kelihatan seperti sukar untuk diatasi oleh mana-mana artis tanah air dalam.

Dengan memperoleh undian peminat sebanyak 225,300 jumlah undian, Siti dengan mudah mengetepikan pemenang tahun lalu, Nabil yang membawa pulang trofi anugerah Artis Komedi Popular. Malah, Siti juga mengetepikan saingan terdekatnya, Aizat yang turut disebut-sebut sebagai calon yang layak untuk menggenggam anugerah utama itu.

Selepas lima tahun anugerah itu bertukar tangan dan hanya menjadi milik artis lelaki, ibarat sirih pulang ke gagang, trofi yang menjadi idaman ramai itu akhirnya kembali menjadi milik penyanyi yang baru saja melancarkan produk kecantikannya sendiri berjenama SimplySiti. Usah terkejut dan tak perlu nak mempertikaikan keputusan yang sudah diumumkan itu kerana gelaran Bintang Paling Popular itu memang layak untuknya.

Bagi sesetengah pihak yang iri hati dengan kemenangan penyanyi ini, tentu dengan mudah menganggap trofi Bintang Paling Popular itu diberikan memandangkan Siti pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur dari menyertai anugerah ini pada masa akan datang. Seakan memahami maksud yang tersirat, Siti menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

“Memang Siti pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mahu lagi bertanding dalam anugerah ini pada masa akan datang. Tapi itu tidak bermakna, disebabkan keputusan itu, penganjur sengaja memberikan anugerah itu kepada Siti.

“Ini semua adalah usaha gigih dan kerja keras peminat yang tak jemu-jemu menyokong kerjaya saya. Mungkin disebabkan ini adalah tahun terakhir saya mahu dicalonkan membuatkan mereka ‘all out’ untuk mengundi Siti.
“Mengenai keputusan untuk tidak mahu lagi dicalonkan pada masa akan datang, memang Siti sudah nekad. Siti sudah pun memberitahu peminat Siti yang ini adalah kali terakhir Siti mahu dicalonkan dan nampaknya ada yang memahami dan bersedia menerima apa saja keputusan yang Siti buat. Namun tak kurang juga yang mempertikaikan keputusan itu.

“Apapun, tak perlu khuatir. Siti masih tetap menyokong penganjuran ABPBH sampai bila-bila. Banyak kenangan Siti dengan ABPBH dan acara ini juga memberi banyak pengajaran dan pengalaman berharga buat Siti dalam meniti perjalanan sebagai seorang anak seni. Siti masih boleh menjadi penyampai, membuat persembahan dan tetap hadir untuk memberi sokongan. Cuma bukan sebagai peserta yang bertanding. Itu saja,” ujar Siti ketika ditemui pada majlis pasca parti ABPBH 2009 yang berlangsung di Coffee Terrace, Hotel Genting, Genting Highlands, awal pagi semalam.

Sebagai Bintang Paling Popular, Siti membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM328,000 termasuk hadiah barang kemas Habib, Nissan X-Trail 2.0L, Perabot Empire Classic, Pakej Penginapan Mewah di Head Of State Suite Palace Of The Golden Horses.

Berita Harian Online Catat sejarah

04 April 2010

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam M41

Exam SPA untuk PTD M41 tinggal 2 hari saja lagi!!

Jangan buang masa, terus klik pautan di bawah untuk mendapatkan rujukan penuh anda!! Jika anda masih berfikir-fikir lagi maka anda akan ketinggalan kerana ratusan calon lain sudah tidak menoleh lagi dengan mendapatkan terus panduan di bawah.

Anda bila lagi?



03 April 2010

Rujukan Peperiksaan Bertulis Gred M41, S41, J41 dan W41!


Tidak lama lagi anda akan menduduki peperiksaan bertulis untuk gred 41? Misalnya S41, M41, J41, W41 dan lain-lain?

Kalau begitu, panduan ini adalah yang anda sedang perlukan!

Nota-nota exam gred 41 ini merangkumi beberapa Isu penting dalam rangkuman Isu Semasa. Ianya disediakan sebagai rujukan pantas anda sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis terutama soalan-soalan dalam Seksyen A, D dan E.

Penulisan esei contohnya, menuntut anda mempunyai pengetahuan dan fakta mengenai isu-isu yang khas. Jika anda tiada maklumat tentang isu yang ditanyakan, adalah menjadi satu masalah dan sudah pasti mengganggu peluang anda untuk LULUS dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Sekali lagi dinyatakan, ianya bukan soalan atau tajuk ‘spot’ tapi lebih kepada menyediakan anda kepada asakan isu semasa yang mungkin anda tertinggal atau tidak tahu secara jelas. Mudah-mudahan nota-nota ini membantu anda dan sekiranya ianya tidak keluar sekalipun di dalam peperiksaan, ianya amat berguna untuk anda memperkayakan maklumat sedia ada anda dalam isu-isu semasa kini.

Nota-nota ini adalah pengumpulan dari kenyataan umum kerajaan, berita akhbar dan kumpulan pendapat-pendapat yang ditapis dan diselaraskan mengikut kesesuaian.

Ini semua hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang akan anda dapat. Kerana dengan memiliki pakej ini, anda akan belajar SANGAT TERPERINCI dan TERLALU BANYAK untuk disenaraikan semuanya di sini. Ada lagi pelbagai nota extra dengan pelbagai topik.

Dapatkan di sini --> Nota Lengkap Peperiksaan Gred 41

Salam kejayaan untuk anda!

02 April 2010

Din Beramboi Dalam Kenangan

02.April.2010 - Tepat jam 12.30am tadi pelawak tanah air kita Din beramboi telah pergi meninggalkan kita semua tanpa kata-kata terakhir dari beliau...Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah dan menyebatkan beberapa organ dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Siapa yang tidak mengenali Din beramboi yang berjaya mengelikan hati orang dengan lawak sepontannya?

Masih teringat apabila beliau berkata kepada Alex "Kalau saya tidak ada lagi di Era , awak gantikan tempat saya". Bagaikan beliau tahu satu hari nanti beliau akan pergi jua namun bukan sahaja radio Era bahkan semua peminat-peminat beliau di seluruh tanah air.

Jenazah Din Beramboi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan yang dijadualkan berlangsung hari ini pada pukul 11.30 pagi, peminat Din Beramboi juga boleh memberi penghormatan terakhir untuk beliau di Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, Kepong, sebelum pukul 11 pagi ini.. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir, sama-sama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Din Beramboi…

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Entri-entri sebelum ni..

Contoh Soalan, Tips Dan Jawapan Untuk Peperiksaan PTD M41

Secara umumnya, format peperiksaan gred 41 (bermula tahun 2010) merangkumi 2 bahagian. Sebenarnya format ini adalah format lama untuk Ujian Bertulis M41 PTD, tetapi hanya ada sikit perubahan pada Seksyen C dan tambahan Ujian Sahsiah. Yang lain semuanya sama, cuba cari kawan yang pernah menduduki peperiksaan pegawai tadbir, dan dapatkan pengalaman mereka kerana format dan soalan adalah hampir sama!

-Bahagian 1-
Seksyen A:
Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C:
Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Seksyen D:
Esei Bahasa Melayu

Seksyen E:
Esei Bahasa Inggeris

-Bahagian 2-

Seksyen A: Ujiah Sahsiah
Merangkumi 200 soalan Ujian Sahsiah

Seksyen B: Minat
Merangkumi 227 soalan

Satu rujukan yang begitu komprehensif khas untuk peperiksaan bertulis Gred 41 ada dihasilkan untuk kemudahan para calon. Iya.. Khas di hasilkan untuk peperiksaan bertulis Gred 41!
Antara komponen yang ada dalam Pakej tersebut ialah;

Komponen 1: Diskripsi Prima
- Ianya adalah ebook utama 64 mukasurat

- Menerangkan secara terperinci setiap seksyen yang bakal ditanya

- Merangkumi analisis setiap seksyen hasil kajian kepada kertas-kertas peperiksaan yang lepas

- Mengandungi lebih 90 contoh soalan keseluruhannya merangkumi setiap seksyen

- Setiap seksyen dibahagikan kepada beberapa pecahan dengan huraian melebihi apa yang dikeluarkan untuk sebaran umum pihak SPA sendri. Jadi ianya lebih komprehensif!

- Mengandungi strategi bagaimana nak buat persediaan dan link-link rujukan utama turut disediakan

Komponen 2: Soal Jawab Inkuiri
- mengandungi soalan-soalan lazim yang ditanya oleh calon PTD

- himpunan soalan-soalan dan jawapan yang tepat untuk setiap soalan

- ianya adalah soalan yang pernah ditanya oleh ’senior’ anda yang membaca blog tipsptd sebelum ini

- kebanyakan soalan yang ditanya adalah bertindih dan mereka simpulkan semuanya untuk anda, jadi anda tak perlu bertanya lagi dan meraba-raba mencari jawapan kepada soalan anda kerana semuanya pernah ditanya dahulu!

Komponen 3, 4, 5, 6.
Nota Esei (Isu Alam Sekitar, Isu Nasional, Isu Kesihatan, Isu Ekonomi)

- mengandungi pelbagai maklumat isu semasa yang dirangkum dalam 4 blok utama seperi yang disebut di atas

- anda tak perlu pening kepala lagi nak cari semua maklumat dengan menyelak akhbar, membaca majalah dan lain-lain

- semuanya telah dikumpulkan untuk memudahkan persediaan anda dan bayangkan berapa banyak masa yang boleh anda jimat

- NKRA, H1N1, KPI dan lain-lain, anda tahu semua ini?

Boleh dapatkan pakej lengkap tersebut melalui link di bawah;

Dapatkan ini sekarang => Panduan Exam PTD M41!

---------

P/s Saya ada terjumpa blog yang menerangkan sebab kegagalan calon exam SPA PTD M41 ini. Mungkin rakan-rakan mahu membacanya.

28 March 2010

PLR, MRR dan RR.. Mana Yang Terbaik?

Hari ini pernigaan internet terutama di negara kita sendiri Malaysia semakin hari semakin berkembang. Purata peningkatan pengguna di internet juga meningkat 200% ke 300% dalam setahu. Ia satu tanda positif kepada usahawan perniagaan internet /online. Perniagaan internet ini juga turut mendapat sokongan daripada kerajaan diantaranya penambah baik sistemm talian internet yang semakin hari semakin pantas untuk tujuan berurusan.

Pelbagai produk yang kita boleh lihat sekarang didalam dunia online ini tidak kira produk digital mahupun produk fizikal. Tetapi masih ramai lagi yang hanya melihat dan menunggu. Kenapa perkara ini berlaku ya.. anda takut hendak bermula? Tiada panduan ? tidak ada produk?

Sebenarnya ada kaedah untuk anda bermula tapi itu juga terpulang pada anda ingin bermula ataupun tidak. Salah satu kaedah dan juga salah satu jalan pintas untuk anda memulakan perniagaan di internet adalah mendapatkan produk reseller dan terus promosikannya. Saya juga tahu mesti ada sesetangah diantara anda tidak tahu apa produk reseller. Produk reseller adalah produk yang dibenarkan kepada kita menjual produk seperti produk kita sendiri . kebanyakan produk reseller ini adalah produk digital seperti eBook ,Grafik, skript, video dan audio. Hasil jualan yang kita perolehi kita tidak perlu kongsikan kepada pemilik asal produk dan ini bermakna kita akan dapat 100% keuntungan jualan.

Produk reseller ini juga akan disertakan dengan lesen hak jualan yang mempunyai syarat- syarat tertentu supaya kualiti dan kandungan sesuatu produk akan terjaga dan terjamin. Salah satu syarat tersebut seperti produk tidak boleh diberikan secara percuma , produk tidak boleh dijual pada site lelongan dan beberapa lagi syarat. Lesen hak jual pula terbahagi kepada 3 jenis lesen iaitu :

1.Resale Right (RR)
2.Master Resale Right (MRR)
3.Private Label Right (PLR)

Resale Right adalah produk dimana kita berhak menjual kembali produk tersebut tanpa mengubah kembali produk tersebut seperti isi kandungan produk , nama pencipta produk dan syarat lain lagi. Keuntungan semestinya 100% kita akan perolehi.

Master Resale Right pula kita berhak untuk menjual lesen resale right dan produk . Kebenaran yang diberikan pada produk sama juga seperti lesen RR , tidak boleh mengubah isi kandungan , nama pencipta. Keuntungannya lebih besar dari produk RR .

Private label right berbeza sedikit dengan lesen RR dan MRR kerana produk ini memberi banyak kebenaran untuk mengubah isi kandungan , nama pencipta menjadi nama anda sendiri dan sebagainya. Keuntungan sangat tinggi daripada lesen RR dan MRR. Lesen PLR ini juga adalah lesen hak jualan yang sangat digemari oleh ramai usahawan internet..

Jadi saya rasa elok pada mereka yang tidak mempunyai produk atau buntu untuk bermula dengan perniagaan internet mencuba produk reseller kerana anda tidak pening-pening untuk memikirkan produk apa yang perlu anda jualkan.kerana semua telah tersedia seperti minisite , banner, article promosi dan tool-tool lain untuk tujuan promosi.

Saya juga syorkan pada anda jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet dengan produk reseller elok dapatkan panduan yang menbantu anda dalam perniagaan ini. Salah satu panduan yang berkesan adalah ebook rahsia reseller. Apa yang ditunjukkan dalam ebook ini seperti ialah;

• Pengenalan Reseller – Pengertian Right, jenis produk dsb
• Teknik Mengkaji Permintaan - Cara membuat kajian
• Teknik Mencari Produk Reseller – Mencari ikut keyword, produk, pakej dsb
• Teknik Mengubah Produk Reseller – Membuat perubahan baru pada produk
• Teknik Promosi – Teknik promosi menggunakan beberapa kaedah marketing

Anda boleh lihat dahulu ulasan dan review mengenai eBook Rahsia Reseller ini untuk lebih detail..

21 March 2010

Jangan Terlalu Banyak Berfikir

Kalau-kalau ada yang terlupa atau memang belum mengetahui. Saya tidak tahu siapa atau apa yang telah meracuni fikiran kita sebelum ini. Saya jangkakan ianya telah berlaku lama dahulu. Lama sebelum saya dan beberapa belas ribu sebaya saya dilahirkan atau lebih awal lagi dari itu. Kerana semasa masih kanak-kanak, saya pernah bertanya kepada jiran kami yang baik hati..

Saya: “Pakcik, kenapa kita tidak menanam jagung atau getah di belakang rumah?”

Pakcik: “Hish.. Mana ada orang buat macam itu.”



Pada masa yang lain saya berasa hairan semasa menemani ibu di huma..

Saya: “Mak, kenapa kita tidak mengusahakan tanaman pisang? Asyik-asyik padi saja.”

Mak: “Tempat ini kurang sesuai. Tumbuhnya pun belum pasti. Tengok, semua orang lain pun menanam padi kan?”



Pada hari yang lain, saya berborak dengan bapa sambil duduk di atas tunggul hangus (sisa semasa membuka kawasan huma itu sebulan lalu)..

Saya: “Kecilnya kawasan padi kita ni pak.”

Bapa: “Buat apa mahu besar-besar. Memadai untuk keperluan keluarga kita tahun ini. Itu sudah lebih dari cukup.”

Sambung baca di sini.

Siapa Bea Rameshan?

Anak dara siapa pula la yang aku usha ni?? Hehee..

Saja je panggil nama penuh awek ni. Nama glamour dia Bea Rameshan. Artis la katakan. Tak tahu la kalau anda kenal ke tidak dia ni. Saya pun tak kenal sangat sebenarnya. Dengarnya orang Kelantan. Che mek molek la ni. Patut pun comel molek je orangnya..

Yang saya tahu, dia ni mulai dikenali selepas menyertai rancangan realiti ‘Pilih Kasih’ di TV1. Ok.. tu je yang saya tahu.

Jadi apa pasal pula dia tiba-tiba muncul di sini? Adehh.. susah juga nak jawab soalan ni. Kalau kata pasal SEO, rasanya tak kot. Anda cuba search ‘Bea Rameshan’ di Google, result tak banyak sangat pun kan. Memang tak boleh lawan Tiz Zaqyah la yang glamour habis tu. Dipendekkan saja ceritanya, saya suka tengok pic dia. Itu saja. Hee..

Ni ada beberapa koleksi gambar dia..

Rabiatul Balqis Yang Comel | Julmazli Dot Com

20 March 2010

Panduan Asas Bisnes Online

Tiga panduan itu ialah..

1. Panduan Asas Promosi Affiliate

- Penerangan mengenai asas affiliate secara ringkas. Apa itu affiliate? Bagaimana menyertainya? Bagaamana cara mempromosikan link affiliate anda? Semua ada di sentuh di sana.

2. Panduan Asas Menulis Salesletter

- Apa pula salesletter ni? Bukan. Bukan surat cinta. Tapi surat jualan. Ini adalah elemen yang penting untuk dikuasai. Sebagus mana pun produk anda, ia tidak dapat dijual jika bakal pembeli anda tidak terpikat dengan ayat di laman web jualan anda. Kira ayat power la. Kuasai kemahiran ini dengan baik, kalau nak upah pakar menulis pun boleh tapi kos juga. Nak murah sikit. Boleh upah saya. Hehee..

3. Panduan Asas Joint Venture

- Anda boleh hasilkan seberapa banyak produk. Anda boleh tulis seberapa banyak surat jualan yang membunuh. Anda boleh kumpul list seberapa banyak pun. Tapi itu semua masih tidak akan setanding dengan kehebatan yang dibawakan oleh kuasa JV. Ingat JV bermakna anda menguasai Glamor, Kredibiliti dan List yang sangat-sangat besar! Walhasilnya, jualan anda akan meledak!

Anda boleh dapatkan secara percuma di blog Julmazli Dot Com. Anda hanya perlu masukkan nama dan email utama sahaja kemudian tekan hantar. Laporan-laporan itu akan dihantar kepada anda secara bersiri bermula hari anda mendaftar..

Artikel penuh dan pautan download ada di sini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Laskar Affiliate

19 March 2010

Perbandingan Di Antara Wang dan Emas

Salam semua pembaca. Maaf ya.. Lambat sedikit terbitkan artikel terbaru hari ini. Saya melunaskan beberapa urusan offline tadi. Buat pengetahuan semua, saya akan update blog ini setiap hari. InsyaAllah jika diberi kekuatan dan kelapangan. Jadi kalau tak buat apa, sambil-sambil surf Internet tu singgah-singgahlah sini ye. Tinggalkan komen ke mengenai topik yang dibincangkan. Kalau sudi la kan..

Agak lama juga saya tidak menulis apa-apa artikel berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan. Rindu pula rasanya. Jadi kali ini kita akan memperkatakan mengenai wang dan emas. Sedia? Kalau sudah, sila teruskan bacaan anda.

Wang Vs Emas. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang kepada anda ke dunia wang fiat.. Sebenarnya kita memang dilahirkan di dalam dunia wang fiat pun. Melainkan umur anda kini sudah 300 tahun atau lebih.

Wang fiat kalau dalam bahasa mudahnya dipanggil wang kertas. Orang putih memanggilnya currency. Kata dasar untuk currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam pengertian yang senang difahami, wang kertas perlu sentiasa bergerak.

Apa akan jadi jika wang kertas berhenti bergerak? Nilainya akan mula merosot.

Kita lihat situasi ilustrasi ini;

RM20,000 yang letakkan di dalam peti besi. Biarkan selama 20 tahun. Apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM20,000 itu akan merosot nilainya. Jumlah fizikalnya, masih tetap 20,000 tetapi nilainya kalau dianggarkan secara kasar, kemungkinan besar hanya tinggal lebih kurang 12,000 sahaja. Terjejas akibat inflasi. Itu adalah kelemahan currency. Selain itu, kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan mudah. Ia boleh;

1. Dikoyakkan sampai lumat

2. Digunting

3. Dibakar

Artikel penuh di sini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Wang Vs Emas

18 March 2010

Siapa Budak Itu Sebenarnya?

1993

Seorang budak berumur 10 tahun membantu ibunya menghidupkan api. Ia adalah dapur tanah yang menggunakan kayu dan reranting kering sebagai bahan api. Dia meniup bara api yang mulai menyemarak.

“Hari ini lauk apa mak?”

“Pucuk ubi kayu.” Sahut ibunya sambil membersihkan belanga untuk menanak nasi yang dipinjam dari jiran tadi.

“Mak.. Kenapa masa kenduri di rumah atuk, kami duduk makan atas lantai? Sepupu yang lain duduk atas meja?” Becok sekali bertanya sambil mengingati situasi pada waktu itu.

Sementara yang lain seronok bermain, dia dan abangnya mengangkut air dari perigi untuk kegunaan memasak. Kakak yang lain pula membantu di dapur atau membasuh pinggan.

“Sebab kita orang miskin nak. Badan dan baju yang kita pakai kotor sedikit. Nanti tak elok makan depan orang.” Penerangan diberikan.

“Ohh..”

Begitulah antara hari-hari yang dilaluinya. Beg ke sekolah ialah plastik pembungkus barang. Nasib baik seragam sekolah dan peralatan tulis diberikan pihak sekolah (ihsan daripada kerajaan negeri). Pinjaman buku teks pun turut disediakan. Dalam usia sekecil itu dia tidak terasa sangat. Hanya tahu bermain dan bermain. Permainan yang tidak memerlukan wang seperti berkejaran ke sana sini, menangkap ayam jiran, memancing ikan di lopak berhampiran dan seperti itu. Tiada apa-apa masalah melainkan kadang-kadang terpaksa menahan lapar andai ayah tidak mendapat sebarang hasil tangkapan untuk dijual kepada pemborong atau terjaga semasa lena tidur di malam akibat air hujan yang menitik dari atap rumah yang bocor.

Baca di pautan ini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Siapa Budak Itu Sebenarnya?

17 March 2010

Khatimah Cinta – 6ixth Sense

Khatimah Cinta – 6ixth Sense

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Lihat lirik penuh dan dengarkan mp3 di..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Khatimah Cinta – 6ixth Sense

Terbaik Dari Ladangku

Entri kali ini ialah kedua yang saya buat sendiri (ok..ok.. selepas ini saya tidak akan kira lagi hehee..). Entah kenapa, bila masuk bab blogging tiba-tiba saya menjadi seorang pemalas. Asyik harapkan hasil penulisan orang lain saja. Balik-balik copy. Balik-balik paste. Asyik-asyik copy paste, kalau copy susu takpa juga.

Kenapa ya? Hmmm.. saya sendiri agak hairan. Kalau kata tak pandai menulis. Tapi.. saya seorang penulis. Penulis buku. Eh.. buku apa? Hehee.. itu nantilah lain kali kita bicarakan.

Yang penting sekarang ini, saya sudah menyimpan 1 tekad. Saya mengenggam 1 azam. Dan saya menaruh 1 harapan. Bersama 1 semangat!

Ewahh.. Bukan main lagi. Apa dia tu?

Bahawa saya akan meninggalkan tabiat lama menjadi tukang copy paste itu (copy sikit-sikt sudahlah hehee..). Saya akan menaip dengan jari jemari sendiri. Idea sendiri dengan pendapat sendiri. Sebagai contoh, anda jangan terkejut jika mendapati apa-apa review yang saya buat mengenai mana-mana produk tidak memuji produk tersebut semata-mata. Saya pasti akan ceritakan sekali masalah yang terdapat pada produk tersebut (baca produk sebagai fizikal dan digital).

Sambungan..
Julmazli Dot Com

16 March 2010

Pak Malau dan Rojak Special

Ini adalah entri pertama yang betul-betul saya sendiri hasilkan. Ini juga adalah merupakan percubaan pertama blogging saya. Entahlah menjadi atau tidak. Sebetulnya, saya ada amali berblog sebelum ini. Tapi menggunakan platform blog percuma saja. Saya ni kalau amali memang ada. Asyik cuba dan gagal saja (try and error la tu). Kalau ikut seminar Smart Blogging – Encik Rohaizad tu memang belum lagi la atau mana-mana seminar pun.
Saya dah try blogspot. Apa jadi? Blog saya kena ban. Sebab? Saya copy paste artikel orang lain. Hehee..

Saya juga ada cuba berblog dengan menggunakan worpress percuma tu. Kali ni apa pula yang jadi? Kena ban juga. Apasal pula? Content bagus. Baclink pun ada. Kira sudah lebih baik daripada blog pertama tadi la. Tapi blog tu dipenuhi dengan link affiliate. Alih-alih bila saya nak publish post baru dah tak boleh la pula.

Sabar jela.. Itukan hak mereka sebagai pemilik hosting. Kita ni menumpang kasih saja. Jadi kalau menumpang tu, buatlah cara menumpang. Ye tak? Teringat pula saya pesanan Pak Malau..

Baca di pautan ini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Pak Malau dan Rojak Special

Niagakit.com - Sistem Kedai Online

Oh.. tajuk pun sudah jiwang semacam saja. Apakah ini merupakan post-ku yang paling romantis? Oh.. (saya sudah tersampuk dengan tagline Labanon ini). Siapa Labanon? Boyfriend Si Niagakit tu la.. benci I huh.. :p

Ini mengenai perniagaan menjual produk fizikal sendiri. Kedai online sendiri. Iya.. kedai anda. Kalau di dunia offline – lot kedai la.

Jadi kali ini saya mahu bercerita sepintas lalu mengenai buah hati rebutan para pemilik perniagaan di Internet. Seorang awek yang chantek ehem..ehem.. Namanya cik Niagakit.

Cik Niagakit ini sebenarnya salah satu sistem kedai online yang terawal di Malaysia. Baiklah.. saya serius bercerita kali ini. Sistem kedai online Niagakit ini dibangunkan oleh usahawan internet (Team Flarebiz) untuk membantu individu yang berminat untuk menjual produk mereka secara online. Hanya usahawan internet yang sebenar memahami apa yang diperlukan oleh seseorang individu untuk menjual produk secara online. Dengan sistem Niagakit semuanya menjadi mudah dan ringkas. Pengguna boleh melakukan semuanya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan. Para pengguna juga tidak perlu lagi membazir masa dan wang ringgit untuk memilih sistem kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan.

Sambung baca di..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » 25 hari mencari cinta (oh.. buah hatiku niagakit)

15 March 2010

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II

Idea 11

MLM.Anda juga boleh menjalankan perniagaan MLM atau Multi Level Marketing. Dengan jumlah pengguna internet yang besar,pastinya memberi kelebihan untuk anda mencari prospek baru dengan cepat.Saya mengenali seorang usahawan MLM yang telah berjaya rekrut sebanyak 215 orang dalam masa 4 minggu sahaja. 4 minggu selepas itu, angka tersebut bertambah menjadi 305 orang. Anda rasa, nak mencari 305 ini dengan offline marketing, agak-agak berapa lama masa yang anda ambil?



Idea 12

Consulting/Coaching. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, anda boleh tawarkan servis consulting ini. Anda boleh berikan tunjuk ajar kepada pelanggan anda melalui YM atau email. Selalunya caj consulting ini adalah lebih mahal harganya berbanding dengan harga ebook kerana anda memberikan servis ini secara one-to-one.



Idea 13

Google Adsense.Adsense juga merupakan salah satu cara menjana pendapatan dari iklan. Anda akan dibayar sekiranya pelawat anda klik iklan yang dipaparkan di website anda. Semakin tinggi jumlah visitor, maka semakin tinggi peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dari Adsense ini..

Bagi lagi..
20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

14 March 2010

Mini PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com?!

Jadi di sini saya akan terangkan dengan lebih jelas apakah jenis cabaran ini. sebenarnya? Hehee.. Ia sama saja dengan mana-mana cabaran PPL sebelum ini. Bezanya hanya tempoh masa cabaran saja. Saya pendekkan. Selalunya cabaran PPL adalah selama 30 atau 40 hari (hadiah pun lebih lumayan juga). Bergantung kepada penganjurnya. Tapi PPL saya yang anda bakal promosikan ini pula hanya selama 7 hari sahaja.

Iya.. seminggu kemudian jika anda berjaya menghasilkan leads terbanyak, akan menjadi pemenang dan saya akan bayar. Kira ini macam wang pantas juga la..

Maklumat asas;

1. PPL ini akan diadakan selama seminggu sahaja, sebab itu ia dipanggil Mini Cabaran PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com.

2. Syarat kelayakan sebagai pemenang ialah mendapat minimum 20 leads..

Lawati..
Mini PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com?! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian I

Saya akan senaraikan 20 idea menjana pendapatan dari internet yang boleh anda tiru dan ikut. Mungkin ada yang sesuai dengan minat atau kemahiran anda. Ada yang memerlukan modal untuk anda mulakan dan ada juga tidak memerlukan sebarang modal.

Ada yang memerlukan kemahiran anda untuk menulis dan ada juga yang tidak memerlukan sebarang website untuk menjana pendapatan.

Jom!

Idea 1

Dropshipping bisnes. Ia membolehkan anda menjual produk fizikal tanpa perlu menyimpan stok. Anda boleh mendirikan sebuah online store yang mempunyai ratusan produk tanpa perlu menyimpan stok. Dropshipper akan menghantar pesanan yang dibuat terus ke pelanggan anda.Anda hanya perlu promosi dan dapatkan jualan. Stok dan penghantaran akan diuruskan oleh dropshipper itu sendiri. Sesuai untuk mereka yang meminati jualan produk fizikal. Ebay dan lelong dot com adalah contoh laman yang membolehkan anda menggunakan teknik dropshipper ini.

Idea 2

Menjual barangan di ebay. Ebay merupakan satu tempat jual beli barang yang mempunyai jumlah visitor yang tinggi setiap hari.Anda boleh menjual sebarang produk di sini.

Screenshot Ebay..

Sambungan boleh baca di..
20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian I « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

13 March 2010

Bagaimana kalau saya tidak mempunyai produk?

Anda tidak perlu bimbang sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual. Anda masih mampu menjana pendapatan yang lumayan dari Internet walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri.

Tapi bagaimana caranya?

Mudah sahaja. Anda boleh menjadi referral untuk mendapatkan komisyen atau menjual ruang pengiklanan di website atau newsletter anda. Itu antara contoh yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan tanpa produk sendiri. Banyak lagi cara yang anda boleh lakukan.

Anda juga boleh :

• Beli produk yang mempunyai hak Resell Rights.Selalunya produk Resell Rights ini ialah produk digital seperti ebook. Anda hanya perlu membina website dan mendapatkan trafik melalui Google Adwords..

Bagaimana kalau saya tidak mempunyai produk? « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Anda kenal siapa Patric Chan?!

Dua perkara yang boleh menerangkan siapa beliau;

1.Seorang jutawan Internet
2.Baca kisah beliau di bawah..
Kemungkinan besar, anda tidak kenal dia langsung kerana beliau sibuk buat duit dengan pemasaran ‘affiliate’ di peringkat antarabangsa. Beliau juga dijemput sebagai ‘speaker’ di Unleash Your Marketing Genius Seminar oleh Stephen Pierce untuk mengajar tentang pemasaran affiliate!

Beliau berasal dari Pulau Pinang. Bapanya adalah seorang pemandu teksi yang tidak pernah bercuti daripada membawa teksi kecuali jatuh sakit. Patric hanyalah bersekolah sehingga sekolah menengah sahaja. Pada suatu hari ibunya memberika sebuah tabung yang berisi wang kepada Patrick untuk beliau sambung belajar tetapi Patrick tidak sampai hati untuk mengambil wang itu yang dikumpul oleh ibunya sejak sekian lama. Menyedari kesusahan keluarga, beliau telah melakukan banyak kerja sehingganlah pada tahun 2003 dia telah secara serius membuat bisnes di internet juga menjadi affiliater yang targetnya adalah pasaran antarabangsa.

Cerita selanjutanya..
Anda kenal siapa Patric Chan?! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

12 March 2010

Top 10 Barangan Paling Laris Di Internet!

Di sini saya senaraikan Top 10 barangan yang menjadi tumpuan di internet. Sudah pasti susunan ini akan berubah dari masa ke semasa. Naik dan turun. Oleh itu rajin-rajinlah buat kajian sendiri ya..

1. Pakaian

2. Barang permainan dan video games

3. Barangan elektronik

4. Hardware Komputer

5. VCD/DVDs..

Lihat selanjutnya..
Top 10 Barangan Paling Laris Di Internet! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

No Form, No Signup.. Just Free!

Jika ada antara rakan-rakan yang mahu mendalami seni pemasaran secara perkongsian atau JV. Ini ada eBook 20 mukasurat mengenai teknik JV dari saya untuk rakan-rakan. Boleh muat turun terus sahaja..

http://www.keajaibanpenjimatan.com/downloads/preview.pdf

Tiada borang opt in.

Tiada syarat.

Tidak perlu masukkan nama.

Tidak perlu masukkan email.

100% percuma dari saya di Rahsia Niaga.

Baca sepenuhnya di..
No Form, No Signup.. Just Free! « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

11 March 2010

Definisi Beberapa Istilah Internet Marketing

Beberapa definisi atau term yang selalu digunakan dalam perniagaan internet ini supaya anda lebih jelas dan faham.

• Apakah domain name?

Domain name adalah alamat website anda. Ianya akan kelihatan seperti ini :

www.nama-anda.com Apabila nama domain tersebut telah dibeli atau didaftarkan, maka tiada sesiapa boleh mendapatkan domain yang sama. Dua rumah tidak mungkin mempunyai satu alamat yang sama.

• Apakah itu website?

Website boleh diibaratkan sebagai rumah anda. Ianya boleh wujud dalam bentuk brochure, salesletter, kedai online, blog dan sebagainya. Website anda akan memaparkan produk-produk anda dalam bentuk gambar, foto, grafik, perkataan dan sebagainya. Orang ramai boleh membeli produk anda tanpa perlu pergi ke lokasi perniagaan anda..

Baca lagi..
Definisi Beberapa Istilah Internet Marketing « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

11 Sebab Yang Paling Kukuh..

Modal Rendah

Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari $100 sahaja!

Tidak Perlu Bekerja 8 jam Sehari

Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9-5 apabila memulakan perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri..

Baca lagi..
11 Sebab Yang Paling Kukuh.. « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

10 March 2010

8 Perkara Sebelum Memulakan Perniagaan Internet

Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan secara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaan internet.

1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda.

Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau

Baca lagi..
8 Tembok Penghalang yang Mesti Dirobohkan « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

09 March 2010

4 Teknik Sempoi Promosi Di Facebook

Saya bukanlah pakar pemasaran Facebook. :) Walaubagaimanapun, di sini saya senaraikan 4 teknik sempoi pemasaran Facebook. Mudah di lakukan dengan kadar kejayaan yang sederhana.

Tapi para pembaca harus sudah mempunyai akaun Facebook sendiri. Jika belum ada, boleh buka satu percuma melalui web rasmi Facebook di http://www.facebook.com

Baca di..
4 Teknik Sempoi Promosi Di Facebook « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Perkara yang perlu anda fikir sebelum memulakan perniagaan internet

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :

Baca seterusnya..
Perkara yang perlu anda fikir sebelum memulakan perniagaan internet. « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

08 March 2010

Perniagaan Internet Vs Skim Internet

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang..

Baca seterusnya melalui link di bawah ini..
Perniagaan Internet Vs Skim Internet « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Bagaimana Menulis Ayat Signature Yang Killer (Pemasaran Forum)

1. Gunakan Tajuk Salesletter

Untuk makluman anda,tajuk sales letter ataupun headline adalah tarikan no 1 dalam sesuatu minisite jualan.Ianya amat berpengaruh untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca sehingga habis surat jualan yang dipromosikan.

Contoh tajuk sales letter:-
a) Ramai yang dah berjaya dapat kerja kerajaan.Anda bila lagi?

Baca selanjutnya di..

Bagaimana Menulis Ayat Signature Killer (Pemasaran Forum) « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

07 March 2010

4 Kelemahan Utama teknik JV

Iya.. memang benar teknik ini tidak memerlukan kos yang tinggi tapi sebaliknya anda perlu bersedia dengan hal-hal di bawah;

Persediaan rapi
Teknik JV memerlukan persediaan yang cukup teliti. Mesti menyediakan bahan promosi yang mencukupi seperti banner pelbagai saiz, sekurangnya 2-3 artikel untuk blog dan email follow up (sekurang-kurangnya 5 siri) merangkumi sebelum, semasa dan selepas pelancaran produk anda. Juga sila pastikan web anda berfungsi dengan baik, bandwith yang optimum dan paling penting ‘meta tag’ web anda sudah di-setting-kan dengan teliti untuk kegunaan SEO rakan-rakan JV anda!

Penguasaan bahasa yang baik
Jika email atau surat jemputan anda menggunakan bahasa rojak seperti kau, aku, gua, lu dan bro. Memang kemungkinan untuk jemputan JV anda diterima..

Baca selanjutnya melalui pautan di bawah..
Peluang Perniagaan Internet Terbaik

Lagi Lagi Spam..

Itulah pasal. Selalu sangat kita dengar mengenai spam. Tapi apa spam itu sebenarnya?

Menurut SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memberi definisi spam sebagai aktivti penghantaran mesej yang tidak diperlukan misalnya mel elektronik (emel) menerusi Internet atau mesej menerusi SMS kepada pengguna. Ia turut merangkumi semua jenis mesej sama ada komersial atau bukan komersial serta daripada pinjaman perumahan, gadaian, kandungan lucah dan dadah mempertingkatkan rangsangan seks.

Masalah spam mesti ditangani pada peringkat individu dengan melaksanakan proses kendalian kendiri, iaitu penerima boleh mengabaikan saja spam diterima atau terus memadamkannya daripada senarai mel elektronik mereka..

Baca penuh di blog rahsia niaga;

Lagi Lagi Spam.. « Peluang Perniagaan Internet Terbaik

06 March 2010

Keajaiban Penjimatan - Sebuah Ebook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan

Dapatkan 1 eBook, 1 panduan, 1 template, 3 e-kursus dan terbitan newsletter bermutu (merangkumi topik penjimatan, kewangan, motivasi dan perniagaan). Semuanya percuma saja. Sungguh tak boleh dipercayai!

Tapi adakah anda betul-betul memerlukan eBook dan e-Kursus ini?

Sudah tentu. Kerana pengetahuan adalah yang paling berharga dalam diri seseorang. Ini adalah pengetahuan yang akan menambahkan nilai kekayaan anda kelak. Tidak seperti harta benda, ilmu adalah sesuatu yang tidak ada sesiapa pun boleh merampasnya daripada anda sehingga akhir hayat. Malah akan selalu di sisi, membantu anda semasa susah dan ketika orang lain tidak mengendahkan anda.

Dapatkan segera melalui pautan di bawah;

Keajaiban Penjimatan - Sebuah Ebook 15 Keajaiban Penjimatan Dibongkarkan