04 September 2012

Top 10 Filem Malaysia Paling Tinggi Kutipan

Pasti terdetik di hati anda untuk bertanya filem mana yang paling berjaya di Malaysia setakat ini? Dan berapa banyak pendapatan filem tersebut agaknya? Kalau itu yang sedang anda fikirkan, memang post ini untuk menjawab persoalan itu.

Carta Top10 ini adalah berdasarkan kutipan wajib tayang yang diperolehi. Nampaknya sehingga waktu ini carta masih lagi diungguli oleh filem KL Gangster dengan kutipan sebanyak 11.74 juta. Sementara di tangga kedua jatuh kepada filem Ombak Rindu dengan jumlah terkumpul 10.90 juta dan di tempat ketiga menjadi milik filem Hantu Bonceng lakonan Zizan dengan pendapatan sebanyak 8.53 juta.

Di tangga ke-4 hingga ke-10 adalah seperti di bawah:

04. Ngangkung - 8.18 juta
05. Kongsi - 8.09 juta
06. Khurafat - 8.08 juta
07. Hantu Kak Limah Balik Rumah - 7.90 juta
08. Adnan Sempit - 7.66 juta
09. Hikayat Merong Mahawangsa - 6.50 juta
10. Lagi-Lagi Senario - 6.33 juta

Sumber: Carta ini telah dikeluarkan oleh Portal Perfileman Malaysia.

Twitter, Akaun Facebook Dan Fanpage Zizan Razak

Zizan merupakan selebriti Malaysia yang tidak asing lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Bintang Paling Popular ini? Ramai peminatnya yang ingin mengetahui perkembangan semasanya. Kini dengan mudahnya segala aktiviti beliau dapat kita skodeng melalui akaun Twitter mahupun Facebook Zizan. Bak kata orang maklumat di hujung jari kelingking jer..

Sehingga ketika post ini ditulis, Facebook Fanpage Zizan Razak sudah mempunyai 1.7 juta pengikut. Bukan main-main tu. kalau anda belum like lagi, boleh ke Fanpage Zizan Raja Lawak.

Kepada anda yang suka main tweet2 pula. Bolehlah ber-tweet bersama Zizan menggunakan akaun Twitternya di https://twitter.com/zizanrajalawak.