08 December 2019

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan. Tgh cari rujukan Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020? Jika ya adalah jawapan pembaca, baca sampai habis..

Permohonan mengikuti Latihan Separa Perubatan


Sekiranya ingin memohon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan melalui borang SPA8i. Permohonan mengikuti Latihan Separa Perubatan adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian.

Akan tetapi tempoh sahlaku permohonan Latihan Separa Perubatan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Jadual pengambilan latihan separa perubatan


Untuk pengetahuan pembaca, sebagai calon-calon Paramedic Training atau Latihan Separa Perubatan sekalian. Tak kiralah calon latihan separa perubatan bertaraf diploma atau latihan separa perubatan bertaraf sijil.

Biasanya, penjadualan temuduga SPA akan dilakukan pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari tahun hadapannya. Manakala, temuduga SPA akan dibuat pada April bagi kemasukan sesi Julai.

Contoh : temuduga akan dibuat pada bulan April 2020 untuk kemasukan sesi Julai 2020.

Semakan penjadualan


Semakan penjadualan untuk temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020 boleh dibuat melalui pautan di bawah :

Portal SPA :
----------------

Selain itu, pembaca juga boleh membuat semakan di Facebook SPA dari masa ke masa.

Senarai Latihan Separa Perubatan


Bagi calon pertama kali, ada yang bertanya - latihan separa perubatan ni apa nama jawatan dia?

Berikut adalah senarai penuh latihan Separa Perubatan bertaraf diploma di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :


01. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

02. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

03. Latihan Jururawat

04. Latihan Juruterapi Pergigian

05. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

06. Latihan Juruteknologi Pergigian

07. Latihan Juru X-Ray

08. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

09. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Ini pula senarai Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :


01. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

02. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Alamat Surat Menyurat Latihan Separa Perubatan


Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Sekiranya pembaca mempunyai sebarang pertanyaan, boleh ajukan melalui E-mel di sistem ePertanyaan SPA.

Unit Separa Perubatan


Unit ini bertanggungjawab dalam ambilan perjawatan separa perubatan. Di bawah ialah nama staf bertugas dan no telefon :


  1. Nazratul Ain binti Mohamad Ali : 03-8885 6247
  2. Nor Azliza binti Ismail : 03-8885 6254
  3. Ahmad Saifudin bin Nadin : 03-8880 6435
  4. Fauzliza binti Ismail : 03-8885 6267
  5. Mazita binti Ismail : 03-8885 6346
  6. Nuryuliana binti Karnilis : 03-88856264

Kadar Elaun Latihan Separa Perubatan


Sepanjang pengajian pembaca selama 3 tahun (6 semester) di bawah KKM, pembaca akan menerima kadar elaun bulanan di bawah :

RM835.57 sebulan

*Di samping elaun-elaun tahunan lain yang layak diterima.

Syarat mengikuti Latihan Separa Perubatan :


a)Warganegara Malaysia

b) Umur calon :

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

c) Kelayakan am:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) mempunyai kelayakan di para (iii) di atas,
b) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020 (berkenaan kementerian / jabatan)


Percaya cakap saya, soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian dimana pembaca bakal bertugas kelak.

Pembaca sebagai calon latihan separa, tidak lain dan tidak bukan. Sudah pasti ditempatkan di KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adalah amat patut untuk pembaca mengetahui :

Misi, visi dan objektif utama KKM.

Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Bahagian Separa Perubatan di KKM.

Contoh Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan : Siapa KP Kesihatan?

Sila sediakan info mengenai menteri kesihatan, timbalan beliau, KSU kesihatan, pengarah kesihatan negeri masing-masing dan seumpamanya.

Boleh rujuk portal rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang perlu.

Contoh Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang paling lazim diajukan


Apakah dua soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

a. Diminta memperkenalkan diri.

b. Alasan pembaca memohon Latihan Separa Perubatan.

Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri pembaca dengan Latihan Separa Perubatan ini berbanding calon-calon lain.
Dipanggil untuk Peperiksaan online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma? Baca contoh soalan dan format exam di sini.

Contoh Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang paling popular


Pertama yang pembaca kena ingat ialah, selepas soalan berkenaan KKM dan sikit-sikit mengenai kenegaraan secara amnya.

Soalan temuduga yang menyusul seterusnya adalah menjurus kepada bidang tugas masing-masing. Misalnya jika pembaca temuduga SPA untuk latihan Juru X-Ray, soalan berkaitan dunia teknologi perubatan akan diajukan.

Walaubagaimanpun, di bawah saya senaraikan juga beberapa Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang popular.


  1. Kamu dah pernah duduk temuduga SPA sebelum ni?
  2. Untuk jawatan apa tu?
  3. Sekarang keja mana?
  4. Kenapa tak sambung study?
  5. Kenapa nak jadi jururawat?
  6. Apa pasal pilih juruteknologi makmal perubatan? Byk lagi jawatan separa lain.
  7. Apa sebab nak keja sebagai juru x-ray? Tak bahaya ke? Kan terdedah dengan sinaran.

Untuk lain-lain contoh soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan, yang lebih lengkap dan penerangan yang teliti. Baca contoh soalan temuduga latihan separa perubatan.

Kenapa Ramai Temuduga Latihan Separa Perubatan Gagal?


Ni sedih ckit. Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon dalam proses temuduga SPA Latihan Separa Perubatan.

Antara yang dikenalpasti adalah :


  1. X tahu apa soalan yang bakal dikemukakan
  2. X faham bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan
  3. X pasti bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga

Ramai calon gagal menjawab soalan dengan baik semasa temuduga SPA diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang akan diajukan panel.

Faktor di atas inilah yang menjadi penyumbang utama kepada kegagalan calon. Termasuk juga tidak pandai 'mengambil hati' panel, penampilan 'selekeh' dan lain-lain.

Tidak setakat itu sahaja. Faktor kegagalan dalam menyediakan resume Latihan Separa Perubatan yang 'menggiurkan' kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon lulus temuduga SPA Latihan Separa Perubatan.

Sayang bukan?

Sudah tentu pembaca tidak mahu jadi seperti mereka!

Rujukan khusus soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan


Khas untuk pembaca, sahabat saya buka juga jualan ini untuk beri manfaat penuh.

Apa yang penting adalah pembaca hadir ke sesi temuduga SPA Latihan Separa Perubatan nanti dengan penuh keyakinan dan persediaan.

Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga SPA pembaca.

Kemungkinan pembaca tidak dipanggil lagi selepas ini? Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga SPA Latihan Separa Perubatan kali ini.

Rujukan Latihan Separa Perubatan ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini.

Jadi pembaca bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan pembaca.

Rujukan khas temuduga SPA Latihan Separa Perubatan ini pembaca boleh gunakan untuk persediaan temuduga pembaca tahun ini untuk semua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Demikianlah adanya, sedikit sebanyak soalan-soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang akan pembaca hadapi sepanjang tahun ni.

Contoh soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang saya bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki temuduga SPA!

Oh.. ya, Tidak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

16 January 2013

Sharifah Zohra Jabeen Dibuang Daripada KIMMA

Listen.. Listen.. Listen.. Siapa Sharifah Zohra Jabeen?

Sharifah Zohra Jabeen yang menjadi carian teringgi di Internet dalam minggu ini disahkan telah dibuang parti oleh Presiden KIMMA iaitu Senator Datuk Syed Ibrahim Kader. Speaker kontroversi Sharifah Zohra Jabeen kini hanya menjadi bekas Ketua Wanita KIMMA (Malaysian Indian Muslim Congress). Menurut presiden KIMMA lagi, beliau (Sharifah Zohra Jabeen) memang mempunyai perangai yang 'sukar dikawal'.

KIMMA menerima banyak panggilan berhubung insiden Sharifah Zohra Jabeen menghalang seorang mahasiswi UUM iaitu KS Bawani daripada menghabiskan hujah beliau dalam satu forum dialog yang diadakan di UUM pada penghujung tahun lalu. Ini kerana KS Bawani membangkitkan soal BERSIH dan pendidikan percuma.

Dalam insiden tersebut yang turut dihadiri seramai lebih kurang 2 300 hadirin yang sebahagian besar daripada mahasiswi UUM sendiri, Sharifah Zohra Jabeen dengan lantang menempelak when this is our programme, we allow you to speak” dan “when I speak, you listen”. Itu diucapkannya setelah merampas pembesar suara daripada KS Bawani.

"Jadi, saya dengan ini mengesahkan bahawa dia bukan lagi ahli KIMMA. Apa sahaja yang dilakukan atau diungkapkannya sama sekali tidak mencermiankan pendirian kami", tambah Senator Datuk Syed Ibrahim Kader. Bagaimanapun, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader tidak menyatakan secara jelas sama ada Sharifah Zohra Jabeen dibuang atau meletakkan jawatan daripada parti itu. Senator Datuk Syed Ibrahim Kader mengakui kelantangan suara dan sikap agresif Sharifah Zohra Jabeen dan beliau pernah menerima beberapa aduan negatif berkenaan beliau.

Forum bertajuk “Seiringkah mahasiswa dan politik?” tersebut telah diadakan di UUM (Kedah) pada 8 Disember 2012 yang lalu namun telah mengemparkan masyarakat selepas video sepanjang 20 minit yang dimuatnaik ke Youtube menarik perhatian ramai dan merebak dengan pantas melalui Facebook, Twitter dan forum-forum online universiti. Video tersebut dimulakan dengan para mahasiswa melafazkan ikrar dalam bahasa Melayu dan bagaimana salah seorang mahasiswa UUM KS Bawani mengutarakan isu berkenaan BERSIH dan kenapa Malaysia tidak berupaya menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat seperti beberapa negara lain.

Kemudian, ahli panel Sharifah Zohra Jabeen mengganggu ketika KS Bawani belum siap menghabiskan fakta dan hujah-hujah beliau sambil berkata 'Listen!' sebanyak 10 atau 11 kali di samping menjauhkan pembesar suara daripada KS Bawani untuk menghalangnya daripada meneruskan hujahnya.

“Number one, when this is our programme, we allow you to speak,” Sharifah Zohra Jabeen menyatakan, kemudian menambah, “Number two, when I speak, you listen.” Antara lain, Sharifah Zohra Jabeen mengatakan kepada KS Bawani, “if you equate Malaysia to other countries, what are you doing in Malaysia? Go to Cuba, go to Argentina, go to Libya, go everywhere. Because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them,”. Sharifah Zohra Jabeen juga mengatakan bahawa Bawani hanya “a very least of pendidikan”.

Berikutan video kontroversi ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin turut mempertahankan KS Bawani dan perlakuan yang telah dilakukan terhadapnya. Dalam akaun Twitter masing-masing. kedua mereka mengatakan bahawa tindakan dan perkataan Sharifah Zohra Jabeen tidak ada kaitan sama sekali dengan Barisan Nasional.


------------

Kepada pembaca yang belum menonton video kontroversi KS Bawani VS Sharifah Zohra Jabeen, anda boleh menontonnya di bawah dan nilai sendiri menggunakan akal fikiran yang sihat.