08 December 2019

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan. Tgh cari rujukan Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020? Jika ya adalah jawapan pembaca, baca sampai habis..

Permohonan mengikuti Latihan Separa Perubatan


Sekiranya ingin memohon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan melalui borang SPA8i. Permohonan mengikuti Latihan Separa Perubatan adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian.

Akan tetapi tempoh sahlaku permohonan Latihan Separa Perubatan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Jadual pengambilan latihan separa perubatan


Untuk pengetahuan pembaca, sebagai calon-calon Paramedic Training atau Latihan Separa Perubatan sekalian. Tak kiralah calon latihan separa perubatan bertaraf diploma atau latihan separa perubatan bertaraf sijil.

Biasanya, penjadualan temuduga SPA akan dilakukan pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari tahun hadapannya. Manakala, temuduga SPA akan dibuat pada April bagi kemasukan sesi Julai.

Contoh : temuduga akan dibuat pada bulan April 2020 untuk kemasukan sesi Julai 2020.

Semakan penjadualan


Semakan penjadualan untuk temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020 boleh dibuat melalui pautan di bawah :

Portal SPA :
----------------

Selain itu, pembaca juga boleh membuat semakan di Facebook SPA dari masa ke masa.

Senarai Latihan Separa Perubatan


Bagi calon pertama kali, ada yang bertanya - latihan separa perubatan ni apa nama jawatan dia?

Berikut adalah senarai penuh latihan Separa Perubatan bertaraf diploma di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :


01. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

02. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

03. Latihan Jururawat

04. Latihan Juruterapi Pergigian

05. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

06. Latihan Juruteknologi Pergigian

07. Latihan Juru X-Ray

08. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

09. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Ini pula senarai Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :


01. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

02. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Alamat Surat Menyurat Latihan Separa Perubatan


Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Sekiranya pembaca mempunyai sebarang pertanyaan, boleh ajukan melalui E-mel di sistem ePertanyaan SPA.

Unit Separa Perubatan


Unit ini bertanggungjawab dalam ambilan perjawatan separa perubatan. Di bawah ialah nama staf bertugas dan no telefon :


  1. Nazratul Ain binti Mohamad Ali : 03-8885 6247
  2. Nor Azliza binti Ismail : 03-8885 6254
  3. Ahmad Saifudin bin Nadin : 03-8880 6435
  4. Fauzliza binti Ismail : 03-8885 6267
  5. Mazita binti Ismail : 03-8885 6346
  6. Nuryuliana binti Karnilis : 03-88856264

Kadar Elaun Latihan Separa Perubatan


Sepanjang pengajian pembaca selama 3 tahun (6 semester) di bawah KKM, pembaca akan menerima kadar elaun bulanan di bawah :

RM835.57 sebulan

*Di samping elaun-elaun tahunan lain yang layak diterima.

Syarat mengikuti Latihan Separa Perubatan :


a)Warganegara Malaysia

b) Umur calon :

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

c) Kelayakan am:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) mempunyai kelayakan di para (iii) di atas,
b) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020 (berkenaan kementerian / jabatan)


Percaya cakap saya, soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian dimana pembaca bakal bertugas kelak.

Pembaca sebagai calon latihan separa, tidak lain dan tidak bukan. Sudah pasti ditempatkan di KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adalah amat patut untuk pembaca mengetahui :

Misi, visi dan objektif utama KKM.

Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Bahagian Separa Perubatan di KKM.

Contoh Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan : Siapa KP Kesihatan?

Sila sediakan info mengenai menteri kesihatan, timbalan beliau, KSU kesihatan, pengarah kesihatan negeri masing-masing dan seumpamanya.

Boleh rujuk portal rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang perlu.

Contoh Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang paling lazim diajukan


Apakah dua soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2020 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

a. Diminta memperkenalkan diri.

b. Alasan pembaca memohon Latihan Separa Perubatan.

Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri pembaca dengan Latihan Separa Perubatan ini berbanding calon-calon lain.
Dipanggil untuk Peperiksaan online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma? Baca contoh soalan dan format exam di sini.

Contoh Soalan Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang paling popular


Pertama yang pembaca kena ingat ialah, selepas soalan berkenaan KKM dan sikit-sikit mengenai kenegaraan secara amnya.

Soalan temuduga yang menyusul seterusnya adalah menjurus kepada bidang tugas masing-masing. Misalnya jika pembaca temuduga SPA untuk latihan Juru X-Ray, soalan berkaitan dunia teknologi perubatan akan diajukan.

Walaubagaimanpun, di bawah saya senaraikan juga beberapa Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang popular.


  1. Kamu dah pernah duduk temuduga SPA sebelum ni?
  2. Untuk jawatan apa tu?
  3. Sekarang keja mana?
  4. Kenapa tak sambung study?
  5. Kenapa nak jadi jururawat?
  6. Apa pasal pilih juruteknologi makmal perubatan? Byk lagi jawatan separa lain.
  7. Apa sebab nak keja sebagai juru x-ray? Tak bahaya ke? Kan terdedah dengan sinaran.

Untuk lain-lain contoh soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan, yang lebih lengkap dan penerangan yang teliti. Baca contoh soalan temuduga latihan separa perubatan.

Kenapa Ramai Temuduga Latihan Separa Perubatan Gagal?


Ni sedih ckit. Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon dalam proses temuduga SPA Latihan Separa Perubatan.

Antara yang dikenalpasti adalah :


  1. X tahu apa soalan yang bakal dikemukakan
  2. X faham bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan
  3. X pasti bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga

Ramai calon gagal menjawab soalan dengan baik semasa temuduga SPA diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang akan diajukan panel.

Faktor di atas inilah yang menjadi penyumbang utama kepada kegagalan calon. Termasuk juga tidak pandai 'mengambil hati' panel, penampilan 'selekeh' dan lain-lain.

Tidak setakat itu sahaja. Faktor kegagalan dalam menyediakan resume Latihan Separa Perubatan yang 'menggiurkan' kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon lulus temuduga SPA Latihan Separa Perubatan.

Sayang bukan?

Sudah tentu pembaca tidak mahu jadi seperti mereka!

Rujukan khusus soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan


Khas untuk pembaca, sahabat saya buka juga jualan ini untuk beri manfaat penuh.

Apa yang penting adalah pembaca hadir ke sesi temuduga SPA Latihan Separa Perubatan nanti dengan penuh keyakinan dan persediaan.

Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga SPA pembaca.

Kemungkinan pembaca tidak dipanggil lagi selepas ini? Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga SPA Latihan Separa Perubatan kali ini.

Rujukan Latihan Separa Perubatan ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini.

Jadi pembaca bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan pembaca.

Rujukan khas temuduga SPA Latihan Separa Perubatan ini pembaca boleh gunakan untuk persediaan temuduga pembaca tahun ini untuk semua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Demikianlah adanya, sedikit sebanyak soalan-soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang akan pembaca hadapi sepanjang tahun ni.

Contoh soalan temuduga SPA Latihan Separa Perubatan yang saya bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki temuduga SPA!

Oh.. ya, Tidak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

16 January 2013

Sharifah Zohra Jabeen Dibuang Daripada KIMMA

Listen.. Listen.. Listen.. Siapa Sharifah Zohra Jabeen?

Sharifah Zohra Jabeen yang menjadi carian teringgi di Internet dalam minggu ini disahkan telah dibuang parti oleh Presiden KIMMA iaitu Senator Datuk Syed Ibrahim Kader. Speaker kontroversi Sharifah Zohra Jabeen kini hanya menjadi bekas Ketua Wanita KIMMA (Malaysian Indian Muslim Congress). Menurut presiden KIMMA lagi, beliau (Sharifah Zohra Jabeen) memang mempunyai perangai yang 'sukar dikawal'.

KIMMA menerima banyak panggilan berhubung insiden Sharifah Zohra Jabeen menghalang seorang mahasiswi UUM iaitu KS Bawani daripada menghabiskan hujah beliau dalam satu forum dialog yang diadakan di UUM pada penghujung tahun lalu. Ini kerana KS Bawani membangkitkan soal BERSIH dan pendidikan percuma.

Dalam insiden tersebut yang turut dihadiri seramai lebih kurang 2 300 hadirin yang sebahagian besar daripada mahasiswi UUM sendiri, Sharifah Zohra Jabeen dengan lantang menempelak when this is our programme, we allow you to speak” dan “when I speak, you listen”. Itu diucapkannya setelah merampas pembesar suara daripada KS Bawani.

"Jadi, saya dengan ini mengesahkan bahawa dia bukan lagi ahli KIMMA. Apa sahaja yang dilakukan atau diungkapkannya sama sekali tidak mencermiankan pendirian kami", tambah Senator Datuk Syed Ibrahim Kader. Bagaimanapun, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader tidak menyatakan secara jelas sama ada Sharifah Zohra Jabeen dibuang atau meletakkan jawatan daripada parti itu. Senator Datuk Syed Ibrahim Kader mengakui kelantangan suara dan sikap agresif Sharifah Zohra Jabeen dan beliau pernah menerima beberapa aduan negatif berkenaan beliau.

Forum bertajuk “Seiringkah mahasiswa dan politik?” tersebut telah diadakan di UUM (Kedah) pada 8 Disember 2012 yang lalu namun telah mengemparkan masyarakat selepas video sepanjang 20 minit yang dimuatnaik ke Youtube menarik perhatian ramai dan merebak dengan pantas melalui Facebook, Twitter dan forum-forum online universiti. Video tersebut dimulakan dengan para mahasiswa melafazkan ikrar dalam bahasa Melayu dan bagaimana salah seorang mahasiswa UUM KS Bawani mengutarakan isu berkenaan BERSIH dan kenapa Malaysia tidak berupaya menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat seperti beberapa negara lain.

Kemudian, ahli panel Sharifah Zohra Jabeen mengganggu ketika KS Bawani belum siap menghabiskan fakta dan hujah-hujah beliau sambil berkata 'Listen!' sebanyak 10 atau 11 kali di samping menjauhkan pembesar suara daripada KS Bawani untuk menghalangnya daripada meneruskan hujahnya.

“Number one, when this is our programme, we allow you to speak,” Sharifah Zohra Jabeen menyatakan, kemudian menambah, “Number two, when I speak, you listen.” Antara lain, Sharifah Zohra Jabeen mengatakan kepada KS Bawani, “if you equate Malaysia to other countries, what are you doing in Malaysia? Go to Cuba, go to Argentina, go to Libya, go everywhere. Because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them,”. Sharifah Zohra Jabeen juga mengatakan bahawa Bawani hanya “a very least of pendidikan”.

Berikutan video kontroversi ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin turut mempertahankan KS Bawani dan perlakuan yang telah dilakukan terhadapnya. Dalam akaun Twitter masing-masing. kedua mereka mengatakan bahawa tindakan dan perkataan Sharifah Zohra Jabeen tidak ada kaitan sama sekali dengan Barisan Nasional.


------------

Kepada pembaca yang belum menonton video kontroversi KS Bawani VS Sharifah Zohra Jabeen, anda boleh menontonnya di bawah dan nilai sendiri menggunakan akal fikiran yang sihat.

04 September 2012

Biodata Lengkap Zizan Raja Lawak

Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Bin Abdul Razak. Lebih dikenali sebagi Zizan Raja Lawak. Beliau merupakan seorang pelawak, pelako, penyanyi dan pengacara Malaysia. Dilahirkan pada tanggal 15 April 1984 di Dungun, Terengganu.

Zizan merupakan anak bungsu daripada dua adik beradik. Kerjaya seninya bermula selepas menjadi naib juara Rancangan Raja Lawak musim pertama. Antara kejayaan beliau adalah menjadi naib johan Maharaja Lawak ketika berpasangan dengan Johan dan menjadi juara Rancangan Super Spontan dengan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100, 000 serta sebuah kereta Toyota Camry.

Jika senaraikan secara kronologi, antara filem yang pernah Zizan berlakon di dalamnya adalah seperti berikut:

Sementara, antara drama yang turut dibintangi Zizan adalah seperti Gitu-Gitu Apek, Gaia, Chaparela, Kapoww!! dan Oh Yeah!

Dari sudut pengacaraan pula, antara rancangan yang beliau sudah acarakan termasuklah Lawaking, Raja Lawak, Bolos, Jozan Show, Funniest Pets & Peoples, Konsert Lawak, Zizan Show dan Melodi.

Top 10 Filem Malaysia Paling Tinggi Kutipan

Pasti terdetik di hati anda untuk bertanya filem mana yang paling berjaya di Malaysia setakat ini? Dan berapa banyak pendapatan filem tersebut agaknya? Kalau itu yang sedang anda fikirkan, memang post ini untuk menjawab persoalan itu.

Carta Top10 ini adalah berdasarkan kutipan wajib tayang yang diperolehi. Nampaknya sehingga waktu ini carta masih lagi diungguli oleh filem KL Gangster dengan kutipan sebanyak 11.74 juta. Sementara di tangga kedua jatuh kepada filem Ombak Rindu dengan jumlah terkumpul 10.90 juta dan di tempat ketiga menjadi milik filem Hantu Bonceng lakonan Zizan dengan pendapatan sebanyak 8.53 juta.

Di tangga ke-4 hingga ke-10 adalah seperti di bawah:

04. Ngangkung - 8.18 juta
05. Kongsi - 8.09 juta
06. Khurafat - 8.08 juta
07. Hantu Kak Limah Balik Rumah - 7.90 juta
08. Adnan Sempit - 7.66 juta
09. Hikayat Merong Mahawangsa - 6.50 juta
10. Lagi-Lagi Senario - 6.33 juta

Sumber: Carta ini telah dikeluarkan oleh Portal Perfileman Malaysia.

Twitter, Akaun Facebook Dan Fanpage Zizan Razak

Zizan merupakan selebriti Malaysia yang tidak asing lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Bintang Paling Popular ini? Ramai peminatnya yang ingin mengetahui perkembangan semasanya. Kini dengan mudahnya segala aktiviti beliau dapat kita skodeng melalui akaun Twitter mahupun Facebook Zizan. Bak kata orang maklumat di hujung jari kelingking jer..

Sehingga ketika post ini ditulis, Facebook Fanpage Zizan Razak sudah mempunyai 1.7 juta pengikut. Bukan main-main tu. kalau anda belum like lagi, boleh ke Fanpage Zizan Raja Lawak.

Kepada anda yang suka main tweet2 pula. Bolehlah ber-tweet bersama Zizan menggunakan akaun Twitternya di https://twitter.com/zizanrajalawak.

(Video) Zizan Feat Najwa Latif - Lagu Cinta Muka Buku

Kali ini kami membawakan video Youtube yang menggandingkan Zizan Raja Lawak dan Najwa Latif. Mereka berduet untuk menyanyikan lagu Cinta Muka Buku. Ini adalah video unofficial dan dirakamkan di belakang pentas. Memang kelakar giler.

Antara dialog yang terdapat di dalam video ini adalah seperti berikut..

Zizan: Saya Zizan.
Najwa: Saya Najwa Latif
Zizan: Ini kakak tua. Eh.. Kakak tua. Adik burung. Maafkan saya..

Hahaha.. Lawak makan dalam tu der. Kalau tak faham juga, memang tak tahu lag nak cakap apa. Memang mulus dan tulus la pemikiran korang.

P/s: Pendek kata, kalau anda sedang stress dan perlukan sesuatu untuk merehatkan minda anda. Video ini memang sesuai. Enjoy..

Zizan Raja Lawak Feat Kaka - Lagu Bawaku Pergi

Zizan Raja Lawak merupakan artis yang mempunyai ramai pengikut. Bukan sahaja terhibur dengan lawak-lawaknya yang spontan bahkan dia juga berkebolehan membawa watak dalam bidang lakonan. Tidak ketinggalan, Zizan juga mempunyai suara yang baik.

Kali ini Zizan hadir dengan penampilannya bersama dengan penyanyi baru Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dalam sebuah lagu yang berjudul Bawaku Pergi. Lagu ini merupakan garapan Malique (Too Phat).

Info penuh lagu ini adalah seperti berikut:

Tajuk: Bawaku pergi
Artis: Zizan & Kaka
Label: Qarma Musiq
Info: www.qarmamusiq.com

Nikmati lagu ini sambil turut menyanyikannya. Jangan bimbang kerana lirik pneuh lagu Bawaku Pergi ada disertakan di bawah:

Lirik: Bawaku Pergi - Zizan feat Kaka

Kaka
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong! jangan bilang mama
Tolong! jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh!

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Zizan
Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng


Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Kaka
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh!

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Asal Usul Video Youtube PSY Gangnam Style

Sehingga post ini diterbitkan, video paling famous di Youtube iaitu 'PSY Gangnam Style' sudah menunjukkan angka sebanyak 99,460,637 views. Kalau ini berterusan, maka ia akan mencipta sejarahnya tersendiri sebagai video Youtube pertama mencecah jumlah views sebanyak 1 billion!

Cukup viral dan famous sekali. Memang tiada tandingannya setakat ini. Ia seolah menjadi suatu fenomena. Merata-rata diperkatakan orang. Bahkan kalau anda lihat di Youtube sendiri, pelbagai versi Gangnam Style sudah dihasilkan. Ada Gangnam Style Sabahan Style, Gangnam Style Singapore Style, Gangnam Style Chichago Style dan bermacam-macam lagi.

Tapi tahukan anda apakah asal usul atau cerita di sebalik video Youtube Gangnam Style ini? Gangnam Style sebenarnya merujuk kepada suatu gaya hidup di sebuah tempat yang sangat-sangat mewah di Seoul, Korea. Gangnam dikatakan mewakili sebanyak $84 billion kekayaan Korea Selatan pada tahun 2010 atau 7% KDNK keseluruhan. Menariknya keluasan Gangnam hanyalah sekitar 15 batu persegi sahaja!

Di sinilah lahirnya video Youtube Gangnam Style. Ia sebetulnya merupakan satu kritikan sosial kepada gaya hidup Gangnam itu sendiri yang keterlaluan mengejar kemewahan palsu. Antara maksud lirik awal video ini adalah berkenaan gaya hidup urban mengenai kopi. Dan pelbagai lagi lawak orang-orang Korea termasuk mengenai wanita urban Korea yang sanggup membelanjakan $2 untuk mee ramen tetapi $6 untuk minum kopi di tempat eksklusif seperti Starbucks.

Kalau difikir-fikirkan semula apa yang diketengahkan di dalam Gangnam Style tidak jauh bezanya daripada KL Style atau KK Style.

Kepada anda yang belum menonton video Youtube paling banyak views ini, nikmati di bawah..

Oppa Gangnam Style!!

Tauke Jambu Sah Sudah Bercerai

Sekali lagi malang menyapa lembaran kehidupan Tauke Jambu. Perkahwinan kali ketiganya kali ini juga berakhir dengan perceraian.

Tauke yang menikahi Meera (seorang model sambilan) di Thailand mengesahkan bahawa mereka sudah bercerai pada 12 Ogos lalu. Sudah pasti kesedihan masih lagi menyelubungi diri Tauke untuk melepaskan bekas isterinya yang comel itu.

Menurut khabar yang diterima, punca perceraian Tauke adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Menurut Tauke sendiri, mereka berdua sudah lama tidak tinggal sebumbung. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Tauke pada masa akan datang.

Kumpulan 24:7 - Kpop Group Di Malaysia

Aku tidak mempunyai apa-apa komen tentang kumpulan 24:7 ni. Tapi menurut khabar yang diterima kumpulan ini mengelarkan diri mereka sebagai 'The 1st ever Kpop group In Malaysia'.

Ada pelbagai juga ulasan yang dibuat di beberapa blog. Ada yang suka. Ada yang sederhana suka. Bahkan ada juga yang berkenan langsung. Itu pendapat masing-masing la kan.

Kumpulan ini mengambil idea dan konsep daripada aliran Korean Pop atau lebih dikenali sebagai Kpop. Aliran ini memang sudah mempunyai pengikutnya tersendiri di Malaysia.

P/s: Apa pendapat anda mengenai mereka?

Persoalan Hudud : Abby Abadi Vs Dr. Mohd Asri

Terhangat tidak berapa ketika lalu adalah percanggahan pendapat di antara Abby Abadi dengan bekas mufti Perlis tersohor Dr. Asri melalui medium Twitter. Percanggahan pendapat tersebut adalah mengenai soal hukum hudud.

Di bawah adalah tulisan Dr. Asri di Twitternya berkenaan hukum hudud:

Abby Abadi yang tertarik dengan persoalan tersebut membalas dengan Tweet di bawah:

Jawapan yang agak tajam diberikan oleh Dr. Asri seperti di bawah:

Dan Abby Abadi menerangkan pendiriannya seperti dalam tweet balasannya di bawah:

P/s: Teringat kata-kata pujangga yang berbunyi - diam itu hikmah (lebih-lebih lagi kalau kamu tidak mengetahuinya).

(Gambar) Diana Amir Vs Heliza Helmi, Mana Cute?

Trend yang semakin mengganas di dalam arena hiburan pada waktu ini adalah kemunculan artis-artis yang manis menutup aurat dengan memakai hijab atau pun tudung.

Dua daripada sekian ramainya adalah Diana Amir dan Heliza Helmi. Masing-masing mempunyai aura dan pengikut tersendiri. Tidak kurang di antara satu sama lain.

Comenyer la dua-dua artis bertudung ni. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Sekiranya anda diberi pilihan, mana satukah yang menjadi idaman kalbu anda?
P/s: Jadi siapa pilihan anda?

(Gambar) Aliff Aziz Cium Awek Cantik

Artis tampan, macho dan femes ALif Aziz kini menambahkan lagi ke'femes'an dirinya apabila gambarnya bercium mesra dengan seorang awek cantik tersebar luas.

Masih ramai yang berteka-teki siapakah awek cantik yang dicium oleh Aliff Aziz dengan penuh mesra itu. Untuk lebih penghayatan kepada anda, berikut disajikan beberapa gambar yang merakamkan aksi tersebut.

P/s: Oh artis.. Macam2 ada.

(Sah) Farid Kamil Dan Diana Danielle Bertunang

Alhamdulilah. Satu berita gembira baru sahaja diterima sekitar ahad lepas (2 sept) dimana desas desus pertunangan di antara Farid Kamil Dan Diana Danielle.

Majlis pertunangan tersebut dijalankan sekitar pukul 4 di kediaman ibu Diana Danielle. Majlis tersebut dikatakan berlangsung dalam suasana yang aman, harmoni dan penuh kelancaran.

Ucapan tahniah harus kita berikan kepada kedua pasangan ini. Satu lagi langkah ke depan yang amat elok. Kita sama-sama doakan semoga pasangan ini bersabar melalui tempoh 'darah manis' yang mana biasanya amat mencabar persefahaman dan ketulusan hati.

Pengawalan emosi amat dituntut dalam temoh ini dan dikatakan juga mereka akan melangsungan perkahwinan dalam masa lebih kurang setahun lagi.

Biodata Ustaz Azhar Idrus Yang Famous Itu

Siapa yang tidak mengenali Ustaz Azhar Idrus? Penceramah ilmu agama yang berasal daripada Ladang, Kuala Terengganu. Kuliah agamanya yang sering disebarkan melalui Youtube, Facebook dan Blog sering kali mendapat perhatian ramai dan membantu ribuan remaja lain untuk lebih memahami Islam dengan lebih dekat.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus pernah menjadi ahli muzik dalam sebuah kumpulan sebagai seorang gitaris. Bukanlah sebuah kumpulan muzik yang terkenal tetapi sering juga diundang bermain di sekitar Kuala Terengganu dan sempat membuat beberapa persembahan di beberapa stadium. Beliau menarik diri apabila kumpulannya mengambil keputusan membuat rakaman. Itu kisah di waktu mudanya.

Dalam bidang sukan juga Ustaz Azhar Idrus bergiat aktif. Beliau pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal sekitar 1980an. Dari sudut kerjaya, beliau pernah menjadi artis grafik untuk Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu. Selepas berkahwin, beliau berhenti dan menjadi seorang pencanting batik di samping mendalami ilmu agama.

Dari sudut pendidikan, Ustaz Azhar Idrus pernah bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6, menjadi guru muzik sekitar 1985, mulai belajar perihal agama sekitar 1990 daripada lebih kurang 8 orang guru.

Ustaz Azhar Idrus dilahirkan pada 12 Febuari 1964. Hobi beliau adalah mengembara dan mengabadikan alam kehidupan dalam fotografi. Mempunyai dua orang isteri yakni Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun) dan Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun). Dikurniakan seramai 7 orang anak.

Sila layari Facebook page beliau di Ustaz Azhar Idrus Original untuk berinteraksi dengan beliau.

Blog OhBulan Disaman RM1 Juta Bekas Isteri Hattan

Isu ini bermula dengan penyiaran artikel oleh blog hiburan tempatan terkenal yakni ohbulan! Menurut bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman. Blog tersebut telah mencemarkan nama baik beliau dengan menyiarkan artikel yang melabelkan dirinya sebagai punca kehancuran rumahtangga yang dibinanya bersama Hattan.

Bekas isteri Hattan itu memfailkan saman sebanyak RM1 juta di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada 3 Julai lepas. Dalam pernyataan tuntuntannya, Noorfarashikin memaklumkan memohon ganti rugi sam Rm1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan relif lain yang difikirkan wajar oleh pihak mahkamah. Ini kerana menurut Noorfarashikin, reputasi peribadi dan profesionalnya telah terjejas teruk di samping mengalami kesedihan, rasa malu dan amat tersinggung dengan penyiaran artikel berkenaan.

Nota kami:
Sentiasalah berhati-hati dalam penyampaian berita. Pastikan dahulu kesahihannya dan lihat dahulu bukti-bukti yang ada sebelum menyiarkannya kepada pihak umum. Bak kata pepatah - kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Sumber: OhArtis

15 June 2012

Contoh Soalan Penolong Akauntan W27

Anda sedia maklum bahawa exam bertulis Penolong Akauntan W27 dibahagikan kepada dua seksyen utama yakni Seksyen A dan Seksyen B.

Di dalam Seksyen A, calon akan diuji berkenaan pengetahuan mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Manakala, di Seksyen B pula para calon akan diuji terhadap daya menyelesaikan masalah. Kedua seksyen ini penting. Keduanya anda mesti lepasi dengan cemerlang untuk layak diberikan markah lulus.

Pada kali ini, beberapa contoh soalan Seksyen A dan Seksyen B akan dikongsikan bagi memberikan anda gambaran kasar bagaimana keadaan sebenar exam Penolong Akauntan W27 itu digubal.

Contoh Soalan Seksyen A - Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling:

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.

Jawapan: D

Contoh Soalan Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah:

Seksyen ini dipecahkan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil merangkumi kemahiran logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep-konsep Matematik.

Contoh Soalan Kemahiran Logik:

1. Apakah nilai R yang paling sesuai?

A. 6323
B. 6233
C. 6322
D. 6332

Jawapan: D

2. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?

A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3

Jawapan: D

Contoh soalan Kemahiran Menginterpretasi Data:

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

A. 1/3

B. 2/3

C. 1/4

D. 2/4

Jawapan: B

Contoh Soalan Konsep-konsep Matematik:

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36

Jawapan: A

Untuk mendapatkan latih tubi yang lebih lengkap merangkumi 30 soalan Seksyen A dan 30 soalan Seksyen B, sila dapatkan Nota Lengkap Exam Penolong Akauntan W27.

Dapatkan melalui set latih tubi ini menggunakan pautan di bawah:

07 May 2012

PTD M41: Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkaraperkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia /infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan,hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan :

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai..

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan – D

Untuk panduan dan rujukan lengkap peperiksaan ptd,sila dapatkannya segera di sini :


Jaminan wang dikembalikan sekiranya ia tidak membantu anda dalam peperiksaan dan juga update percuma selama 5 tahun jika anda dipanggil lagi untuk peperiksaan ptd akan datang.

PTD M41 - Soalan Objektif (Seksyen A, B dan C)

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki Peperiksaan Khas ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan- soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana 5 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kelima-lima opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Untuk merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Untuk panduan dan rujukan lengkap peperiksaan ptd,sila dapatkannya segera di sini :


Jaminan wang dikembalikan sekiranya ia tidak membantu anda dalam peperiksaan dan juga update percuma selama 5 tahun jika anda dipanggil lagi untuk peperiksaan ptd akan datang.

Etika Semasa Menduduki Exam PTD M41


1. Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa:

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas
ii. Kad Pengenalan
iii. Pensil 2B, pen dan pemadam lembut
iv. Peralatan lain yang difikirkan perlu

2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum Peperiksaan Khas dimulakan.

3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit masa Peperiksaan Khas dimulakan

6. Jawapan hendaklah dibuat dalam

i. Kertas OMR – bagi Seksyen A, B dan C
ii. Kertas tulis SPA – bagi Seksyen D dan E

7. No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.

9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

Untuk panduan dan rujukan lengkap peperiksaan ptd,sila dapatkannya segera di sini :


Jaminan wang dikembalikan sekiranya ia tidak membantu anda dalam peperiksaan dan juga update percuma selama 5 tahun jika anda dipanggil lagi untuk peperiksaan ptd akan datang.