21 March 2010

Jangan Terlalu Banyak Berfikir

Kalau-kalau ada yang terlupa atau memang belum mengetahui. Saya tidak tahu siapa atau apa yang telah meracuni fikiran kita sebelum ini. Saya jangkakan ianya telah berlaku lama dahulu. Lama sebelum saya dan beberapa belas ribu sebaya saya dilahirkan atau lebih awal lagi dari itu. Kerana semasa masih kanak-kanak, saya pernah bertanya kepada jiran kami yang baik hati..

Saya: “Pakcik, kenapa kita tidak menanam jagung atau getah di belakang rumah?”

Pakcik: “Hish.. Mana ada orang buat macam itu.”



Pada masa yang lain saya berasa hairan semasa menemani ibu di huma..

Saya: “Mak, kenapa kita tidak mengusahakan tanaman pisang? Asyik-asyik padi saja.”

Mak: “Tempat ini kurang sesuai. Tumbuhnya pun belum pasti. Tengok, semua orang lain pun menanam padi kan?”



Pada hari yang lain, saya berborak dengan bapa sambil duduk di atas tunggul hangus (sisa semasa membuka kawasan huma itu sebulan lalu)..

Saya: “Kecilnya kawasan padi kita ni pak.”

Bapa: “Buat apa mahu besar-besar. Memadai untuk keperluan keluarga kita tahun ini. Itu sudah lebih dari cukup.”

Sambung baca di sini.

Siapa Bea Rameshan?

Anak dara siapa pula la yang aku usha ni?? Hehee..

Saja je panggil nama penuh awek ni. Nama glamour dia Bea Rameshan. Artis la katakan. Tak tahu la kalau anda kenal ke tidak dia ni. Saya pun tak kenal sangat sebenarnya. Dengarnya orang Kelantan. Che mek molek la ni. Patut pun comel molek je orangnya..

Yang saya tahu, dia ni mulai dikenali selepas menyertai rancangan realiti ‘Pilih Kasih’ di TV1. Ok.. tu je yang saya tahu.

Jadi apa pasal pula dia tiba-tiba muncul di sini? Adehh.. susah juga nak jawab soalan ni. Kalau kata pasal SEO, rasanya tak kot. Anda cuba search ‘Bea Rameshan’ di Google, result tak banyak sangat pun kan. Memang tak boleh lawan Tiz Zaqyah la yang glamour habis tu. Dipendekkan saja ceritanya, saya suka tengok pic dia. Itu saja. Hee..

Ni ada beberapa koleksi gambar dia..

Rabiatul Balqis Yang Comel | Julmazli Dot Com