02 April 2010

Contoh Soalan, Tips Dan Jawapan Untuk Peperiksaan PTD M41

Secara umumnya, format peperiksaan gred 41 (bermula tahun 2010) merangkumi 2 bahagian. Sebenarnya format ini adalah format lama untuk Ujian Bertulis M41 PTD, tetapi hanya ada sikit perubahan pada Seksyen C dan tambahan Ujian Sahsiah. Yang lain semuanya sama, cuba cari kawan yang pernah menduduki peperiksaan pegawai tadbir, dan dapatkan pengalaman mereka kerana format dan soalan adalah hampir sama!

-Bahagian 1-
Seksyen A:
Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C:
Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Seksyen D:
Esei Bahasa Melayu

Seksyen E:
Esei Bahasa Inggeris

-Bahagian 2-

Seksyen A: Ujiah Sahsiah
Merangkumi 200 soalan Ujian Sahsiah

Seksyen B: Minat
Merangkumi 227 soalan

Satu rujukan yang begitu komprehensif khas untuk peperiksaan bertulis Gred 41 ada dihasilkan untuk kemudahan para calon. Iya.. Khas di hasilkan untuk peperiksaan bertulis Gred 41!
Antara komponen yang ada dalam Pakej tersebut ialah;

Komponen 1: Diskripsi Prima
- Ianya adalah ebook utama 64 mukasurat

- Menerangkan secara terperinci setiap seksyen yang bakal ditanya

- Merangkumi analisis setiap seksyen hasil kajian kepada kertas-kertas peperiksaan yang lepas

- Mengandungi lebih 90 contoh soalan keseluruhannya merangkumi setiap seksyen

- Setiap seksyen dibahagikan kepada beberapa pecahan dengan huraian melebihi apa yang dikeluarkan untuk sebaran umum pihak SPA sendri. Jadi ianya lebih komprehensif!

- Mengandungi strategi bagaimana nak buat persediaan dan link-link rujukan utama turut disediakan

Komponen 2: Soal Jawab Inkuiri
- mengandungi soalan-soalan lazim yang ditanya oleh calon PTD

- himpunan soalan-soalan dan jawapan yang tepat untuk setiap soalan

- ianya adalah soalan yang pernah ditanya oleh ’senior’ anda yang membaca blog tipsptd sebelum ini

- kebanyakan soalan yang ditanya adalah bertindih dan mereka simpulkan semuanya untuk anda, jadi anda tak perlu bertanya lagi dan meraba-raba mencari jawapan kepada soalan anda kerana semuanya pernah ditanya dahulu!

Komponen 3, 4, 5, 6.
Nota Esei (Isu Alam Sekitar, Isu Nasional, Isu Kesihatan, Isu Ekonomi)

- mengandungi pelbagai maklumat isu semasa yang dirangkum dalam 4 blok utama seperi yang disebut di atas

- anda tak perlu pening kepala lagi nak cari semua maklumat dengan menyelak akhbar, membaca majalah dan lain-lain

- semuanya telah dikumpulkan untuk memudahkan persediaan anda dan bayangkan berapa banyak masa yang boleh anda jimat

- NKRA, H1N1, KPI dan lain-lain, anda tahu semua ini?

Boleh dapatkan pakej lengkap tersebut melalui link di bawah;

Dapatkan ini sekarang => Panduan Exam PTD M41!

---------

P/s Saya ada terjumpa blog yang menerangkan sebab kegagalan calon exam SPA PTD M41 ini. Mungkin rakan-rakan mahu membacanya.

28 March 2010

PLR, MRR dan RR.. Mana Yang Terbaik?

Hari ini pernigaan internet terutama di negara kita sendiri Malaysia semakin hari semakin berkembang. Purata peningkatan pengguna di internet juga meningkat 200% ke 300% dalam setahu. Ia satu tanda positif kepada usahawan perniagaan internet /online. Perniagaan internet ini juga turut mendapat sokongan daripada kerajaan diantaranya penambah baik sistemm talian internet yang semakin hari semakin pantas untuk tujuan berurusan.

Pelbagai produk yang kita boleh lihat sekarang didalam dunia online ini tidak kira produk digital mahupun produk fizikal. Tetapi masih ramai lagi yang hanya melihat dan menunggu. Kenapa perkara ini berlaku ya.. anda takut hendak bermula? Tiada panduan ? tidak ada produk?

Sebenarnya ada kaedah untuk anda bermula tapi itu juga terpulang pada anda ingin bermula ataupun tidak. Salah satu kaedah dan juga salah satu jalan pintas untuk anda memulakan perniagaan di internet adalah mendapatkan produk reseller dan terus promosikannya. Saya juga tahu mesti ada sesetangah diantara anda tidak tahu apa produk reseller. Produk reseller adalah produk yang dibenarkan kepada kita menjual produk seperti produk kita sendiri . kebanyakan produk reseller ini adalah produk digital seperti eBook ,Grafik, skript, video dan audio. Hasil jualan yang kita perolehi kita tidak perlu kongsikan kepada pemilik asal produk dan ini bermakna kita akan dapat 100% keuntungan jualan.

Produk reseller ini juga akan disertakan dengan lesen hak jualan yang mempunyai syarat- syarat tertentu supaya kualiti dan kandungan sesuatu produk akan terjaga dan terjamin. Salah satu syarat tersebut seperti produk tidak boleh diberikan secara percuma , produk tidak boleh dijual pada site lelongan dan beberapa lagi syarat. Lesen hak jual pula terbahagi kepada 3 jenis lesen iaitu :

1.Resale Right (RR)
2.Master Resale Right (MRR)
3.Private Label Right (PLR)

Resale Right adalah produk dimana kita berhak menjual kembali produk tersebut tanpa mengubah kembali produk tersebut seperti isi kandungan produk , nama pencipta produk dan syarat lain lagi. Keuntungan semestinya 100% kita akan perolehi.

Master Resale Right pula kita berhak untuk menjual lesen resale right dan produk . Kebenaran yang diberikan pada produk sama juga seperti lesen RR , tidak boleh mengubah isi kandungan , nama pencipta. Keuntungannya lebih besar dari produk RR .

Private label right berbeza sedikit dengan lesen RR dan MRR kerana produk ini memberi banyak kebenaran untuk mengubah isi kandungan , nama pencipta menjadi nama anda sendiri dan sebagainya. Keuntungan sangat tinggi daripada lesen RR dan MRR. Lesen PLR ini juga adalah lesen hak jualan yang sangat digemari oleh ramai usahawan internet..

Jadi saya rasa elok pada mereka yang tidak mempunyai produk atau buntu untuk bermula dengan perniagaan internet mencuba produk reseller kerana anda tidak pening-pening untuk memikirkan produk apa yang perlu anda jualkan.kerana semua telah tersedia seperti minisite , banner, article promosi dan tool-tool lain untuk tujuan promosi.

Saya juga syorkan pada anda jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet dengan produk reseller elok dapatkan panduan yang menbantu anda dalam perniagaan ini. Salah satu panduan yang berkesan adalah ebook rahsia reseller. Apa yang ditunjukkan dalam ebook ini seperti ialah;

• Pengenalan Reseller – Pengertian Right, jenis produk dsb
• Teknik Mengkaji Permintaan - Cara membuat kajian
• Teknik Mencari Produk Reseller – Mencari ikut keyword, produk, pakej dsb
• Teknik Mengubah Produk Reseller – Membuat perubahan baru pada produk
• Teknik Promosi – Teknik promosi menggunakan beberapa kaedah marketing

Anda boleh lihat dahulu ulasan dan review mengenai eBook Rahsia Reseller ini untuk lebih detail..