02 April 2010

Din Beramboi Dalam Kenangan

02.April.2010 - Tepat jam 12.30am tadi pelawak tanah air kita Din beramboi telah pergi meninggalkan kita semua tanpa kata-kata terakhir dari beliau...Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah dan menyebatkan beberapa organ dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Siapa yang tidak mengenali Din beramboi yang berjaya mengelikan hati orang dengan lawak sepontannya?

Masih teringat apabila beliau berkata kepada Alex "Kalau saya tidak ada lagi di Era , awak gantikan tempat saya". Bagaikan beliau tahu satu hari nanti beliau akan pergi jua namun bukan sahaja radio Era bahkan semua peminat-peminat beliau di seluruh tanah air.

Jenazah Din Beramboi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan yang dijadualkan berlangsung hari ini pada pukul 11.30 pagi, peminat Din Beramboi juga boleh memberi penghormatan terakhir untuk beliau di Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, Kepong, sebelum pukul 11 pagi ini.. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir, sama-sama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Din Beramboi…

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Entri-entri sebelum ni..

Contoh Soalan, Tips Dan Jawapan Untuk Peperiksaan PTD M41

Secara umumnya, format peperiksaan gred 41 (bermula tahun 2010) merangkumi 2 bahagian. Sebenarnya format ini adalah format lama untuk Ujian Bertulis M41 PTD, tetapi hanya ada sikit perubahan pada Seksyen C dan tambahan Ujian Sahsiah. Yang lain semuanya sama, cuba cari kawan yang pernah menduduki peperiksaan pegawai tadbir, dan dapatkan pengalaman mereka kerana format dan soalan adalah hampir sama!

-Bahagian 1-
Seksyen A:
Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C:
Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Seksyen D:
Esei Bahasa Melayu

Seksyen E:
Esei Bahasa Inggeris

-Bahagian 2-

Seksyen A: Ujiah Sahsiah
Merangkumi 200 soalan Ujian Sahsiah

Seksyen B: Minat
Merangkumi 227 soalan

Satu rujukan yang begitu komprehensif khas untuk peperiksaan bertulis Gred 41 ada dihasilkan untuk kemudahan para calon. Iya.. Khas di hasilkan untuk peperiksaan bertulis Gred 41!
Antara komponen yang ada dalam Pakej tersebut ialah;

Komponen 1: Diskripsi Prima
- Ianya adalah ebook utama 64 mukasurat

- Menerangkan secara terperinci setiap seksyen yang bakal ditanya

- Merangkumi analisis setiap seksyen hasil kajian kepada kertas-kertas peperiksaan yang lepas

- Mengandungi lebih 90 contoh soalan keseluruhannya merangkumi setiap seksyen

- Setiap seksyen dibahagikan kepada beberapa pecahan dengan huraian melebihi apa yang dikeluarkan untuk sebaran umum pihak SPA sendri. Jadi ianya lebih komprehensif!

- Mengandungi strategi bagaimana nak buat persediaan dan link-link rujukan utama turut disediakan

Komponen 2: Soal Jawab Inkuiri
- mengandungi soalan-soalan lazim yang ditanya oleh calon PTD

- himpunan soalan-soalan dan jawapan yang tepat untuk setiap soalan

- ianya adalah soalan yang pernah ditanya oleh ’senior’ anda yang membaca blog tipsptd sebelum ini

- kebanyakan soalan yang ditanya adalah bertindih dan mereka simpulkan semuanya untuk anda, jadi anda tak perlu bertanya lagi dan meraba-raba mencari jawapan kepada soalan anda kerana semuanya pernah ditanya dahulu!

Komponen 3, 4, 5, 6.
Nota Esei (Isu Alam Sekitar, Isu Nasional, Isu Kesihatan, Isu Ekonomi)

- mengandungi pelbagai maklumat isu semasa yang dirangkum dalam 4 blok utama seperi yang disebut di atas

- anda tak perlu pening kepala lagi nak cari semua maklumat dengan menyelak akhbar, membaca majalah dan lain-lain

- semuanya telah dikumpulkan untuk memudahkan persediaan anda dan bayangkan berapa banyak masa yang boleh anda jimat

- NKRA, H1N1, KPI dan lain-lain, anda tahu semua ini?

Boleh dapatkan pakej lengkap tersebut melalui link di bawah;

Dapatkan ini sekarang => Panduan Exam PTD M41!

---------

P/s Saya ada terjumpa blog yang menerangkan sebab kegagalan calon exam SPA PTD M41 ini. Mungkin rakan-rakan mahu membacanya.