03 April 2010

Rujukan Peperiksaan Bertulis Gred M41, S41, J41 dan W41!


Tidak lama lagi anda akan menduduki peperiksaan bertulis untuk gred 41? Misalnya S41, M41, J41, W41 dan lain-lain?

Kalau begitu, panduan ini adalah yang anda sedang perlukan!

Nota-nota exam gred 41 ini merangkumi beberapa Isu penting dalam rangkuman Isu Semasa. Ianya disediakan sebagai rujukan pantas anda sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis terutama soalan-soalan dalam Seksyen A, D dan E.

Penulisan esei contohnya, menuntut anda mempunyai pengetahuan dan fakta mengenai isu-isu yang khas. Jika anda tiada maklumat tentang isu yang ditanyakan, adalah menjadi satu masalah dan sudah pasti mengganggu peluang anda untuk LULUS dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Sekali lagi dinyatakan, ianya bukan soalan atau tajuk ‘spot’ tapi lebih kepada menyediakan anda kepada asakan isu semasa yang mungkin anda tertinggal atau tidak tahu secara jelas. Mudah-mudahan nota-nota ini membantu anda dan sekiranya ianya tidak keluar sekalipun di dalam peperiksaan, ianya amat berguna untuk anda memperkayakan maklumat sedia ada anda dalam isu-isu semasa kini.

Nota-nota ini adalah pengumpulan dari kenyataan umum kerajaan, berita akhbar dan kumpulan pendapat-pendapat yang ditapis dan diselaraskan mengikut kesesuaian.

Ini semua hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang akan anda dapat. Kerana dengan memiliki pakej ini, anda akan belajar SANGAT TERPERINCI dan TERLALU BANYAK untuk disenaraikan semuanya di sini. Ada lagi pelbagai nota extra dengan pelbagai topik.

Dapatkan di sini --> Nota Lengkap Peperiksaan Gred 41

Salam kejayaan untuk anda!

02 April 2010

Din Beramboi Dalam Kenangan

02.April.2010 - Tepat jam 12.30am tadi pelawak tanah air kita Din beramboi telah pergi meninggalkan kita semua tanpa kata-kata terakhir dari beliau...Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah dan menyebatkan beberapa organ dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Siapa yang tidak mengenali Din beramboi yang berjaya mengelikan hati orang dengan lawak sepontannya?

Masih teringat apabila beliau berkata kepada Alex "Kalau saya tidak ada lagi di Era , awak gantikan tempat saya". Bagaikan beliau tahu satu hari nanti beliau akan pergi jua namun bukan sahaja radio Era bahkan semua peminat-peminat beliau di seluruh tanah air.

Jenazah Din Beramboi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan yang dijadualkan berlangsung hari ini pada pukul 11.30 pagi, peminat Din Beramboi juga boleh memberi penghormatan terakhir untuk beliau di Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, Kepong, sebelum pukul 11 pagi ini.. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir, sama-sama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Din Beramboi…

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Entri-entri sebelum ni..