09 April 2010

Benjy Cabar Pihak Polis!

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy semalam memfailkan permohonan writ habeas corpus bagi mencabar penahanan semulanya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Melalui notis usul dan afidavit yang diikrarkan dalam permohonan itu, Benjy menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Benjy, 31, memohon perisytiharan penahanannya mengikut akta itu pada 25 Mac lalu tidak sah, salah dan berniat jahat. Sehubungan itu, pelakon berkenaan memohon perintah mahkamah supaya dia dibebaskan dengan serta-merta dan tidak ditahan semula.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam selepas dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 Mac lalu selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah methamphetamine seberat 0.24 gram.

Dia ditahan oleh dua anggota polis pada jam 2.50 petang sejurus ibunya membayar ikat jamin RM2,000 di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin, Kompleks Mahkamah Jalan Duta..
Sumber - Berita Harian (2010/04/09)

Sebab Dan Punca Calon Gagal Temuduga

Elakkan perkara-perkara di bawah ini;
Jangan terlalu berbangga – bangga dengan apa yang telah dicapai oleh anda. Cukup sekadar memberitahu sahaja.

Jangan memandang rendah kepada penemuduga dan mengelak dari menjawab soalan penemuduga. Anda diansihatkan tidak menggunakan nama – nama orang besar bagi menyebabkan penemuduga berasa kagum dengan diri anda kerana perkara sebaliknya akan berlaku.

Jangan sekali kala memerli penemuduga dengan jawapan anda dan mengatakan diri sendiri cukup sempurna untuk memiliki pekerjaan itu.

Tidak mampu berhujah mahu pun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu. Selain sukar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, cara berkomunikasi graduan-graduan tempatan juga tidak menyakinkan.

Cara mereka memberi penjelasan menunjukkan pengetahuan mereka terbatas kepada sesuatu perkara dan gagal memberi jawapan yang menarik mengenai sumbangan mereka.

———-

Lain-lain info terbaik, tip-tip dan panduan kerjaya atau temuduga boleh anda baca di Blog Tips Kerjaya.