Saya percaya kebanyakan daripada pembaca sudah mengenali John Chow dengan baik. Sedangkan saya yang baru genap setahun jagung di dalam dunia Internet ini pun sudah terdengar nama beliau. Tambah-tambah lagi jika anda berkecimpung di dalam arena blogging. Memang tidak syak lagi meminati beliau.
Seorang pendatang China yang kini menetap di Kanada. Awal usianya penuh dengan pancaroba. Menjalani kehidupan yang amat daif, malah ke Kanada bersama keluarganya tanpa sesen pun di saku. Dunia blogging-lah yang mengubah arah kehidupan mereka. Sebetulnya, blog asal beliau semenjak 1999 atau lebih awal dari itu (saya lupa pula dah adei..) ialah The Tech Zone Dot Com. Sebuah blog yang memperkatakan mengenai dunia teknologi, computer, perkakasan dan review. Sampai kini masih lagi John Chow uruskan dengan baik.
Akan tetapi yang betul-betul menaikkan nama beliau ke persada blogging antarabangsa ialah blog John Chow Dot Com. Asalnya blog ini adalah blog peribadi beliau, tetapi kini mulai bertukar menjadi sebuah jenama. Dikenali ramai dan purata pendapatan bulanan daripada blog ini sahaja ialah USD40 000. Manakala jika dicampur dengan blog lain, ada dinyatakan bahawa John Chow menjana USD500 000 sepanjang tahun 2009 yang lepas. Fuhyoo..
Baca seterusnya..
10 June 2010
eBook Percuma Dari John Chow - The Ultimate Blog Profit Model!
05 June 2010
Tip Paling Sempoi Update Blog Anda | Julmazli Dot Com
Memang selalunya kita rasa bersemangat. Rasa bertenaga. Rasa energetic sekali (meminjam istilah kegemaran Mohd. Fahmy – pemilik blog rahsiaebiz.com itu hehee).. Iya.. kita bagaikan nak melompat-lompat saja mahunya sambil membuat semua kerja-kerja. Menari-nari lagi menyiapkan tugasan-tugasan bertimbun itu.
Tapi ada masanya kita cukup layu. Berjalan pun seolah tidak cukup vitamin saja. Walhal baru sahaja menghabiskan dua pinggan Nasi Ayam. Hahaa.. Otak rasa beku saja. Organ luaran dan dalaman hampir ke tahap hibernasi. Kemudian terpaksa pula duduk mengadap laptop dan harus menerbitkan post baru di blog (kerana sudah lama blog tidak di-update).
Apa nak tulis ni? Aku nak cerita apa? Mana idea ni..
Baca selanjutnya di pautan ini..
Tip Paling Sempoi Update Blog Anda - Julmazli Dot Com

Subscribe to:
Posts (Atom)