06 May 2012

Apakah Objektif Soalan Exam/Peperiksaan PTD M41?

Objektif utama soalan exam/peperiksaan PTD M41 adalah untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang hadir dan menduduki peperiksaan sebenarnya terdiri dari pelbagai bidang. Jadi soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai jurusan dan ruang lingkup skop yang luas.

Dalam erti kata lain, matlamat exam ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran anda agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Exam ini melibatkan 5 kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana ia digunakan bagi mengukur kebolehan calon.

Anda perlu menunjukkan prestasi yang sangat baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang cukup baik dipamerkan pada 1 atau 2 kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan pasti kurang memuaskan.

Jadi skorlah untuk kelima-lima kertas. Calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan Peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim Pegawai Tadbir Diplomatik. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga. Ini stage pertama yang anda mesti lulus!

Manfaat Dan Kelebihan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik - PTD

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik menawarkan pembangunan kerjaya yang menarik. Dari sudut penempatan peluang untuk mengikuti latihan dan kursus dalam perkhidmatan juga cukup terbuka luas. Dari segi kenaikan pangkat pula, walaupun tidaklah terlalu baik tetapi masih tergolong dalam kategori perkhidmatan yang teratas dari segi peluang kenaikan pangkat. Latihan dalam perkhidmatan banyak disediakan sehingga ke peringkat Ph.D. Bagi merancang dan menggubal satu pelan pembangunan PTD, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menubuhkan Unit Strategik pada awal tahun 1999 di bawah Bahagian Perkhidmatan.

Perkhidmatan PTD menyediakan peluang latihan dan kursus yang banyak. Ini termasuklah peluang mengikuti ijazah Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negeri. Hal ini memandangkan dasar latihan perkhidmatan PTD adalah untuk membentuk pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berwibawa dan mahir dalam bidang masing-masing serta bersifat versatile selaras dengan fungsi tugas pegawai PTD.

Aspek latihan PTD memang dititikberatkan dari peringkat awal lagi. Ini terbukti apabila pegawai PTD adalah disyaratkan mengikuti kursus sijil Diploma Pengurusan Awam (DPA) sebelum disahkan dalam jawatan. Pegawai-pegawai PTD seterusnya akan diberi latihan semasa dalam perkhidmatan seperti kepimpinan, perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, negotiation skill, teknologi maklumat dan pelbagai lagi. Pegawai-pegawai PTD cemerlang akan ditawarkan mengikuti kursus lanjutan peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D.

Pegawai-pegawai PTD yang menunjukkan prestasi kerja dan kebolehan yang unggul serta berpotensi boleh meningkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Ini termasuk mengisi jawatan JUSA seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan jawatan-jawatan penting lain seperti Pengarah-pengarah Jabatan dan Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran.