04 September 2012

Tauke Jambu Sah Sudah Bercerai

Sekali lagi malang menyapa lembaran kehidupan Tauke Jambu. Perkahwinan kali ketiganya kali ini juga berakhir dengan perceraian.

Tauke yang menikahi Meera (seorang model sambilan) di Thailand mengesahkan bahawa mereka sudah bercerai pada 12 Ogos lalu. Sudah pasti kesedihan masih lagi menyelubungi diri Tauke untuk melepaskan bekas isterinya yang comel itu.

Menurut khabar yang diterima, punca perceraian Tauke adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Menurut Tauke sendiri, mereka berdua sudah lama tidak tinggal sebumbung. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Tauke pada masa akan datang.

Kumpulan 24:7 - Kpop Group Di Malaysia

Aku tidak mempunyai apa-apa komen tentang kumpulan 24:7 ni. Tapi menurut khabar yang diterima kumpulan ini mengelarkan diri mereka sebagai 'The 1st ever Kpop group In Malaysia'.

Ada pelbagai juga ulasan yang dibuat di beberapa blog. Ada yang suka. Ada yang sederhana suka. Bahkan ada juga yang berkenan langsung. Itu pendapat masing-masing la kan.

Kumpulan ini mengambil idea dan konsep daripada aliran Korean Pop atau lebih dikenali sebagai Kpop. Aliran ini memang sudah mempunyai pengikutnya tersendiri di Malaysia.

P/s: Apa pendapat anda mengenai mereka?