04 September 2012

Biodata Lengkap Zizan Raja Lawak

Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Bin Abdul Razak. Lebih dikenali sebagi Zizan Raja Lawak. Beliau merupakan seorang pelawak, pelako, penyanyi dan pengacara Malaysia. Dilahirkan pada tanggal 15 April 1984 di Dungun, Terengganu.

Zizan merupakan anak bungsu daripada dua adik beradik. Kerjaya seninya bermula selepas menjadi naib juara Rancangan Raja Lawak musim pertama. Antara kejayaan beliau adalah menjadi naib johan Maharaja Lawak ketika berpasangan dengan Johan dan menjadi juara Rancangan Super Spontan dengan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100, 000 serta sebuah kereta Toyota Camry.

Jika senaraikan secara kronologi, antara filem yang pernah Zizan berlakon di dalamnya adalah seperti berikut:

Sementara, antara drama yang turut dibintangi Zizan adalah seperti Gitu-Gitu Apek, Gaia, Chaparela, Kapoww!! dan Oh Yeah!

Dari sudut pengacaraan pula, antara rancangan yang beliau sudah acarakan termasuklah Lawaking, Raja Lawak, Bolos, Jozan Show, Funniest Pets & Peoples, Konsert Lawak, Zizan Show dan Melodi.

Top 10 Filem Malaysia Paling Tinggi Kutipan

Pasti terdetik di hati anda untuk bertanya filem mana yang paling berjaya di Malaysia setakat ini? Dan berapa banyak pendapatan filem tersebut agaknya? Kalau itu yang sedang anda fikirkan, memang post ini untuk menjawab persoalan itu.

Carta Top10 ini adalah berdasarkan kutipan wajib tayang yang diperolehi. Nampaknya sehingga waktu ini carta masih lagi diungguli oleh filem KL Gangster dengan kutipan sebanyak 11.74 juta. Sementara di tangga kedua jatuh kepada filem Ombak Rindu dengan jumlah terkumpul 10.90 juta dan di tempat ketiga menjadi milik filem Hantu Bonceng lakonan Zizan dengan pendapatan sebanyak 8.53 juta.

Di tangga ke-4 hingga ke-10 adalah seperti di bawah:

04. Ngangkung - 8.18 juta
05. Kongsi - 8.09 juta
06. Khurafat - 8.08 juta
07. Hantu Kak Limah Balik Rumah - 7.90 juta
08. Adnan Sempit - 7.66 juta
09. Hikayat Merong Mahawangsa - 6.50 juta
10. Lagi-Lagi Senario - 6.33 juta

Sumber: Carta ini telah dikeluarkan oleh Portal Perfileman Malaysia.