Salam semua pembaca. Maaf ya.. Lambat sedikit terbitkan artikel terbaru hari ini. Saya melunaskan beberapa urusan offline tadi. Buat pengetahuan semua, saya akan update blog ini setiap hari. InsyaAllah jika diberi kekuatan dan kelapangan. Jadi kalau tak buat apa, sambil-sambil surf Internet tu singgah-singgahlah sini ye. Tinggalkan komen ke mengenai topik yang dibincangkan. Kalau sudi la kan..
Agak lama juga saya tidak menulis apa-apa artikel berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan. Rindu pula rasanya. Jadi kali ini kita akan memperkatakan mengenai wang dan emas. Sedia? Kalau sudah, sila teruskan bacaan anda.
Wang Vs Emas. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang kepada anda ke dunia wang fiat.. Sebenarnya kita memang dilahirkan di dalam dunia wang fiat pun. Melainkan umur anda kini sudah 300 tahun atau lebih.
Wang fiat kalau dalam bahasa mudahnya dipanggil wang kertas. Orang putih memanggilnya currency. Kata dasar untuk currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam pengertian yang senang difahami, wang kertas perlu sentiasa bergerak.
Apa akan jadi jika wang kertas berhenti bergerak? Nilainya akan mula merosot.
Kita lihat situasi ilustrasi ini;
RM20,000 yang letakkan di dalam peti besi. Biarkan selama 20 tahun. Apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM20,000 itu akan merosot nilainya. Jumlah fizikalnya, masih tetap 20,000 tetapi nilainya kalau dianggarkan secara kasar, kemungkinan besar hanya tinggal lebih kurang 12,000 sahaja. Terjejas akibat inflasi. Itu adalah kelemahan currency. Selain itu, kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan mudah. Ia boleh;
1. Dikoyakkan sampai lumat
2. Digunting
3. Dibakar
Artikel penuh di sini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Wang Vs Emas
No comments:
Post a Comment