Entri kali ini ialah kedua yang saya buat sendiri (ok..ok.. selepas ini saya tidak akan kira lagi hehee..). Entah kenapa, bila masuk bab blogging tiba-tiba saya menjadi seorang pemalas. Asyik harapkan hasil penulisan orang lain saja. Balik-balik copy. Balik-balik paste. Asyik-asyik copy paste, kalau copy susu takpa juga.
Kenapa ya? Hmmm.. saya sendiri agak hairan. Kalau kata tak pandai menulis. Tapi.. saya seorang penulis. Penulis buku. Eh.. buku apa? Hehee.. itu nantilah lain kali kita bicarakan.
Yang penting sekarang ini, saya sudah menyimpan 1 tekad. Saya mengenggam 1 azam. Dan saya menaruh 1 harapan. Bersama 1 semangat!
Ewahh.. Bukan main lagi. Apa dia tu?
Bahawa saya akan meninggalkan tabiat lama menjadi tukang copy paste itu (copy sikit-sikt sudahlah hehee..). Saya akan menaip dengan jari jemari sendiri. Idea sendiri dengan pendapat sendiri. Sebagai contoh, anda jangan terkejut jika mendapati apa-apa review yang saya buat mengenai mana-mana produk tidak memuji produk tersebut semata-mata. Saya pasti akan ceritakan sekali masalah yang terdapat pada produk tersebut (baca produk sebagai fizikal dan digital).
Sambungan..
Julmazli Dot Com
No comments:
Post a Comment