Entri kali ini ialah kedua yang saya buat sendiri (ok..ok.. selepas ini saya tidak akan kira lagi hehee..). Entah kenapa, bila masuk bab blogging tiba-tiba saya menjadi seorang pemalas. Asyik harapkan hasil penulisan orang lain saja. Balik-balik copy. Balik-balik paste. Asyik-asyik copy paste, kalau copy susu takpa juga.
Kenapa ya? Hmmm.. saya sendiri agak hairan. Kalau kata tak pandai menulis. Tapi.. saya seorang penulis. Penulis buku. Eh.. buku apa? Hehee.. itu nantilah lain kali kita bicarakan.
Yang penting sekarang ini, saya sudah menyimpan 1 tekad. Saya mengenggam 1 azam. Dan saya menaruh 1 harapan. Bersama 1 semangat!
Ewahh.. Bukan main lagi. Apa dia tu?
Bahawa saya akan meninggalkan tabiat lama menjadi tukang copy paste itu (copy sikit-sikt sudahlah hehee..). Saya akan menaip dengan jari jemari sendiri. Idea sendiri dengan pendapat sendiri. Sebagai contoh, anda jangan terkejut jika mendapati apa-apa review yang saya buat mengenai mana-mana produk tidak memuji produk tersebut semata-mata. Saya pasti akan ceritakan sekali masalah yang terdapat pada produk tersebut (baca produk sebagai fizikal dan digital).
Sambungan..
Julmazli Dot Com
17 March 2010
16 March 2010
Pak Malau dan Rojak Special
Ini adalah entri pertama yang betul-betul saya sendiri hasilkan. Ini juga adalah merupakan percubaan pertama blogging saya. Entahlah menjadi atau tidak. Sebetulnya, saya ada amali berblog sebelum ini. Tapi menggunakan platform blog percuma saja. Saya ni kalau amali memang ada. Asyik cuba dan gagal saja (try and error la tu). Kalau ikut seminar Smart Blogging – Encik Rohaizad tu memang belum lagi la atau mana-mana seminar pun.
Saya dah try blogspot. Apa jadi? Blog saya kena ban. Sebab? Saya copy paste artikel orang lain. Hehee..
Saya juga ada cuba berblog dengan menggunakan worpress percuma tu. Kali ni apa pula yang jadi? Kena ban juga. Apasal pula? Content bagus. Baclink pun ada. Kira sudah lebih baik daripada blog pertama tadi la. Tapi blog tu dipenuhi dengan link affiliate. Alih-alih bila saya nak publish post baru dah tak boleh la pula.
Sabar jela.. Itukan hak mereka sebagai pemilik hosting. Kita ni menumpang kasih saja. Jadi kalau menumpang tu, buatlah cara menumpang. Ye tak? Teringat pula saya pesanan Pak Malau..
Baca di pautan ini..
Julmazli Dot Com » Blog Archive » Pak Malau dan Rojak Special

Subscribe to:
Posts (Atom)